9

Romance Completed 62210

Nampaknya belum sempat lagi nak lepaskan segala penat lelah menyiapkan tugasan sepanjang bulan lepas, mereka dah diberikan maklumat tentang tugasan baru.

Kata Datuk Khalid, projek kali ini sangat bermakna kepada kompeni bagi menunjukkan kecemerlangan dan kebolehan anak syarikatnya itu mengendalikan perusahaannnya dalam dunia arkitek.

"Projek ini sangat penting dan bernilai tinggi kepada kompeni kita.Seperti yang kamu semua tahu, Tan Sri Yusoff tu sangat dikenali dan disegani dalam dunia bisnes.Kompeni dia juga antara yang terbesar dan berjaya di Malaysia serta mempunyai merata-rata cawangan di seluruh Malaysia.Dan saya yakin, kalau kita berjaya capai apa yang dia nak, prestasi syarikat akan melonjak naik dan dapat mengembangkan lagi jenama kita.Malah, kompeni kita juga dapat menjalinkan kerjasama dengan hubungan dari luar negara." Panjang lebar penerangan yang disampaikan oleh Raffael pada pagi itu.

"Kalau..." Raffael berhenti seketika.Seraya itu, meja dihentak dengan tapak tangannya.Terasa seperti pipi
dihinggap penampar, Saffra terus tersedar.

Dari tadi kepalanya asyik terangguk-angguk.Bukan sebab mengangguk faham, tapi sebab matanya dah terasa berat untuk dibuka.

"Setakat ni saja perbincangan kita hari ini.Terima kasih semua." Seorang demi seorang keluar dari bilik mesyuarat itu.Namun, bila tiba giliran Saffra, langkahnya dimatikan oleh Raffael.

"You nak pergi mana? Masuk bilik I sekarang." Saffra akur.

Dengan langkah longlai, Saffra menghayun kakinya ke bilik pejabat Raffael.Dia berhenti di depan pintu.Tulisan besar yang tertera di muka pintu itu dipandang penuh gerun.Rasanya macam nak berjumpa dengan ketua gengster, untuk minta orang tebusan dikembalikan.

Nak tak nak, dia kena kuatkan diri juga.Walaupun dia tahu yang dia pasti akan dimarahi teruk oleh Raffael.Sudahlah semalam dia membantah cakap Raffael untuk membuatkannya secawan kopi.

"Assalamualaikum Tuan Raffael." Ucap Saffra sambil pintu dibuka.Dia paksa diri untuk senyum.

Tengok saja muka Raffael yang garang itu dah cukup membuatkan seluruh tubuhnya menggeletar.Belum lagi keluar suaranya yang macam panahan petir itu.

"You buat apa tadi masa meeting?" Raffael menyandarkan tubuhnya pada kerusi kerja.

"Kalau ya pun Tuan Raffael dah tak sabar nak marah saya, at least jawablah salam saya dulu.Tak baik tau kalau tak jawab salam." Saffra cuba bergurau untuk menghilangkan rasa gementar dalam dirinya.

Namun, tidak kelakar langsung pada Raffael.Matanya tajam memandang Saffra.

"You rasa kelakar ke? I have no time to hear your jokes yang tak menjadi tu." Raffael berpeluk tubuh.

Kalau tak menjadi pun, tak payahlah cakap depan-depan.

"You buat apa malam semalam?"

Dahi Asyaa berkerut.Apa punya peliklah soalan yang ditanya."Semalam? Saya solat, makan, tengok tv lepas tu tidur.Kenapa Tuan Raffael tanya macam tu?"

"Lena tak tidur?" Saffra makin pelik dengan soalan yang ditanya Raffael.Bukan dia nak marah ke tadi? Sekarang merapu entah ke mana pulak.

"Lena."

"So, kenapa you tidur masa meeting tadi? Dah tak cukup tidur kat rumah, nak sambung buat taik mata kat sini pulak?" Aih, ayat macam selalu dengar.Mana taknya, itulah ayat yang selalu Jenah membebel pagi-pagi bila dia sambung tidur atas sofa lepas sarapan.

"Err...Saya minta maaf Tuan Raffael sebab tidur masa meeting tadi dan tak beri perhatian pada apa yang tuan cakap." Nampak Saffra mengakui juga silapnya.Dia tidak mahu menambah bara pada api yang sedang marak.

