13

Romance Completed 62210

Hari demi hari, minggu demi minggu mereka semua bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan kerja berkenaan projek yang telah dimeterai dengan Tan Sri Yusoff.

Tanpa mereka sedar, semakin cepat masa berlalu.Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi untuk menyiapkan semuanya sebelum hari presentation.

Durrah semakin bimbang.Dia dah kalut untuk menyiapkan tugasan yang paling penting itu.

"Saff...Kau ni dah kenapa? Kalut semacam aje.Macam bini mati laki." Tegur Zaim yang lalu di depan meja Saffra.

Mejanya itu dah habis berselerak dengan segala jenis fail, dokumen, kertas kerja dan kertas yang dah digumpal-gumpal seperti bola ping pong.Keadaannya tak ubah seperti pemimpin negara yang tengah berada dalam kegawatan ekonomi.

"Teruk sangatlah ayat kau tu.Bila masa pulak aku kahwin?" Saffra masih menumpukan perhatian pada kerjanya.

Sekejap tengok fail, sekejap tengok komputer.Zaim yang hanya jadi pemerhati pun ikut stress sekali melihat keadaan Saffra yang tidak berapa terurus itu.

"Saff, boleh tak kau cuba bertenang? Buat kerja tu slow-slow sikit.Macamlah esok dah nak kiamat."

"Kalau aku tahu bila nak kiamat, aku dah tak datang kerja.Baik aku duk rumah aje buat amal ibadah.Tapi itu lain cerita.Sekarang, aku kena siapkan report ni secepat nungkin, sebab nanti aku nak kena hantar kat Encik Senget tu untuk dia tengok.Paling cepat pun minggu ni."

"Alah, kau nak takut apa? Dia bukannya makan orang pun kalau tak siap.Minggu depan kan sempat lagi."

"Sempat apanya? Kalau dia suruh aku buat correction, macam mana? Takkan aku nak hantar kertas kosong atas meja dia? Itu menempah lubang kubur namanya!" Saffra dah tidak pedulikan langsung apa yang Zaim cakap.Apa yang dia tahu, report itu perlu disiapkan dengan segara.Nampaknya, terpaksalah malam ini dia bermalam di ofis buat sekian kali.

"Aku siap lambat, okey aje."

"Memanglah kau okey! Dah kalau Encik Senget tu tanya, kepala aku yang kena dulu sebab aku ketua!" Bercakap dengan Zaim ada saja nak menaikkan darahnya.

"Cuba kau tengok orang lain, takde nak berkalut macam kau pun.Si Gina dengan Kak Leha pun aku tengok tenang aje buat kerja."

"Sekarang tenanglah.Tunggu minggu depan, mesti jadi pasar malam punya ofis ni.Gina tu mana boleh ada bunyi sikit, mesti nak meroyan tak tentu pasal! Dia stress dengan kerja, lepas tu orang lain pulak yang kena marah," cemuh Saffra.

"Kalau dia meroyan, aku dah biasa tengok.Jangan kau pulak yang meroyan!" Dalam Saffra tengah serius, berani lagi dia nak bergurau.

Fail tebal yang berada di depan matanya dimanfaatkan.Namun belum sempat dia menghempuk tubuh Zaim dengan fail itu, dia dah terlebih dahulu lari dan menyorok di mejanya.Selamat!

"Saff, jom lah lunch." Ajak Limah yang sudah memegang dompet di tangannya.

"Aku rasa tak kut.Aku nak kena buat report ni," balas Saffra tanpa menoleh ke arah Limah.

"Hmm...Kau nak kirim apa-apa tak? Biar aku belikan."

"Boleh jugak.Kau beli je apa-apa.Aku tak kisah." Dokumen di atas meja dibelek-belek.

Limah meninggalkan Saffra seorang diri di situ.Semua staf yang lain awal-awal lagi sudah keluar mencari makan.Ofis yang tadinya riuh rendah dah kembali menyepi.Keadaan itu sedikit sebanyak membolehkan Saffra untuk fokus sepenuhnya pada kerja.

Malangnya ketenangan yang dirasai cuma sekejap.

"Tak lunch ke?" Raffael dah terpacak di depan meja Saffra.Entah bila pula dia boleh ada di situ.

"Tak." Sepatah jawab Saffra.

