7

Romance Completed 62210

Saffra masuk ke bilik mesyuarat.Hampir semua ahli kumpulan dan kumpulan pesaingnya sudah ada.Nampaknya macam tak sabar belaka nak bentangkan kertas kerja depan Tuan Raffael dan Datuk Khalid.Gina yang baru habis bercuti pun dah masuk kerja balik.

Pagi itu Raffael datang lebih awal ke pejabat.Datuk Khalid pula masih belum tiba lagi.Pembentangan akan dimulakan pada jam 9:00 pagi.

Sementara menunggu ketibaan Datuk Khalid, Raffael mengambil peluang yang ada untuk berkenalan dengan staf-staf di situ, lebih-lebih lagi dengan ketua setiap kumpulan.

Walaupun dia dah rasmi menjadi pengarah projek baru di situ, tetapi banyak perkara lain yang perlu diuruskan sejak dia mula bekerja dua hari lalu.Jadi tak menyempatlah nak kenal-kenal dengan semua staf di jabatan itu.

"Saya rasa saya belum tahu lagi nama ketua setiap kumpulan.Jadi, saya nak korang perkenalkan diri dulu sebelum mula untuk presentation." Raffael berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan semua staf dalam bilik itu.

Saffra dah ketar lutut.Sudahlah semalam dia dan Limah baru saja makan malam bersama Tuan Raffael.Sampai nak angkat muka pun tak boleh.Tak sanggup nak tengok mata Encik Senget itu.Takut terkena panahan cinta agaknya.Bak kata orang, dari mata jatuh ke hati.

"Starts from you." Raffael menuding jarinya ke arah wanita yang duduk di tepi tingkap.

Tergesa-gesa dia bangun.Yalah, dah orang pertama yang kena panggil.Jantung pun dah rasa macam tak ada nadi.

"Saya Zaleha.Ketua kumpulan senibina di Unit Landskap ."

"Hai, saya Regina.Ketua kumpulan rekabentuk di Unit Arkitek.Semoga tuan dapat beri tunjuk ajar pada saya." Bukan main lebar lagi senyuman dia.Nampak sangat nak tarik perhatian Raffael.

Saffra pula rasa macam terhenti segala sistem organ dalam badannya.Giliran Kak Leha dan Gina Gladiator dah lepas.Sekarang siapa pula?

"And you?" Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu.Iaitu giliran Saffra pula.Tapi Saffra masih kaku di tempat duduknya.

"Woii, kau ingat orang lain ada masa ke nak tunggu kau? Cepatlah!" Bisik Gina di telinga Saffra sambil ketap gigi.

Dengan geram dia bangun.Nak mengarah orang, tapi marah-marah!

"Sa...Saya Saffra.Ke..Ketua kumpulan senibina dalam Pengurusan Projek ." Sambil kepala ditundukkan ke bawah, Saffra memperkenalkan dirinya.Suara pula keluar macam nak tak nak saja.

"What? I did not hear."

Allahu! Buat-buat pekak pula dah!Sudahlah sekarang Saffra dah rasa lembik lutut.Buatnya dia pengsan kat situ, kecoh satu bilik jadinya.

Kalau beginilah keadaannya, sampai bila pun tak boleh nak mula pembentangan.Ini baru nak perkenal diri.Kalau nak bentang nanti, pitam terus agaknya.

Nafas ditarik dalam.Geram."Saya Saffra.Ketua kumpulan senibina." Tegas dan mendatar nada suaranya.Entah dari mana dia mendapat kekuatan, seperti satu kuasa menyirap masuk ke dalam tubuhnya.

Bagi Saffra, Raffael seperti sengaja nak menguji dirinya.Tapi hakikatnya, memang lontaran suara dia agak perlahan tadi.Hampir tidak kedengaran.Gina yang berjiran dengannya saja yang dengar.

Pintu dibuka dari luar."Bagus, semua dah ada kat sini." Datuk Khalid menguntum senyum melihat semua staf yang sudah penuh duduk di barisan kerusi itu.

"Datuk, jom kita mulakan." Raffael dan Datuk Khalid duduk bersama di sebuah meja yang telah dikhaskan untuk mereka bagi menilai hasil kerja setiap kumpulan.

"Yes! Selesai jugak pembentangan tadi." Zaim dah bersorak.Seronok benar dia bila semuanya sudah dibentangkan dalam bilik mesyuarat pagi tadi.

Seperti biasa, Datuk Khalid pasti akan memuji tinggi hasil kerja kumpulan Saffra yang diketuainya.Tetapi hari ini, kumpulannya bagai melakar sejarah apabila hasil kerja mereka mendapat kritikan daripada Raffael.

Saffra rasa macam tak berbaloi pula pulang lewat malam setiap hari sebab nak siapkan kertas kerja itu.Tapi Raffael senang-senang saja nak kritik hasil kerjanya.Mana dia tak naik angin?