Raffael masih diam sambil pandangannya menghala tepat ke wajah polos Saffra.

"Saya jugak nak minta maaf pasal semalam.Saya tak sepatutnya cakap macam tu dengan tuan." Saffra berasa dadanya sedikit lapang selepas meluahkan rasa kekesalannya kerana melawan cakap Raffael untuk membuatkannya kopi semalam.

"Good then.Untuk tebus balik kesalahan you tu, I nak you buatkan I kopi.Sekarang." Tekan Raffael.

"Baik Tuan Raffael." Saffra mengira langkah untuk ke pantri.

"Nanti dulu.I tak minum kopi hitam.I nak yang instant dan jangan buat manis sangat.I tak nak nanti kena potong kaki." Sedap betul Raffael mengarah.Memanglah dia tu pengarah projek di ofis, tapi takkanlah nak buat kopi pun kena ikut arahan dia jugak?

Dia ingat ni kedai kopi ke nak order macam ni macam tu? Haih...Terpaksalah Saffra bersabar.Baru aje minta maaf, takkan dah nak gaduh balik?

Tidak sampai satu minit, Saffra datang sambil membawa secawan kopi panas di tangannya.Dengan sopan dia meletakkan di atas meja Raffael.

"Jemput minum Tuan Raffael." Saffra tayang senyum palsu.

Raffael mengambil cawan itu dan mencicipnya perlahan-lahan sambil matanya memandang Saffra.

'Nak minum pun boleh lagi mata dia curi tengok aku.' Monolog Saffra sendiri.

"Sedap tak tuan?"

"Not bad."

Itu saja yang dia cakap? Sudahlah nak buatkan kopi untuk dia pun Saffra terpaksa tanya google dulu.Nak tahu nisbah gula, susu dan kopi kena letak banyak mana, semata-mata nak puaskan kehendak dia.Dah boleh jadi pakar kopi Saffra.

Ingatkan dapat pujian melambung.Tapi hampeh! Kedekut sangat nak bagi pujian.Ucap terima kasih pun tak.

"Apa you tunggu lagi? You boleh pergi sekarang."

Dengan geramnya Saffra berjalan ke pintu sambil menghentakkan kakinya sebagai tanda protes.Langsung tak hargai usaha dia yang bersusah payah membancuh kopi untuknya.

"Saff, baru seminggu Tuan Raffael kerja kat sini, dah dua kali dia panggil kau masuk bilik sebab buat masalah." Saffra dah seperti budak sekolah yang dipanggil pengetua kerana melanggar disiplin.Tapi kali ini agak berbeza.

Saffra cebikkan bibir.Jus oren di dalam gelas dikacau-kacau dengan penyedut minuman.

"Macam manalah kau boleh tidur masa meeting tadi? Berani eh kau buat hal depan dia." Zaim yang nakal pun takut nak buat masalah, lagi-lagi bila tengok wajah bengis Raffael.Kecut perut.

"Aku bukan sengaja pun nak tidur masa meeting.Dah nak terlelap, apa boleh buat? Kau pun satu, kenapa tak sedarkan aku? Padahal aku kat sebelah kau aje." Saffra mencubit lengan Limah.

"Eh mak cik ni, nak salahkan aku pulak? Siapa suruh kau tidur? Hari tu cakap Zaim suka tidur kat ofis, sekarang kau pulak." Bihun goreng digulung pada garfu dan dibawa ke dalam mulut.

"Korang ni, benda kecil pun nak gaduh ke? Sekarang ni kita ada perkara yang lagi penting untuk dibuat.Lepas makan ni, nanti kita discuss pasal tugas yang Tuan Raffael baru bagi tu." Seperti biasa, Rafiqlah yang akan menenangkan suasana yang berada dalam keadaan tegang.Bijak sungguh dia dalam menyelesaikan persengketaan antara mereka.

"Yang tu aku setuju.Kali ni aku akan tunjukkan kat Encik Senget tu yang kumpulan kita lagi bagus dari apa yang dia sangka.Aku nak mata dia terbeliak bila tengok kita present nanti." Saffra dah tekad.Dia tidak mahu Raffael pandang rendah terhadap ahli kumpulannya dan hasil kerja mereka.Dia perlu dapatkan balik markah kumpulannya yang telah hilang.