"Not hungry?"

"No."

"You..."

"Tuan Raffael nak apa sebenarnya? Jangan ganggu saya boleh tak?! Saya tengah banyak kerja sekarang ni!" Wajahnya diangkat memandang Raffael dengan pandangan yang tajam.

"Betul you tak lapar ni?" Raffael sekali lagi menduga.

Saffra menarik nafas."Kan saya dah cakap saya tak lapar! Saya cakap Bahasa Melayu pun tuan masih tak faham lagi? Ke tuan nak saya hentam Bahasa Bengali?!" Suara Saffra semakin meninggi.

Tiada langsung terpamer riak terkejut pada wajah Raffael dengan sikap dingin Saffra terhadapnya itu.Mungkin dia sudah terbiasa kena marah dengan gadis itu.Dan semakin lama, dia semakin mengenali serba sedikit tentang gadis di depannya itu.

"Garang betul you ni.Nanti takde orang nak baru tahu."

"Biarlah! Itu hal peribadi saya.Takde kena mengena pun dengan tuan!"

"Janganlah marah-marah, nanti cepat tua.You nak ke muka you tu kerepot macam nenek kebayan? Kalau I pun, I tak sanggup nak tengok muka wife I macam tu."

Ya Allah! Lelaki ni dah apa kes? Tadi cakap pasal lunch, sekarang dah tukar topik pula.Kerepot? Wife? Loya tekak Saffra dengar.

"Kalau tuan tak ganggu saya, takde sebab saya nak marah saja-saja.Saya bukannya gila."

"Mana ada I ganggu you.Salah ke I nak ambil berat pasal staf I? Lagipun tinggal you sorang aje kat sini.Kenapa tak keluar lunch dengan kawan-kawan you tadi?"

Nampaknya lelaki itu masih tak faham apa yang Saffra bagitahu sejak tadi.Bahasa Melayu pun fail.Tapi boleh pula dia jadi pengarah projek di kompeni itu.Mungkin dia bernasib baik saja.

"Penatlah cakap dengan Encik Senget ni," omel Saffra.

"Sorry?"

"Err...Maksud saya, tuan tak nak pergi lunch ke? Dah lambat ni.Nanti tak sempat pulak.Tuan tak perlu lah ambil berat pasal saya.Saya boleh jaga diri." Saffra tayang senyuman yang nyata plastik.

"O...key.Buat kerja tu biar kemas dan cantik.Baru I boleh bagi markah tinggi plus extra marks lagi."

Wah! Ini sudah dikira bagus.Bukannya mudah lelaki itu nak bagi markah tinggi, siap dapat tambahan lagi.

Semua staf kenal dengan perangai Raffael yang kedekut nak bagi markah itu.Bila presentation saja, mesti straight to the point.Tak adanya nak membelok kiri kanan.

"I've got to go.Have a nice day."

Dia menghempas punggungnya di atas kerusi.Have a nice day kepala lutut dia! Ini bad day namanya! Bagi kerja banyak-banyak, sampai nak keluar lunch pun tak sempat.

"Saff, ni makanan kau." Limah menghulurkan plastik yang berwarna merah cerah kepada Saffra.

"Thanks Limah.Berapa ni? Kejap lagi aku bayar."

"Free of charges." Limah dah duduk di kerusinya.

Saffra pandang Limah melalui dinding cermin kubikelnya dengan rasa tak percaya.Nak tergelak pun ada.Kalau antara mereka berempat, selalunya Limah lah yang tangkai jering! Asyik nak benda percuma saja.

"Apasal kau pandang aku macam tu? Aku nampak lain ke hari ni?" Limah meneliti dirinya.Wajahnya pula ditilik pada cermin kaca yang besar gedabak yang diletakkan atas meja.Limah dengan cermin memang adik-beradik yang tak dapat dipisahkan.Kemana saja dia pergi, mesti bersama.

"Ha'ah, kau nampak mudalah hari ni."

"Oo...Jadinya kau nak kata aku nampaklah tualah sebelum ni?"

Saffra tergelak halus.Mujur Gina Gladiator belum masuk lagi.Kalau tak, memang jadi orang bisulah mereka di situ.

"Taklah...Kenapa kau tiba-tiba aje bermurah hati nak belanja aku hari ni? Laki kau ada bagi duit ke?"

"Kau ingat aku ni kedekut sangat ke? Aku pun ada duit sendirilah!"

"Yalah, selalunya kau tahu nak makan free aje."

"Alah, aku belanja kau tu pun bukannya mahal mana.Tiga henggit aje."

Dahi durrah terus berkerut."Tiga ringgit?! Mak aih, murahnya! Kau beli apa?"

"Nasi bungkus tepi jalan."

"Patutlah...Kiranya haji bakhil tu laki kaulah kan?"

"Laki aku Haji Seman," balas Limah selamba.Sambil itu dia mengoyak plastik pembalut Twisties.

"Samalah tu.Sesuailah, sebab kau hajah bakhil!" Saffra dah tergelak-gelak.Mujur staf-staf lain belum masuk ofis lagi.Sambil makan, sambil membawang!

"Ee...Jahat betul mulut kau ni.Aku bagitahu laki aku baru tahu!"

"Woii! Agak-agaklah Limah.Dah tua bangka pun nak mengadu kat laki kau ke? Buat malu ajelah."

"Tadi cakap tak lapar?"

Hampir tak tercekik Saffra dengan ayam gulai di kerongkongnya.Nasib baik dia cepat-cepat telan.Kalau lah dia jadi arwah kat situ, Raffael lah orang pertama yang akan dihantuinya tiga hari tiga malam.

Raffael cuba melihat wajah Saffra, namun terhalang kerana Saffra duduk membelakanginya.Raffael pula menyandar pada dinding di pintu masuk sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar slack hitamnya.

"Nama pun tadi, dah lepas setengah jam pun.Takkan lah saya tak lapar? Saya pun manusia jugak, makan nasi.Bukan kenyang pun dengan kerja atas meja tu." Sempat lagi Saffra selitkan sindirin di sebalik kata-katanya itu.

Raffael sekadar tersenyum."Kesian I tengok you makan nasi kosong aje."

"Tuan tak nampak ke ayam gulai ni? Saya bukannya anak kucing nak makan nasi kosong! Kucing pun dah pandai memilih, nak makan dengan ikan.Takpe, nanti esok saya suruh mak cik kat gerai tu letak sekor bapak ayam dalam nasi ni."

Tanpa disedari oleh Saffra, Raffael yang berada di belakangnya dah merah padam muka cuba menahan gelak.Saja nak kontrol macholah tu.Pandai melawak juga gadis di depannya itu.

"Kalau macam tu, esok I belanja you makan.You nak makan western ke, japanese ke, Italy ke, Chinese ke...It's up to you."

"Daripada saya makan alah macam tu, baik saya makan aje tuan!" Geram pula Saffra dengan Raffael yang tiba-tiba banyak mulut itu.

"You nak makan I?"

Saffra baru tersedar yang dia dah terlepas cakap.Matilah! Dia rasa mukanya dah panas dan merah seperti udang kara kena bakar.

"Boleh, tapi kena halalkan dulu."

"Halalkan apa?" Saffra beranikan diri untuk bertanya.Dia tidak mahu Raffael mengesan perubahan pada wajahnya.

"You and me." Ringkas jawapannya.

Rasa nak tersembur nasi dalam mulut Saffra.Dia makan laju-laju diselangi dengan meneguk segelas air kosong di depannya.Tidak mahu berlama-lamaan di situ.Melayang terus selera makannya, apatah lagi bila Raffael dah bercakap tentang perkara yang meloyakan anak tekaknya.

Dia bingkas bangun untuk ke sinki.Tangannya yang berminyak itu dipicit dengan sedikit sabun sebelum mencuci gelas pula.

"Lajunya you makan.Baru cakap macam tu, terus berselera!" Raffael akhirnya terpaksa melepaskan juga gelaknya.Tadi saja dia dah senak perut menahannya.

Saffra kacing gigi kuat-kuat.Boleh tahan miang juga kucing jantan di belakangnya itu.Rasa nak di stapler saja mulutnya.

"Kalau tuan takde benda penting nak cakap, jangan nak mencarut depan saya boleh tak?!"

"Tapi you yang mulakan dulu."

Saffra rasa rohnya seperti dah terbang entah ke mana.Perlu ke Raffael berterus-terang? Ke dia sengaja nak malukan Saffra?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience