14

Romance Completed 62210

"Hmm...Untunglah orang tu ada yang sudi temankan dia makan." Limah sengaja menguatkan suaranya agar didengari oleh telinga Saffra yang terlindung di sebalik tudung.Tapi, kalau cakap perlahan pun telinga kuali dia boleh dengar juga.

"Siapa?" Bersungguh Saffra ingin tahu.

"Buat tanya pulak.Kaulah!"

"Aku? Eh, mana ada.Aku makan sorang ajelah tadi." Tingkah Saffra.

"Ya ke sorang?" Tambah Zaim pula.

Saffra mengerutkan dahi sambil memandang Limah dan Zaim silih berganti.Pen di tangan dijatuhkan.

"Korang nak cakap apa sebenarnya? Jangan peningkan kepala aku boleh tak? Dah lah aku tengah serabut sekarang ni."

"Tadi kau makan dengan Tuan Raffael kan?" Soal Limah tanpa berkias-kias.Kalau bercakap dengan Saffra ni memang kena berterus-terang saja.Lambat sangat otaknya boleh pikat!

"Hah? Kejap, bila masa pulak aku makan dengan dia?! Jangan buat cerita boleh tak?!"

"Mana ada aku buat cerita.Kitorang sendiri yang nampak kau dengan Tuan Raffael kat pantri tadi."

Laju Zaim mengangguk.Tanda menyokong apa yang diberitahu Limah.

"Mengaku ajelah...Kitorang janji tak bagitahu orang lain." Desak Limah sambil mengangkat tangannya.

"Mengaku apa? Aku ada buat salah ke?"

Saffra main tarik tali.Limah dan Zaim tak puas hati selagi mereka belum mendapat jawapan dari mulut Saffra sendiri.Zaim pun sekarang nampaknya dah terjerumus ke dalam geng mak cik bawang Limah.

"Tadi kau borak apa dengan dia? Kemain seronok lagi aku tengok korang, siap bergelak ketawa." Limah dah tersengih-sengih.

"Bila masa aku gelak? Kau nampak ke?!" Duga Saffra.

"Mestilah kitorang nampak.Jelas depan mata tahu tak? Takkan kitorang tersalah tengok pulak?!" Celah Zaim.

Bila dah disoal siasat oleh Limah dan Zaim, memang tak boleh elak ke manalah jawabnya.Semua detail mereka nak tahu.Macam pegawai penyiasat FBI.Aduhai...Pening kepala anak nak menjawab.

"Okey, memang dia ada sekali masa aku duk makan kat pantri tu..."

"Ha! Tengok, kan kitorang dah cakap." Zaim menepuk meja.

"Hisy! Sabarlah! Aku belum habis cakap lagi.Tapi aku tak layan pun Encik Senget tu.Dia sendiri yang datang kacau aku makan.Bukannya aku suruh dia teman!"

Naik meluat pula Saffra rasa bila bercerita tentang perkara itu.Serta-merta dia teringat kembali tentang keceloparan mulutnya.Disebabkan kejadian itu, Saffra rasa seperti hilang keyakinan untuk berhadapan dengan Raffael.

Dia takut jika lelaki itu menyalah tafsir tentang dirinya.Lagi teruk kalau dia dicop sebagai perempuan gatal atau perempuan tak tahu malu oleh Raffael.

Tapi sebenarnya Saffra bukan sengaja pun nak cakap macam tu.Dah dia geram sangat dengan perangai Raffael yang suka menyakat.

"Habis, kau borak apa dengan dia? Sampai kat luar pun aku dah boleh dengar suara Tuan Raffael gelak besar.Kau sendiri pun tahu kan yang kita ni mana pernah tengok Tuan Raffael gelak sampai macam tu.Sekali pun payah!"

"Takde apa-apalah.Kalau kau nak tahu, kau tanyalah dia sendiri.Tanya aku buat apa?"

"Hai...Takkan kau sendiri pun tak tahu? Tuan Raffael tu tak gila lagi lah nak cakap sorang-sorang, lepas tu ketawa macam orang putus wayar!"

"Kalau kau nak tahu, bos kau tu memang ada masalah otak! Apa yang dia cakap, semua tak boleh pakai.Sakit jiwa aku nak melayan kerenah dia yang entah pape tu!" Saffra mendekatkan kerusinya ke meja.Dia menyambung kerja yang terhenti sebentar tadi.Malas nak throwback perkara yang menyakitkan hatinya.

Sedang leka mereka membuat kerja, jarum jam sudah pun berganjak ke pukul tujuh malam.

"Limah, jom pergi solat." Saffra membongkokkan badannya untuk mengambil beg kertas yang menyimpan telekungnya di kaki meja.

"Solat apa pukul tujuh? Ajaran sesat betul kau ni." Dia mengerling sekilas jam di tangan.

"Ewah...Sedap mulut kau aje cakap aku macam tu.Kau ingat aku ni jahil sangat ke tentang agama?" Saffra dah mencekak pinggang.

"Okey...Okey...Bertenang.Aku bukan serius pun."

"Dah, cepatlah.Tak lama lagi dah nak masuk waktu Maghrib.Lepas Isyak nanti kita singgah kat kedai mamak tepi jalan tu." Saffra dah melangkah pergi.

"Woii Saff! Tunggulah aku! Buruk perangai betul punya kawan.Dia yang ajak, lepas tu boleh pulak tinggal aku macam tu aje." Limah terus membebel.Berkalut dia menutup semua fail di atas meja.

Staf yang datang ke surau pada waktu itu agak ramai dari biasa.Biasalah, kalau dah nak dekat dengan minggu presentation, semua terpaksa bermalam di ofis.Siapa suruh buat kerja last minute? Tapi yang penting hasil kerja tetap tip top.

"Saff, kau nak pergi mana?" Tegur Limah yang berselisih dengan Saffra di pintu masuk surau.

"Aku nak pergi toilet jap.Dah tak tahan ni! Kau tolong jaga beg aku eah?"

"Hmm...Yalah."

Kalut betul Saffra menyarung selipar jepun yang disediakan untuk tetamu di surau itu.Limah geleng kepala.Kalau budak tak tahan nak buang air, macam tulah lagaknya!

Saffra berlari ke tandas.Kuat juga bunyi tapak selipar yang dipakainya.Teringat pula derap bunyi tapak kasut tentera Jepun seperti dalam cerita.Seram! Malam pula tu.

Mujur tika Saffra sampai di tandas, masih ada bilik air yang kosong.Kalau tak, mahunya Saffra terkucil kat depan pintu jamban itu.

Beberapa tika kemudian, dia keluar selepas selesai melepaskan hajat kecil.Dia menilik dirinya pada cermin besar yang melekat di dinding.Okey, cun!

"You? Buat apa kat sini?" Tanya Raffael yang tika itu baru juga keluar dari tandas di sebelah.

Tak sangka pula boleh terjumpa di situ, sebab tandas lelaki dan perempuan cuma berjiran saja.

Saffra cuba mengawal perasaannya yang mula yang bercampur-baur.Dia ingin melupakan apa berlaku siang tadi di pantri.

"Pergi tandaslah.Tuan ingat tuan sorang aje ke boleh pergi tandas?" Aku mengarut apa pulak ni? omel Saffra.Hanya ayat itu yang meluncur keluar dari mulutnya untuk menghilangkan rasa gugup di hati.

"I tak cakap pun."

"Takpelah, saya nak solat dulu." Saffra membuka langkah.

"Err...Baju you."

Baru dua tiga tapak, langkahnya terus mati.Saffra rasa tubuhnya dah mengeras di situ.Sudahlah sekarang Raffael sedang memandangnya dari belakang.Alamak! Takkan sekali lagi? Dejavu ke ni?

Saffra rasa mukanya seperti dah terbakar.Pantas dia berpusing.

"Kenapa dengan tuan ni, hah?! Boleh tak kalau jangan nak mengintai orang? Tuan ingat saya ni takde rasa malu ke setiap kali tuan nampak saya macam ni? Tuan tu sepatutnya kena jaga pandangan mata.Bukannya asyik nak tengok..." Saffra tiba-tiba berhenti.

"Kenapa? Sambunglah ayat you tu." Raffael dah tersenyum.

Menyampah pula Saffra melihat senyuman itu.Senyuman gatal! Miang! Semua ada.

"I rasa you dah salah faham.I tak cakap apa-apa pun lagi, you dah judge I."

"Salah faham apa pulak?"

"I rasa mesti you ingat I nak cakap yang baju you tu terangkat macam hari tu, kan? Tapi bukan itu yang I nak bagitahu."

"Dah tu, apa?"

"I nak cakap, mujurlah kalau you dah betulkan dulu pakaian you tu sebelum keluar tandas."

Saffra terpinga-pinga.Lantas dia menoleh ke belakang badannya.Saffra tepuk dahi.Aiyoo! Tak pasal-pasal Raffael pula yang kena marah.Itulah, terus nak sound.Bukan nak tanya dulu sebab musababnya.

"Lain kali, jangan tahu nak marah aje.You ingat I ni luak sangat ke nak intai you?"

Kali ini Saffra rasa betul-betul nak letak kepalanya dalam kotak.Dalam masa 24 jam, dah dua kali dia malukan diri sendiri.Dah tak ada kerja agaknya Saffra ni.

"Tuan jugak yang salah.Siapa suruh tak bagitahu saya awal-awal?"

"Macam mana I nak bagitahu? Tak sempat I nak buka mulut, you dah serang I."

"Saya nak solat dululah.Nak bagi tenang sikit jiwa." Raffael ditinggalkan di situ.Namun boleh lagi dia tersenyum sendirian.

"Awal balik.Dah siap kerja ke kat ofis?" Soal Jenah sambil menoleh pada Saffra yang sedang mengunci pintu rumah.

"Belum...Hari ni aku rasa penat sikit." Saffra menghenyak punggungnya atas kerusi sofa.

"Kesian aku tengok kau, kerja kuat sangat.Sampai rehat pun tak cukup."

"Hmm...Lagipun sekarang Datuk dapat projek besar, maka makin besar jugak lah kerja kitorang.Mana ada masa nak rehat."

"Bos kau pun satu, bagi kerja banyak-banyak! Dia ingat korang semua ni mesin ke? Nak kena kerja 24 jam."

"Nak buat macam mana? Dah memang itu tugas kitorang.Kalau aku tak mampu buat, dah lama aku resign.Lagipun, aku jugak yang mintak kerja ni.Bos aku tu pun cuma jalankan tanggungjawab dia aje."

Saffra pasrah.Walaupun hari-hari terpaksa dengan keadaan begitu, dia tidak akan sesekali merungut.Dan kerana hasil gaji pekerjaan itu jugalah yang menampung kehidupannnya selama ini.

Bukan dia seorang, malah ramai lagi orang lain yang menerima nasib sama sepertinya.Namun dia tetap bersyukur dengan keadaannya yang sekarang.

Sekurang-kurangnya, dia masih mempunyai pekerjaan.Tidak seperti nasib sesetengah orang di luar sana.Ada yang masih mencari-cari kerja, malah ada juga yang tidak mempunyai pekerjaan langsung hingga menjadi penganggur dan gelandangan di tepi-tepi jalan bandar raya Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience