Hari ini Saffra datang ke pejabat dengan wajah selamba seperti orang tak bersalah walaupun semalam senyap-senyap dia tak datang kerja.Macam pejabat dia pula yang punya.
Limah pantas mendekati Saffra yang baru sampai.Kerjanya ditinggalkan sementara.
"Saff, kau ni teruk betullah!"
"Apa...?" jawab Saffra tanpa sebarang reaksi.
"Kenapa ambik cuti tak bagitahu aku? Pakai henpon mahal, tapi tak pandai guna.Baik campak aje kat luar bangunan tu."
"Aku tak datang sehari aje kut.Kau nak kecoh kenapa?"
Limah makin geram dengan sikap Saffra itu.Selalu nak buat apa-apa tak bagitahu dia dulu.Bukan apa, nanti orang akan cari dia juga kalau ada yang menanyakan pasal Saffra, sebab dia yang paling rapat dengan Saffra.Tapi dia sendiri pun tak tahu nak jawab apa.
"Macam mana aku tak kecoh kalau aku kena menghadap muka Tuan Raffael yang macam askar MIA tu, tanya kenapa kau tak datang ofis? Sedangkan aku sendiri pun tak tahu jawapannya."
"Cool lah...Dia tak makan daging manusia pun."
Limah mendengus kasar.Selalu main-main.
"Kau MC lagi? Bukan hari tu kau baru aje MC dua hari." Limah sudah dapat mengawal perasaan marahnya.
"Sakit hati campur migrain."
"Migrain aku boleh terima lagi.Tapi takkan sakit hati pun kau MC jugak? Kau cakap apa kat doktor?"
"Aku banyak kerja nak buat ni.Kau nak ke Gina tu meroyan pulak cakap kita buat bising?"
"Fine!" Limah kembali ke tempatnya.Tak puas lagi nak berbual.
Kalau pisang berbuah dua kali, alamatnya kena tendang keluarlah mereka bertiga.Hari itu Raffael sudah beri amaran yang terakhir.
Samar-samar Saffra nampak seperti rupa Raffael yang baru keluar dari kereta berwarna merah itu.Semakin dia mengecilkan bola matanya, semakin jelas rupa lelaki itu.Memang tak salah lagi.Ayoo!Nak menyorok mana ni?
"Kau nak pergi mana tu Saff? Gerai Mak Cik Timah sebelah sinilah!" Tika itu Saffra dah melencong ke kiri, dia pula ke kanan.
"Kita makan tempat lainlah!"
Limah berjalan mendekati Saffra."Kenapa tak nak pergi gerai Mak Cik Timah aje? Kau nak lunch kat mana?"
"Tiba-tiba pulak tekak aku nak makan kat Mykori Dessert Cafe."
"Boleh jugak! Jomlah cepat." Limah dah menarik lengan Saffra.Tak sabar-sabar!
Limah memesan Matcha Latte Kakigori.Saffra pula nak makan Buttermilk Waffle.
"Eh, tadi aku macam nampak Tuan Raffael kalau tak silap.Mesti baru masuk ofis."
"Ya ke? Kenapa?" Saffra pura-pura bertanya.Padahal dia juga yang kelam-kabut lari bila nampak Raffael.
"Dia tak masuk ofis pagi tadi sebab ada meeting kat luar dengan klien."
Patutlah Saffra tak nampak pun kelibat Raffael di ofis pagi tadi, rupanya ada urusan di luar pejabat.Kalau tak, dialah orang pertama yang kena panggil dengan Raffael pagi itu.
Limah tiba-tiba menepuk dahi.Saffra pandang Limah dengan tertanya-tanya.
"Aku lupa nak cakap...Semalam Tuan Raffael bagitahu, dia suruh kau jumpa dia."
"Buat apa? Takde kerjalah aku nak jumpa dia.Kau nak suruh aku berperang dengan dia ke?"
"Aku tak suruh kau pergi berperang.Aku suruh kau pergi dengan cara aman wahai Cik Saffra."
"Takde istilah amanlah kalau aku berjumpa dengan dia." Saffra memotong waffel dengan pisau.
"Itu korang punya pasal lah! Aku cuma nak sampaikan amanah orang aje, sebab aku nak kumpul pahala." Lagak alim pula.
"Pedulikanlah.Malas aku jumpa dia.Buat habis air liur aku aje."
"Kenapa pulak? Pergi ajelah.Mana tahu ada benda penting dia nak bagitahu kau."
"Tak...Nak." Kepala batu betul Saffra ni.
"Suka hati kaulah.Kalau Tuan Raffael marah, jangan salah aku pulak! Salahkan diri kau sendiri." Limah menghabiskan Matcha Latte Kakigori yang sudah tinggal sedikit itu.
Mungkin semalam adalah masa yang terlalu pendek untuk Saffra melupakan apa yang terjadi tempoh hari dan menjauhkan dirinya daripada Raffael seketika.
Dia juga masih belum bersedia untuk bertemu Raffael.
"I nak cakap dengan you." Kata Raffael sepintas lalu ketika dia melewati meja Saffra.
Perlu ke dia pergi? Sebolehnya dia ingin melupakan terus apa yang dia nampak hari itu.Lagi pula, kejadian itu langsung tiada kaitan dengannya.
Dengan malas, Saffra heret juga kakinya ke bilik Raffael.
"Duduklah dulu." Pelawa Raffael apabila Saffra hanya berdiri agak jauh dari mejanya.
"Saya tak nak lama-lama kat sini.Banyak kerja yang tak siap nanti."
Raffael tidak memaksa.Saffra datang pun dah cukup baik."You pergi mana semalam?"
"Masalah peribadi."
"Kenapa Limah pun tak tahu? Sekurang-kurangnya you bagitahulah dia.Takdelah nanti orang tercari-cari you kat mana."
"Maaf, saya lupa nak cakap sebab masa tu urgent." Langsung Saffra tidak memandang wajah Raffael sebaliknya dia melihat staf yang ke hulu ke hilir di luar tingkap.
Raffael mengeluh."Ada benda you tak puas hati dengan I ke?"
Saffra diam.
"Hari tu, kenapa you tiba-tiba keluar macam tu aje masa I tengah discuss pasal kerja dengan Regina."
Saffra senyum sinis.'Tengah discuss pasal kerja konon.'
"Saya tak nak terlibat dalam maksiat.Belum cukup lagi pahala saya atas dunia ni.Takkan nak buat dosa mata pulak?"
Raffael bangun dan bersandar pada mejanya."Maksud you apa?"
Saffra menoleh pada Raffael yang seperti wajah tiada apa-apa salah baginya.
"Saya keluar sebab saya tak nak nanti ada staf lain nampak apa yang tuan dan Gina buat masa tu.Nanti diorang pun tanggung dosa sekali.Dan saya tak nak nanti diorang hilang rasa hormat pada tuan."
Kali ini wajah Raffael dah blur."Apa yang I dan Gina buat?"
Dah terang-terang Saffra jadi saksi, boleh pula dia buat-buat tak tahu.
"Buat apa Tuan Raffael tanya saya? Tuan tanyalah diri tuan sendiri.Takkan tuan dah lupa apa yang tuan buat?"
"Masalahnya I betul-betul tak tahu.Boleh tak you cakap bagi jelas?"
Saffra lipat tangan ke dada."Seronok kan Tuan Raffael berpeluk dengan Gina? Sampaikan saya masuk dalam bilik tuan pun, tuan tak rasa malu nak berpeluk dengan dia depan saya.Tuan suruh staf jaga imej syarikat, tapi tuan sendiri yang cemarkan imej dan nama baik semua staf kat sini.Saya tak sangkalah, kat tempat kerja pun Tuan Raffael sanggup buat perkara macam tu.Saya ingatkan saya dah kenal Tuan Raffael, rupanya tak.Banyak lagi yang saya tak tahu pasal tuan."
Tanpa pamit, Saffra meluru keluar dari bilik itu.Dia berlari anak ke tandas sambil menahan air matanya yang hampir tumpah.Dia mengunci diri di situ buat seketika.Mujur tika itu tiada sesiapa dalam tandas.Bolehlah dia menangis sepuas-puasnya.
Terperanjat Saffra bila dia keluar saja dari tandas, Raffael dah terpacak depan pintu.
"Nampaknya I kena suruh Mak Cik cleaner pam lubang tandaslah lepas ni."
"Kenapa pulak?" Mata Saffra sudah merah akibat menangis tadi.
"Sebab dah penuh dengan air mata you."
"Tak lawaklah!" marah Saffra.Dia merenung tajam Raffael dengan matanya yang merah.Takut pula Raffael dibuatnya.Dah macam bukan diri dia.
"Kalau perempuan menangis, mesti tak cukup tisu sekotak, kan? Sebab tu I dah prepare awal-awal." Raffael menghulurkan dua kotak tisu pada Saffra.Dia cuba menceriakan suasana kembali.
Tapi Saffra tidak suka dengan cara Raffael itu.Seperti sengaja nak perli dia."Kalau Tuan Raffael datang sebab nak sakitkan lagi hati saya, baik tak payah!" Saffra meninggalkan Raffael seorang diri di depan tandas.
Share this novel