"Uish! Sampai macam tu sekali? Kenapa tak sampai buta aje terus?" Mulut Zaim ni memang jenis tak tahu peraturan.Main langgar aje.Kalau kena cekup, baru padan muka.

"Aku tak kejam macam kau! Walaupun aku tak suka kat Encik Senget tu, tapi aku masih berperikemanusiaan."

Terdiam Zaim sekejap.Limah dan Rafiq dah tahan gelak.

"Itulah kau, lain kali jangan nak melawan mulut dengan Saff.Kan dah kena batang hidung sendiri." Terhambur juga ketawa mereka berdua termasuk Saffra.Dia juga mengiyakan apa yang dikata oleh Rafiq.Saffra memang pandai kalau bab-bab berdebat.

"Besar jugak projek kita kali ni." Saffra urut dada.Dah lama Limah tak jadi halimunan, sekarang dah jadi balik.Dia tiba-tiba saja sudah berada sisi Saffra.

"Memang...Sebab itulah aku nak buat bersungguh-sungguh dalam projek ni.Aku akan buat sehabis baik!"

Limah mengangguk-ngangguk."Wah! Bersemangat eah kau dapat tugas baru.Tapi bukan selalu pun kau macam ni ke?"

"Kind of...Tapi kali berbeza sikit sebab kompeni kita kan dapat tender dari Tan Sri Yusoff.Macam yang Encik Senget tu cakap tadilah, projek ni sangat besar.Jadi kita tak boleh nak sia-siakan peluang yang ada."

"Aku setuju.Lagipun, ini projek pertama Tuan Raffael sejak dia kerja kat sini.Lepas tu dapat pula tender dari orang besar.Mestilah dia nak kita capai prosedur yang ditetapkan."

"Korang ni memang tak reti nak diam ke, hah?! Aku nak buat kerja pun bising tahu tak?!" Gina Gladiator tiba-tiba melenting.Tidak tahu sebab musababnya, semua orang dia nak marah.Terus semua staf mengangkat pandangan ke arahnya yang sedang berdiri dengan wajah seperti askar nak pergi berperang.

"Saff, Gina tu dah kenapa? Kena rasuk dengan setan apa pulak kali ni?"

Saffra jongket bahu.Dia sendiri pun tiada jawapan untuk soalan itu.Lagipun Gina memang selalu mengamuk kat ofis.Sebab kumpulan dia tak performlah, lepas tu cakap staf di jabatan itu suka buat bisinglah, stres dengan kerjalah, tapi orang lain pula yang jadi mangsa.

"You tahu kan ni ofis? Tempat untuk buat kerja! Bukan membawang! Kalau you nak membawang, pergi kat gerai Mak Cik Timah kat bawah tu.Bukan kat sini!" Saffra terpinga-pinga.Kenapa pula dia yang dipersalahkan dalam hal ni? Bila masa pula dia buat bising? Padahal Saffra dan Limah dah rendahkan suara dan tidak mengganggu sesiapa pun.

"You berdua ni selalu kacau ketenteraman I tahu tak?! I nak buat kerja pun tak senang! Banyak betul mulut murai dalam ofis ni."

Dari tadi Saffra dan Limah biarkan saja Gina menuding jari kepada mereka.Tapi sekarang Limah dah hilang sabar nampaknya.Lengan baju disingsing.Dah nak bertinju pula dah!

Belum pun lagi Limah melangkah, lengannya dah dipegang oleh Saffra.Dia cuba menghalang sebelum perkara yang tak diingini berlaku.

Risau pula bila fikirkan apa yang akan terjadi.Dalam keadaan tegang macam ni, otak pun dah tak waras.

"Sabar Limah...Bawa mengucap."

"Mengucap apanya?! Aku bukan nak mati! Aku baru nak pergi berjuang.Sepatutnya kau suruh si Gladiator tu yang mengucap sebelum lunyai dia aku kerjakan!"

Gina dah terlopong bila mendengar nama panggilan Limah kepadanya.Saffra pula yang cuak. Sebab hanya Limah saja yang tahu pasal tu.Tapi sekarang Limah pula yang bocorkan rahsia.

"Hoii perempuan tua! Apa kau panggil aku tadi? Gladiator?!" Gina membetulkan skirtnya.Kalau terselak, tak ke seksa mata yang memandang?

"Ya Allah Limah...Cuba bawa bertenang.Jangan nak layan sangat perangai gila si Gina tu." Saffra separa berbisik di telinga Limah.

"Aku tak peduli.Dah lama aku sabar dengan Gladiator ni! Kali aku takkan duduk diam.Lepaskan aku!" Limah cuba melepaskan genggaman Saffra dari lengannya.

Limah dan Gina dah masuk gelanggang.Dua-dua saling bertentang mata.Tajam menikam satu sama lain.

Staf di situ semua dah kaku.Mereka hanya mampu melihat apa yang bakal terjadi.

"Korang, kita nak buat apa sekarang ni? Aku risaulah...," soal Saffra cemas.

Dia memandang Limah dan Gina yang masing-masing seperti mengeluarkan kuasa.Seorang cahaya biru, seorang cahaya merah.Kalau dibiarkan, boleh runtuh bangunan itu.

"Kita call Tuan Raffael ajelah." Cadang Rafiq.

"Hisy! Mana boleh.Kalau dia tahu, teruk mereka kena nanti."

"Habis tu, kita nak buat apa? Takkan nak tengok aje ultraman dengan raksasa tu berlawan.Nanti kang habis hancur barang dalam ofis ni." Zaim ni kalau nak bergurau memang tak kira masa.Kalau dia askar yang kena bertempur dengan musuh, silap hari bulan dialah yang tewas dulu.

"Kalau macam tu, kita panggil pak guard kat bawah ajelah.Mungkin dia boleh tolong." Usul Rafiq lagi.

"Tak boleh jugak.Nanti mesti dia akan bagitahu Tuan Raffael.Aku tak nak orang lain tahu selain kita dan staf kat dalam ofis ni."

"Kau ingat mulut orang boleh diam ke? Entah-entah, lagi kecoh esok diorang duk bercerita sana sini.Tiga hari tiga malam tak audah-sudah." Saffra setuju dengan apa yang dikatakan Zaim.Walaupun mereka ingin mengunci mulut tentang apa yang berlaku, tapi tidak mustahil kalau cerita ini akan tersebar luas di dalam bangunan itu.

Mana boleh tengok saja.Mesti mulut akan gatal juga nak bercerita.Kalau apa yang diceritanya betul, tak apa.Jangan sampai ada yang menokok-nambah jalan cerita pula.

"Betul kata Zaim tu Saff.Lebih baik kalau Tuan Raffael sendiri yang nampak daripada dia dengar dari mulut orang lain yang entah betul ke tidak.Lagipun aku yakin, mesti dia akan tahu jugak lambat-laun."

"Okeylah.Kau call Tuan Raffael.Biar aku cuba tenangkan diorang." Belum pun sempat dihalang, Saffra dah melangkah ke arah mereka berdua.

Limah dan Gina dah saling tolak-menolak satu sama lain.Tapi masih belum sampai ke tahap agresif.

Walaupun sedikit gentar, Saffra beranikan diri juga untuk mencelah antara mereka.Dalam otaknya, dia sudah berfikir pelbagai kemungkinan yang akan berlaku.

Dalam keadaan Limah dan Gina yang separuh sedar itu, mungkin dia akan terkena tempiasnya juga.Tapi hanya itu saja yang boleh dia lakukan sekarang sebelum Raffael tiba.

"Err...Korang, sudahlah tu.Janganlah gaduh kat sini.Ramai orang yang tengah pandang sekarang ni." Bahu Limah disentuh lembut.

"Lantak lah diorang nak tengok pun! Aku belum sudah lagi dengan Gladiator ni!"

"Suka kau aje panggil aku macam tu! Dasar perempuan tua!" Amukan Gina semakin menjadi-jadi.Dia mula menarik-narik tudung yang berbalut di kepala Limah.Limah pula dah menggenggam erat rambut Gina yang panjang itu.

Situasi makin tegang.Saffra pula semakin bimbang.Niatnya yang cuba untuk meleraikan pergaduhan bukan bertambah baik, malah bertambah buruk pula keadaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience