Night Of Hunt

Vampire Completed 4861

Senang atau susah sudah tiada lagi perbezaannya bagi mereka.

Kenapa?

Yalah kalau yang kaya di tindas inikan lagi yang miskin dan daif.

Segala hasil tanaman dan ternakan di rampas sekiranya mereka tidak membayar cukai secukupnya.

Alasannya pula?

Ya sudah tentu la lain tak bukan kerana penyalahgunaan kuasa.

Semuanya tentang peperangan dan persaingan.

Pertelingkahan di antara orang berpangkat besar dan pembesar sendiri sering terjadi. Orang tu tuduh Menteri tu, Menteri tu tuduh pembesar tu, pembesar tu fitnah orang ni pulak. Dan semua itu berlaku seperti pusingan roda. Pusing-pusing alasan yang sama, iaitu itu hendak merampas kuasa.

Gunakan harta rakyat sendiri untuk bangunkan kerajaan impian para pemerintah. Tidak raja mahupun pembesarnya sendiri. Masing-masing nak tunjuk tanduk dan ekor tersendiri. Nak beritahu bahawa diri mereka lebih agung dan berkuasa.

Dan yang menjadi perebutan ini

Yang tersepit di antara pertelingkahan ini adalah rakyat sendiri.

Hendak melawan tidak berdaya, hendak menidakkan keputusan siapa la diri mereka ini selain rakyat yang hina dan tidak mempunyai pangkat besar. Maka tiada apa-apa yang mereka dapat lakukan kecuali bertahan dan teruskan hidup dengan melarikan diri.

Untuk itu ada bayaran yang mereka perlu berikan untuk tindakan melulu mereka ini. Iaitu menjadi mangsa buruan The Hunter. Sesiapa yang tertangkap akan di bawa masuk ke dalam tembok dan tidak kembali lagi!Hidup atau mati, hanya orang di balik tembok itu saja yang tahu.

The Big Wall.

Itu adalah nama yang orang-orang Outlanders gelar untuk tempat yang dikelilingi dengan tembok batu berkaki tingginya ke udara tersebut.

Outlander fikir kehidupan dalam tembok itu pasti lebih baik, But little did they know...kehidupan yang mereka miliki ini la adalah lebih baik sekalipun terpaksa menjadi mangsa buruan sepanjang masa dari duduk di balik tembok batu tu!?

Tidak adil?

Hello....dah nama pun kehidupan.

Mana la pernah ada yang adil.

Cuba la fikir. Kalau dunia ni adil, mana ada peperangan. Tak adanya suami pukul isteri atau isu kebuluran berlaku atau perebutan kuasa berlaku dalam dunia ni hah!

Berangan je la!

Selagi dunia ini di huni mahkluk berasal dari manusia, ianya tidak akan pernah ada perkataan adil tu. Sebab manusia adalah ciptaan yang di wujudkan untuk saling menyusahkan atau menyenangkan suatu kehidupan tu. Pilihan mereka nak jadi yang mana la!

Kenapa manusia?

Sebab hanya mereka sahaja yang ada otak dan fikiran.

Kalau binatang mahu ke?

Serangga?

Gitu?

Alam?

Please...la. Banyak-banyaknya semua berpunca dari manusia!

Walaupun diri ini juga adalah manusia.

Still dia bencikan kehidupannya ini. Termasuklah kehidupannya sendiri.

Kenapa dia benci?

Hmm...

Panjang ceritanya kalau nak diberitahu...

Sepasang mata memandang tekun akan kelibat susuk manusia yang berjalan seorang diri di dalam hutan itu. Sambil memegang bilah pedang di tangan, dia yang bercangkung atas dahan tebal sebuah pokok hanya tunggu masa yang sesuai sebelum membuat tindakan.

Apabila susuk manusia itu mula gerak ke tepi lalu berhenti di sebuah pokok ajaib. Sebaik susuk manusia itu berdiri depan pokok tersebut, dia menghulurkan tangan lalu menekap permukaan batang pokok itu. Tidak semena pokok itu menjadi hitam dan bertukar menjadi ranting mati dan daun gugur serta merta.

Menganggap itu sebagai cue untuk Leah bertindak, masa itu la dengan berani tanpa rasa gentar, dia bingkas dari cangkung dan gerak melompat dari dahan ke dahan pokok berdekatan tanpa menghasilkan sebarang bunyi.

Apabila susuk manusia itu gerak hendak menghampiri pokok seterusnya, dia terjun dari situ dan mendarat tempat di belakang badan susuk manusia itu.

Namun apabila pedang yang ada di tangan mahu memenggal kepala tu, tidak semena satu tujahan seakan balingan kuasa mengenai tepi badannya sebelum dia gerak tercampak ke tepi dan terseret di atas tanah beberapa meter.

          "Uhuk!"batuknya menahan rasa sebu di dada akibat serangan tadi. Tetapi tidak lama. Tidak menunggu rasa sakitnya menghilang, dia cepat-cepat berdiri.

         "Well...well. Akhirnya terpancing jugak kau kan?"tiga kelibat kini berdiri di depannya. Masing-masing mengenakan pakaian seperti manusia, tetapi berupa seperti makluk ajaib. Tidak bercuping telinga kedua-dua mata seperti goblin, kulit pula dari atas ke bawah seperti di sarung kulit ular. Bersisik dan berwarna kelabu kehitaman.

           "Akhirnya dapat jugak kita orang jumpa Shadowhunter yang selama ini telah membunuh dan menangkap saudara mara kita orang?"

Mendengar bebelan mereka itu serta merta buatkan bulu romanya merinding tegak.

Bukan takut, tapi kerana berang. Berang kerana mereka ini la Outlander di tuduh menjadi punca kenapa ramai orang mati dan berlakunya banyak kemusnahan di Negeri Grendola ini.

Sengih meleret terukir di hujung bibir Leah.

           "Ha'ah..memangnya kenapa kalau aku adalah shadowhunter tu?" balasnya semasa mengalirkan kuasa cahaya biru pada pedangnya. "Sama macam dia orang. Nasib kau orang akan berakhir di tangan aku.."

          "Na-ah...salah kat situ..bukan kita orang...tapi kau!"ucap syaitan jadian manusia itu dengan perlahan sebelum menyeringai bengis saat menerkam ke arah orang berpakaian combat dan mengikat kain sekeliling muka di depan mereka!

Tidak berasa takut menentang tiga syaitan di depannya, dia menarik sengih meleret dari balik kain penutup mulutnya itu.

          "Kalau macam tu kirim salam pada rakan-rakan kau orang dekat alam barzakh sana!"tanpa bergerak seinci pun, dia angkat tangan sebelah kirinya yang bebas lalu di talakan ke arah tiga syaitan di depannya.

Satu tujahan kuasa kemudiannya muncul di depan tapak tangan untuk menghasilkan satu lingkaran pentagram cahaya biru darinya.

Taktala tiga syaitan itu semakin hampir pada pemburu mereka, tanah di bawah kaki mereka mula bergoncang kuat. Diikuti tiga lingkaran cahaya biru muncul di bawah kaki masing-masing.

Sementara tangannya masih ditala ke arah mereka bertiga, dia pandang buat seketika.

           "Terima kasih untuk makan besar ni ya.."ucapnya sebelum genggam jari jemari tangan kirinya dengan erat.

Ketiga-tiga syaitan itu pun mula bercahaya lalu diikuti perubahan ganjil dimana mereka menjadi bola cahaya pelbagai warna dan terbang menghampiri ke arah dia.

Menggunakan bekas khas penangkap roh syaitan bola-bola cahaya itu di letakkan ke dalam botol kaca itu dan dia pun undurkan diri dari situ dengan langkah yang yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience