Saffra berjalan tenang ke tempat duduknya.Suis komputer segera dihidupkan.Mungkin sebab dah sihat, jadi bolehlah dia tersenyum lebar hari ini.
Dengan kuasa halimunanya, Limah dah berada di sisi Saffra.
"Saff, betul ke kau dah okey? Takkan satu hari je MC?"
"Ya...Aku dah okey.Satu hari jelah, lama-lama nak buat apa? Nanti banyak pulak kerja aku yang tertangguh."
"Kalau aku, memang tak cukuplah sehari aje.Kenapa kau tak ambik MC dua tiga hari? Nanti bolehlah kau berehat-rehat kat rumah tu.Kau kan dah kerja sepanjang malam." Sikap keibuan Limah dah muncul.
"Malaslah.Lagipun bukan teruk sangat demam aku.Pening kepala sikit aje."
"Saff...My friend! Rindu aku kat kau." Sampuk Zaim yang baru tiba dengan suara penuh ceria.Beg kerjanya diletakkan atas kerusi.
"Rindu konon.Baru satu hari tak jumpa.Aku tak rindu kau pun." Sengaja Saffra mengusik.
"Aduh! Sakitnya hati ini.Sampai hati kau berkata begitu.Tidakkah kau mengerti akan rasa ini?" Zaim buat gaya seperti pelakon teater sambil tangan diletakkan atas dahi.
Saffra dan Limah dah gelak sakan.Rafiq pula menggeleng kepala melihat perangai kawannya itu.
"Drama queen kau ni mengalahkan perempuan! Buat malu kaum aje." Marah Rafiq.
"Aku rasa kau dah boleh resign kut.Mesti ramai pengarah yang nak ambik kau berlakon.Nanti femeslah kau." Saffra menambah.
"Betul.Sambil-sambil tu, dapatlah kau cari calon nak buat bini sekali." Sokong Limah.
"Amboi...Seronoknya korang bahan aku.Apa korang ingat aku ni takde peminat ke? Korang aje yang tak tahu."
"Kau? Ada peminat? Saff, dunia ni dah nak terbalik ke?" Makin galak Limah mengusik Zaim.Bukan selalu dapat buat macam ni.Kalau tidak, Zaimlah yang hari-hari asyik kenakan mereka.
Rafiq dah tahan gelak.
"Kesian kau.Pagi hari lagi dah jadi mangsa buli orang perempuan.Maaflah bro, aku takleh tolong." Rafiq angkat tangan persis orang menyerah diri.
"Hampeh punya kawan! Sejak bila kau jadi geng ladies pulak ni?"
"Korang, bos dah datang!" Laju Saffra menyampaikan maklumat kepada kawan-kawannya.Nama pun empat sekawan, kalau seorang buat bising, semua kena!
Bertempiaran Limah dan Zaim berlari ke tempat mereka.
Mereka berempat menaiki lif untuk turun makan tengah hari di tingkat bawah.Sebaik saja pintu lif terbuka luas, mereka terus melangkah keluar.Dalam masa yang sama, pintu lif di sebelahnya juga terbuka.
Terkedu Saffra bila melihat Raffael yang muncul di sebalik pintu lif itu.Mereka segera menyapa Raffael dengan senyuman lebar.Saffra pula dah berjalan ke depan tanpa mempedulikannya.
"You, wait!" arah Raffael.
Saffra brek mengejut.Tubuhnya kaku di situ.
"Kenapa lari? Nampak hantu ke?" Sinis soalan Raffael.
"Hantu mana ada siang hari.Malam aje dia muncul, macam semalam." Bidas Saffra balik.
Raffael tersenyum nipis.Pandai benar gadis itu menjawab.Sekali dengan pakej perli dia pula tu.
"Kacak tak hantu you jumpa semalam?" Cewah...Puji diri sendiri nampak.
"Tak langsung!" Saffra menjeling Raffael yang sedang tersengih.
"Kenapa tak datang kerja semalam?"
"Mc."
"Sebab?"
"Cuti beranak!" Geram pula Saffra dibuatnya.Semua nak tahu.
"I see...Tapi hebat eah you, walaupun pregnant, perut tetap kurus.Macam anak dara." Raffael gelak halus.
Saffra dah buat muka.Dompet di tangannya diramas.
"Korang, jom pergi! Aku dah lapar ni.Nanti tak pasal-pasal aku makan orang pulak hari ni!" Jerit Saffra pada kawan-kawannya yang sedari tadi jadi pemerhati di depan lif.Berlari-lari mereka mendapatkan Saffra.
Limah, zaim dan Rafiq saling berpandangan.
"Saff, sebelum kau mengamuk, apa kata kita order dulu.Lepas tu, lantaklah kau nak buat apa pun." Pesan Zaim terlebih dahulu.
"Cik nak order apa?" Ramah pelayan restoren itu bertanya.
"Nasi goreng pattaya satu!" Terkejut pelayan itu.Dia ada buat salah ke sampai kena marah?
"Maaf eah dik.Dia tengah PMS." Zaim memohon maaf bagi pihak Saffra sambil menyengih.
Pelayan itu hanya mengangguk sebelum beredar.
"Bila pulak aku PMS? Memandai aje kau buat ramalan sendiri."
"Kau ni pun, kalau nak marah biarlah bertempat! Marah orang lain, lepas kat orang lain.Apelah.Kesian budak tu."
"Ehem Zaim...Kau ada apa-apa ke dengan budak tadi?"
"Bro, aku kenal pun tak budak tu.Gila ke aku nak kapel dengan budak bawah umur! Tak nak aku tidur dalam penjara." Rafiq menepuk-nepuk bahu Zaim.
"Saff, korang bincang apa tadi sampai kau marah-marah macam ni?" Limah mula menyoal.
"Bos kau tulah! Sibuk aje nak tahu hal aku."
"Saff, dia kan pengarah projek kita, mestilah dia ada hak nak ambil tahu pasal staf-staf dia.Dah tanggungjawab dia, nak buat macam mana?" bela Limah bagi Raffael.
"Aku dah cakap yang aku MC, maknanya aku sakit! Takkan dia tak faham-faham lagi? Dia sibuk nak tahu lebih dah kenapa?" bentak Saffra.
"Susahlah cakap dengan kau ni." Keluh Limah.
Sebentar kemudian, makanan yang mereka pesan tiba.
"Cop! Kau jangan nak hentak meja pulak eah? Bukannya aku tak tahu, kau kalau dah hangin, itulah yang kau buat." Awal-awal lagi Zaim beri amaran.Setiap kali mereka keluar makan bila mood Saffra tengah tak baik, memang itu dah jadi tabiat Saffra.
"Kali ni, bagi kitorang makan dengan tenang ya.Lepas makan, aku dah tak peduli kalau kau nak lambung meja sekali pun." Limah mula menggaul mee celup dalam mangkuk.
"Korang perli aku ke?"
"Bukan perli, tapi hakikat."
Saffra juih bibir.Jus epal dihirup hingga separuh gelas.
Share this novel