Pembentangan untuk projek bersama Tan Sri Yusoff akan dibentangkan pada pagi itu.Kumpulan Saffra sudah lama bersedia.Mereka yakin yang Datuk Khalid tak akan kecewa dengan hasil kerja mereka.
Saffra juga akan buktikan pada Raffael yang dia tidak selemah lelaki itu sangka.
Apa yang berlaku semalam bukanlah penghalang untuk dia terus komited dengan kerjanya, malah sebagai penguat semangat.
Selang tiga puluh minit selepas selesai kumpulan Gina dan Kak Leha bentang,
Saffra membuka slaidnya pada skrin putih satu-persatu.Dari mula sampai ke slaid yang terakhir, Datuk Khalid dan Raffael tidak berkata sepatah pun.Wajah mereka serius sambil kepala terangguk-angguk.
"Mungkin saya dah selalu cakap macam ni, tapi awak memang selalu berikan yang terbaik untuk kompeni.You're never disappoint me.Good job!" Kembang kuncup hidung Saffra kena puji depan staf-staf lain.
"Terima kasih Datuk.Selagi saya diperlukan, saya akan cuba sehabis baik."
Dia kembali ke tempat duduknya.Sempat lagi Raffael menjeling ke arahnya sambil senyum meleret.
Saffra dan kumpulannya bersorak riang.Ternyata penat lelah mereka selama ini tidak sia-sia apabila berjaya membuahkan hasil yang lumayan.
Dalam mereka sedang gembira, ada yang tidak berpuas hati.Siapa lagi kalau bukan Gina? Sejak keluar dari bilik mesyuarat, mukanya masam saja.Bila Saffra pandang, tajam matanya menjeling.
"You're so talented.I nak ucapkan tahniah sebab you dah berjaya dapatkan kelulusan dari Datuk pasal presentation you tadi." Rimas pula Saffra bila Raffael tiba-tiba nak memujinya.
"Tak adil kalau Tuan Raffael puji saya sorang aje.Orang lain pun bersusah payah jugak untuk menghasilkan slaid tadi." Saffra berjinjing untuk mengambil buku dokumen yang terletak agak tinggi daripadanya.
Raffael hanya memandang sambil tersenyum.Kelakar pula bila diperhatikan saja gelagat Saffra tika itu.Bukan main payah lagi dia nak ambil buku dokumen yang terletak atas rak kayu itu.
"I rasa you kena minum susu banyak-banyak untuk tambah tinggi."
"Allah dah ciptakan saya macam ni.Saya terima seadanya.Yang penting fizikal saya masih sempurna." Saffra masih tidak berputus asa.Termengah-mengah juga dia nak mengambil.
"Tapi I kesian tengok you selalu bersusah-payah nak ambil benda kat tempat tinggi macam ni.But don't worry, lepasni I akan sediakan satu tangga khas untuk you.Nanti takdelah you duk terkinja-kinja macam ni."
Saffra pandang Raffael.Dari tadi asyik membebel, bukannya nak tolong.
"Kalau Tuan Raffael tak nak tolong, tak payah bising boleh tak?"
Raffael menegakkan badannya."You nak yang mana satu?"
"Baru nak tanya? Dari tadi lagi saya duk melompat-lompat macam kera."
"Banyak cakap cakap pulak you ni.Nak I tolong ke tak?"
"Okey, okey...I nak dokumen yang hujung sana." Saffra menuding jarinya pada dokumen yang terletak di hujung sebelah kanannya.
Dengan mudahnya Raffael mencapai dokumen yang diminta oleh Saffra.Cemburu pula dia tengok Raffael dengan kakinya yang panjang.Tapi kaum lelaki ni memang kebanyakannya tinggi-tinggi jika dibandingkan dengan kaum wanita.
"Terima kasih."
"Kasih tak diterima."
Saffra berkerut."Ada pulak macam tu."
"I akan terima kasih you kalau you sudi keluar lunch dengan I."
Mata Saffra buntang.Macam tak percaya saja Raffael ajak dia lunch sama-sama.
"Kenapa tengok I macam tu? You ingat I main-main?"
"Saya tak sudi."
"I belanja you lunch untuk meraikan kejayaan you dan kumpulan you.Sebab you dah buat dengan baik sekali."
"Kalau macam tu, Tuan Raffael kenalah ajak kawan-kawan saya jugak.Mana adil bagi mereka kalau Tuan Raffael belanja saya sorang aje."
"I tak kisah kalau you nak ajak diorang sekali."
Saffra pegang dagu."Tapi, takkan kumpulan saya aje? Kumpulan Gina dengan Kak Leha macam mana? Diorang pun bekerja siang malam jugak untuk projek tu."
Saffra macam nak kenakan dia saja.Takkan satu unit itu Raffael nak belanja? Terbanglah duit...
"Okey...You ajaklah satu ofis pun." Niat nak keluar makan berdua dengan Saffra saja, tapi satu unit itu pula diajaknya.Kecewa Raffael.
Saffra senyum dalam hati.
Semua bersorak gembira sambil tepuk tangan bila Raffael umumkan yang dia akan belanja makan tengah hari.Limah lah yang paling tak sabar bila dapat makan percuma.
Mereka masuk ke sebuah restoren yang menyediakan masakan panas.Seperti rombongan meminang pula.
Empat buah meja segi empat diatur rapat-rapat supaya mereka semua dapat makan bersama.Penuh satu meja dengan lauk-pauk dari hujung meja ke hujung meja.Hidangan utamanya adalah ikan stim halia.Turut ada sekali telur dadar, daging masak merah dan kerabu mangga.
Berselera sekali mereka semua makan sampai licin pinggan.Dapat pula makan percuma.Memang dapat durian runtulah hari itu.
"Korang, kenapa tiba-tiba Tuan Raffael baik hari ni?" Limah menyuarakan apa yang bermain dalam fikirannya.
"Dia nak belanja, kira bersyukurlah.Kau kan suka makan free." Seronok Saffra kenakan Limah.
"Tapi dah terlebih baik Tuan Raffael tu.Semua staf kat tingkat tiga belas dia belanja.Kalau ada orang luar yang tahu ni, mesti diorang dengki." Zaim menghirup jus oren.
"Tuan Raffael belanja sebab nak meraikan kejayaan kita semua dalam menyiapkan tugas pasal projek Tan Sri Yusoff tu.Bukan saja-saja pun." jelas Saffra.
"Tak kisahlah, asalkan perut aku kenyang.Boleh tahan sampai malam, ni.Nanti tak payah masak."
"Cik Halimah oii, laki dengan anak kau nak bagi makan batu ke? Selfish betul kau ni.Tahu kenyang perut dia aje."
"Entah kau ni Limah." Sokong Saffra.
Share this novel