Kumpulan lain pun agak terkejut juga mendengar tentang perkara itu.Inilah kali pertama kumpulan yang berada di bawah bimbingan Saffra itu mendapat komen yang negatif.Disebabkan perkara itu, markah penilaian yang diberikan oleh Raffael juga agak rendah berbanding Encik Mahmud dulu.Serta-merta, markah kumpulan mereka sedikit menurun.

"Tak payah nak gembira sangatlah.Belum sempat kau nak goyang kaki, lepasni dah masuk projek baru pulak."

Terus kendur senyuman Zaim."Eleh kau ni, bagilah aku chance nak restkan otak aku yang dah tersumbat macam nak pecah dah ni."

Saffra menghentak meja.Buku lima digenggam.Tersentak Zaim, Limah dan Rafiq yang duduk berdekatan dengan mejanya.Nasib Gina tak ada di mejanya waktu itu, kalau tak memang berperang mulutlah mereka berdua.

"Saff, kau okey tak ni?" Rafiqlah orang yang selalu serius ambil berat tentang Saffra kalau anginnya tengah dalam keadaan tak berapa baik.

"Hisy kau ni! Aku nak lelap sekejap pun terkejut beruk tahu tak?!" Limah terus membatalkan niatnya yang tak murni itu.

"Korang tak risau ke sebab markah kumpulan kita dah jatuh?"

"Aku pun risau jugak pasal tu." Rafiq menjawab.

"Tapi aku tengok korang nampak rilek aje.Macam takde apa-apa."

"Habis tu, kau nak kitorang buat apa? Pergi merayu kat Tuan Raffael suruh dia naikkan markah? Ke kau nak aku marah dia?" Wah! Jarang boleh nampak muka Zaim yang tengah serius.Ini sekali pandang, nampak takutlah pulak.

"Sabarlah Saff oi.Bukannya banyak pun markah yang kena potong.Lagipun, kumpulan kitakan masih di nombor yang paling atas." Kumpulan Saffra dah lama pegang carta nombor satu dalam pembentangan.Dan kumpulan yang bersaing sengit dengannya untuk merampas takhta yang dipegangnya itu adalah kumpulan Gina, iaitu musuh ketatnya.Gina memang dah lama tak puas hati dengan Saffra disebabkan perkara itu.Dan mungkin sebab itu juga kenapa dia tak suka Saffra.

Disebabkan itulah Saffra rasa betul-betul marah bila kedudukan kumpulannya itu tergugat.Kerana bila-bila masa sahaja ranking nombor satu kumpulannya boleh jatuh ke tangan Regina.Dia memang tak sanggup.

"Sikit ke, banyak ke, aku tetap tak puas hati! Semua ni disebabkan Encik Senget tulah!" Saffra melepas geram.Sekali lagi meja yang tak bersalah itu menjadi mangsanya.

"Encik Senget? Siapa?" Zaim teruja nak menyampuk.

"Saff, kau sengaja nak dia dengar ke?"

"Biarlah dia dengar.Biar dia tahu yang otak dia tu dah senget!"

Lantas, Limah menekup mulut Saffra dengan tapak tangannya.Kalau Raffael tahu, dah sah-sah dia kena tendang dari ofis itu.

"Kau jangan buat gila boleh tak? Kalau orang lain dengar, lepastu diorang pergi report kat Tuan Raffael tu, kau nak jawab apa?"

Saffra menarik tangan Limah dari menekup mulutnya.Barulah dia rasa dapat bernafas dengan baik.

"Woii Limah, sejak bila kau pandai nak culik orang pulak ni?"

"Kau jangan merepek boleh tak? Aku ni nak selamatkan si Saff daripada Encik Senget dia tu!" Limah sedar keceloparan mulutnya itu.Dengan pantas dia menutup mulut.Opss!

Zaim dan Rafiq tayang muka blur."Siapa yang senget tu?" Dari tadi mereka berdua tidak faham apa yang dikecohkan sangat oleh Saffra dan Limah.Senget? Sebab kaki dia panjang dan pendek sebelah ke? Sebab itu Saffra panggil dia Encik Senget? Zaim dan Rafiq cuba berteka-teki sendiri.

"Tuan Raffael." Suara Limah seolah-olah berbisik sambil menekup mulutnya.

"Tuan Raffael?!" Tinggi suara Zaim sebab terkejut.Berani Saffra bagi nama gelaran begitu kepadanya.

Rafiq turut sama terkejut, tapi hanya ditunjukkan melalui riak wajahnya sahaja.Tak lah sampai nak menjerit seperti Zaim.

"Syhhh...!" Limah meletak jari pada bibirnya.

"Aku stapler jugak mulut kau karang! Tak boleh ke cakap tu pelan-pelan sikit?! Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!" Limah dah angin satu badan.

Tiba waktu makan tengah hari, mereka berempat masuk ke Mykori Dessert Cafe.Ini baru kali pertama mereka menjejakkan kaki ke tempat itu kecuali Saffra.Bila dia mengidam nak makan benda manis, pasti dia akan datang ke Mykori Dessert Cafe.

Dengarnya, beraneka jenis pencuci mulut ada di situ.Aiskrim, toast, macaron, waffle dan hidangan utamanya adalah shaved ice atau dalam bahasa Melayunya air batu kisar seperti ABC.

Apa yang menariknya di sini, terdapat berbagai jenis pilihan perisa dan topping.Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.Rambang mata dibuatnya.Macam nak pilih baju.

Kasihan pula pada pelayan muda itu yang terpaksa jadi patung bernyawa sebab menunggu lama nak ambil order mereka.

"Saff, kau nak yang mana? Aku dah pening ni.Banyak sangat pilihan." Limah meneliti setiap satu nama menu di

"Aku rasa aku nak Chocolate Tiramisu Kakigorilah.Kau?"

"Aku ikut kaulah." Satu pun Limah tak faham apa yang dia baca.

"Rafiq, Zaim, korang nak order apa?"

"Aku dengan Zaim order Mango Yogurt Kakigori."

"Dik, Chocolate Tiramisu dua, Mango Yogurt dua." Lekas pelayan muda itu mecatat di buku notanya.

"Kau ni Saff, kenapa tiba-tiba ajak kitorang datang makan sini? Dahlah nama pun pelik-pelik.Satu pun aku tak faham." Cemuh Limah.

Saffra gelak."Sebab tulah aku ajak korang ni.Biar familiar sikit dengan tempat macam ni.Ni tak, hari-hari gerai Mak Cik Timah seberang jalan tulah yang korang pergi.Macam dah takde tempat lain."

"Weh, sekurang-kurangnya makanan kat gerai Mak Cik Timah tu sedap.Harga pun murah."

"Alah Saff, macamlah kau tak tahu yang Limah ni tekak Melayu asli.Mana dia biasa nak makan benda-benda pelik macam ni."

"Hah, betul tu." Limah menyokong kata-kata Zaim.

"Mana ada pelik.Kalau kau nak tahu, kakigori tadi tu samalah macam ais batu campur yang kau selalu makan kat gerai Mak Cik Timah tu."

Setelah beberapa minit menunggu, pelayan muda tadi datang sambil membawa pesanan mereka.Dari jauh sudah nampak sudah menggiurkan, belum cuba lagi.Tinggi menggunung ais batu kisar dalam mangkuk.

Limahlah yang paling teruja nak makan bila Chocolate Tiramisu Kakigori dah terhidang depan matanya.Tadi membebel kemain sebab dia tak pernah makan alah macam ni.

Sudu dipegang.Dengan berhati-hati, dia menyudu kakigori yang meninggi macam gunung Himalaya itu.Penuh isi satu mangkuk, tambah pula dengan topping tiramisu di atasnya.Yum!

"Ya Allah Saff, sedapnya! Kenapa kau tak cakap kat aku awal-awal? Kalau tak, dah lama aku datang sini tau." Sempat Limah berleter dengan bibirnya yang sedikit comot terkena coklat.

"Kalau kau nak, lain kali kita boleh datang sini lagi."

"Nak! Nak!" Laju Limah menjawab.Macam budak.Tak malu ke kat anak sendiri?

"Nanti bolehlah ajak sekali Encik Senget kau tu." Zaim dah nak mulakan serangan.Tunggu serang balas dari Saffra saja.

"Ee...Jangan haraplah!" Tegas Saffra sambil menelan ais batu kisar itu.

"Tapi kalau Tuan Raffael join sekali, mesti best.Mana tahu dia murah hati nak belanja.Betul tak?" Nampaknya Limah sengaja nak tambah bara pada Saffra.

Zaim angguk setuju.

"Kau ni tak malu betul! Tahu nak makan free aje.Whatever it is, aku tetap tak setuju.Kalau korang nak pergi makan dengan dia, pergilah.Aku tak kisah." Saffra letak sudu di tepi.Tak ada selera nak makan bila dah gaduh macam ni.Merajuk pun ada.Tak sangka pula mereka yang Saffra ambil serius.Walhal, mereka sekadar nak mengusik saja.

"Tengok apa korang dah buat? Tak pasal-pasal dia dah merajuk." Rafiq mula menyebelahi Saffra yang dianggap sebagai adik angkatnya.

"Saff, kau marah kitorang ke? Aku tak bermaksud pun nak buat kau marah.Kitorang ingat nak main-main je tadi.Aku minta maaf eah?" Limah memegang pergelangan tangan Saffra.

"Aku pun sama.Lain kali kitorang takkan sebut lagi pasal benda ni." Zaim mengangkat tangan tanda berikrar.

Saffra terus senyum lebar.Lakonan yang mantap! Boleh masuk ujibakat pencarian Dewi Remaja ni!

"Aik! Tadi monyok aje.Sekarang dah boleh senyum pulak?"

"Ingat ya apa yang kau cakap tadi."

"Hmm...Yalah." Menyesal pula Zaim berjanji.Tak dapatlah dia nak ajak Tuan Raffael turut sertai mereka.Pandai pula Saffra berlakon sampai semua terpedaya.

Disebabkan pembentangan pun sudah selesai, maka mereka dibenarkan untuk pulang lebih awal daripada biasa setelah diizinkan oleh Datuk Khalid.

"Saff, kau tak nak balik lagi?" Rafiq dah bangun sambil memikul beg kerja di belakangnya..

"Aku nak stay kejap.Nak isi data-data ni."

"Sudah-sudahlah tu dengan kerja.Macamlah tak ada hari esok.Lagipun Datuk kan dah bagi green light untuk balik awal."

"Terlebih rajin betullah kau ni Saff." Tambah Zaim.

"Yalah, sebab aku bukannya malas macam kau! Asyik tidur aje waktu kerja."

Limah dah Rafiq dah gelak."Yalah...Kau kan pekerja kesayangan Datuk."

"Eleh, merajuk ke?" Saffra pandang Zaim.Dia menahan diri daripada ketawa apabila melihat wajah Zaim yang dah mendung.Menanti hujan turun.

"Aku bukannya anak manja macam orang tu.Sikit-sikit merajuk." Segera Zaim lari ke pintu lif sebelum kena kejar dengan Saffra.Sambil itu seronok dia gelak sampai riuh satu ofis dengan suaranya.

"Geram betul aku dengan si budak Zaim tu! Tunggu kau esok! Biarkan aku patah-patahkan tulang kau!"

"Dahlah tu Saff.Kau tak payah layankan perangai Zaim yang entah apa-apa tu."

"Kitorang balik dulu.Jumpa kau esok." Rafiq minta diri.

Sambil mengisi data dalam komputer, Saffra tiba-tiba teringatkan tentang pembentangan pagi tadi.Dia masih tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan oleh Raffael.

Dia tak boleh tenang selagi dia tak tahu apa puncanya yang menyebabkan markah kumpulannya menurun.Untuk mencari jawapan, dia perlu berhadapan sendiri dengan Raffael.

"Saya ada benda tanya tuan." Saffra terus menyerbu masuk ke dalam bilik Raffael.

"Kenapa tak ketuk pintu dulu sebelum masuk? Kalau I tak pakai baju tadi, macam mana?"

Erk! Tak pakai baju? Ini bukannya bilik tidur nak pakai baju ke tak nak pakai.Ini bilik pejabat.Dah buang tebiat ke apa?

"Maksud I, tak pakai kot."

Saffra hembus nafas lega.Ingatkan betul dia tak pakai baju dalam ofis tadi.

"You nak cakap apa?"

"Pasal presentation tadi."

"Okey, what's the problem?" Raffael mengalihkan perhatiannya kepada Saffra.Komputer yang masih terbuka dibiarkan.

"Sepatutnya saya yang tanya tuan macam tu.Apa yang tak kena dengan presentation saya tadi? Apa yang silap? Saya rasa semuanya dah okey.Lagipun sebelum present, dah banyak kali saya semak semua kerja yang kumpulan saya lakukan.Jadi, apa masalahnya?"

Raffael tersenyum."You tak puas hati lagi pasal tu? Macam nilah cik..."

"Saffra!" Boleh pula dia lupa nama Saffra.Padahal baru aje pagi tadi dia bagitahu.Belum tua dah nyanyuk.Itulah, banyak sangat makan kepala ikan.

"Macam nilah Cik Saffra...I tahu apa yang I buat sebab itu memang tugas I.I bagi apa yang sepatutnya kumpulan you dapat.Mungkin bagi you dah okey, but not for me.Masih banyak yang perlu you baiki."

"Encik Mahmud tak komplen apa-apa pun sebelum dia pindah."

"Itu masa you bekerja di bawah dia.And now, you work under my direction.So, of course our opinion is different.Kalau you rasa you nak apa yang you buat tu semua betul, then pergilah kerja dengan dia.I tak halang."

Rasa nak diramas-ramas saja mulut lelaki itu.Dia datang nak dapatkan jawapan yang baik, bukanya jawapan sentap!

Kalau beginilah sikap Raffael, Saffra rela saja untuk kerja di tempat lain, asalkan bukan dengan dia.Namun, memikirkan balik komitmen dan jasanya yang banyak ditabur di situ, terpaksalah dia membatalkan sahaja niatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience