Selesai makan malam, Jenah dan Saffra duduk atas kerusi sofa sambil menonton drama yang disiarkan di TV3.
"Jenah, aku tanya kau ni."
"Hmm..."
Saffra diam seketika.Dia sedang berfikir apa ayat yang sesuai untuk ditanyakan pada Jenah.
"Aik, diam pulak? Tadi cakap nak tanya sesuatu."
"Ermm...Takde apalah.Aku cuma nak cakap yang aku tak suka bos aku, itu aje." Saffra lupakan soalan yang ada dalam kepalanya.
"Sebab?"
"Sebab dia tu busybody! Apa yang aku buat, semua dia nak tahu.Sekejap tanya itulah, sekejap tanya inilah...Rimas tahu tak?"
Jenah dah menyengih."Itu maknanya dia caring pasal kau.Bukan busybody Saff oii!"
"Eleh, caring ke, busybody ke...Sama aje.Takde beza pun bagi aku."
"Bagi kau memanglah! Tapi bagi dia mungkin lain.Yang busybody tu kalau dia duk tanya kau perkara-perkara tak berfaedah, atau hal remeh-temeh.Caring tu kalau dia ambik tahu hal diri kau." Jenah jadi pakar ceramah motivasi pula malam-malam ni.
"Tapi kalau dia tanya aku pergi mana, keluar dengan siapa, dah makan belum.Itu caring ke namanya?"
Jenah laju berpaling pada Saffra."Betul ke bos kau tanya macam tu?"
Saffra angguk.Jenah mencuit paha Saffra sambil senyum tersipu-sipu.
"Itu maknanya dia caring! Kau tahu tak, kalau ada seseorang tu suka ambil berat pasal kita, itu sebab dia sayang.Siapa bos kau tu?" Jenah makin terujalah pula nak tahu cerita seterusnya.Saffra tiba-tiba terbatuk.
Sayang? Raffael tahu ke apa itu erti sayang? Yang dia tahu cuma beri arahan saja.Semua nak kena ikut cakap mulut dia.
"Means?"
"Aku rasa dia suka kau."
Saffra tersedak air liur sendiri.Itu adalah perkara yang paling mustahil baginya.Tak sanggup dia nak tengok muka Raffael yang macam ketua gangster itu hari-hari.Rasa kecil kepala.
"Kau tak payah nak buat ramalan macam tu.Ramalan kau salah belaka." Pandai-pandai saja Saffra ubah tajuk lagu orang.
Walaupun zaman sekarang banyak lagu baru yang timbul seperti cendawan tumbuh lepas hujan, tapi Saffra lebih berminat dengan lagu-lagu 90an.Setiap kali dengar, dia pasti akan ikut menyanyi sekali.
"Apa yang salahnya? Betullah aku cakap.Dia caring sebab dia sayang.Kalau tak, apa maknanya dia tanya semua tu? Lagipun, dia ada ke tanya benda yang sama kat staf lain? Kau sorang aje, kan?"
"Alah, mungkin sebab aku selalu gaduh dengan dia.Jadi bila dia tak puas hati dengan aku, dia kacaulah aku."
"Teori mana kau guna ni Saff? Peninglah kepala aku dengar.Kalau betul pun, mungkin dia guna cara tu untuk rapat dengan kau.Dan dia malu nak mengaku yang dia dah fall in love...kat kau."
"Fall in love kepala kau! Sudahlah, aku nak tidur." Saffra mencampakkan bantal segi empat atas sofa pada muka Jenah sebelum berlari ke biliknya.
Saffra perlu mengetahui pendapat Raffael tentang hasil tugas yang sudah dilakukan oleh kumpulannya agar tidak ditolak oleh Datuk Khalid masa perbentangan nanti.
Walaupun agak berat kakinya untuk melangkah ke bilik Raffael, tapi dia terpaksa ringankan juga demi dia dah ahli kumpulannya yang lain.Lebih baik ditolak sekarang daripada hari pembentangan nanti.Kalau Datuk Khalid tak terima, haru-biru jadinya.
Saffra menghayun perlahan kakinya ke bilik Raffael.Di tangan, dia memegang sebuah fail berwarna biru.
"Tuan..." Saffra terus tercengang bila dia buka saja pintu bilik Raffael.Hatinya bagai dilapah-lapah.Rohnya seperti dah hilang dari jasad.
Kedudukan Gina di sebelah Raffael tika itu agak rapat sehingga tiada jarak.Tangannya pula sengaja diletakkan atas kerusi belakang kepala Raffael.Sekali tengok seperti sedang berpelukan.
Sinis sekali senyuman Gina sambil memandang Saffra yang masih dengan ekspresi terkejut.
Raffael mendongak."Kenapa tak masuk?"
"Takpelah Tuan Raffael.Lain kali ajelah saya datang." Saffra berkira ingin menutup kembali pintu.Tak elok kalau ada staf lain yang nampak.Nanti boleh timbul fitnah.
"You!"
Dengan pintu yang separuh terbuka, Saffra berpaling.Wajahnya berubah garang."Siapa 'you'? Saya bukan anak ikan yu yang tuan nak panggil you, you...Saya ada nama.Nama saya Nada Saffra! Susah sangat ke Tuan Raffael nak panggil nama saya? Bukan terbelit pun lidah!" Entah kenapa Saffra rasa sakit hati bercampur marah.Padahal sebelum ini tidak pernah pula dia membangkitkan soal itu.
Gina sedikit berundur ke belakang bila Raffael bangun untuk menghampiri Saffra.Air mukanya nampak tenang.
"Buat apa I nak sebut nama you di bibir, kalau I selalu sebut nama you dalam hati I? Dan I tak pernah sekali pun lupa sebut nama you bila I berjumpa dengan Dia."
Lembik lutut Saffra tika itu.Rasa nak rebah di situ juga.Nasib baik tangannya masih memegang tombol pintu sebagai sokongan.
Lelaki, memang mulut manis.Boleh potong kaki! Tapi adakah manisnya itu datang jauh dari dasar hati, atau sekadar ingin bermain kata semata-mata?
"Saya nak mintak tolong boleh?"
"Boleh." Raffael senyum.
"Tolong jangan guna ayat-ayat over macam tu lagi.Saya tak nak kena diabetes."
Raffael ketawa.Wajahnya yang tadi serius sudah berubah ceria.
"Macam mana I tak suka kat you? You selalu tahu cara nak hiburkan hati I walaupun muka you dah macam Joker."
Saffra tarik muka masam.Dia tengah marah, boleh pula lelaki itu gelak.Siap kutuk dia lagi.
Saffra perasan yang Gina tengah memandang mereka dengan wajah tak puas hati.
"Tuan Raffael, saya tak habis lagi nak tanya pasal projek tadi yang..."
"Gina, kita sambung esok ajelah."
"Hah? Mana boleh Tuan Raffael.Saya..."
Raffael menghalakan pandangan tajam padanya.Terdiam Gina.Segera dia menutup failnya dengan kasar sebelum keluar dari situ.
"Macam mana bincang tadi? Tuan Raffael setuju tak?" tanya Limah sewaktu Saffra menarik kerusi untuk duduk.
"Tak."
"Tak?!" Limah dah pegang kepala."Habis, kita kena rombak balik ke? Ya Allah, pusing kepala aku macam ni."
"Bukanlah...Aku tak bincang lagi dengan dia."
"Aik! Bukan tadi kau pergi jumpa dia ke? Kenapa tak discuss terus?"
"Dia ada klien.Aku taklah mengganggu." Saffra jawab apa yang ada dalam kepalanya.Rasanya tidak perlu untuk dia ceritakan perkara sebenar yang terjadi dalam bilik Raffael sebentar tadi.
Lagipun berdosa kalau menjaja keburukan orang lain.Biarlah itu urusan antaranya dengan Dia sahaja.Sebagai manusia biasa, dia tidak berhak untuk menghukum sesiapa.
"Aku perhati muka kau nampak lain aje.Ada yang tak kena ke?" Limah mencari wajah Saffra yang sedang menekup wajahnya dengan tapak tangan.
"Nothing.Kau sambunglah kerja." Sebolehnya Saffra tidak mahu orang lain tahu tentang keadaan dirinya sekarang, termasuk Limah.Biarlah dia pendam rasa sakit itu sendiri.
Tanpa sedar, matanya tiba-tiba berair dan nampak merah seperti lepas menagis.Dia segera menyapu dengan jari-jemarinya.
Share this novel