Raffael memandang Saffra yang sedang berdiri di tepi jalan.Dia seperti tengah menunggu seseorang.Dari ekor mata, Saffra perasan yang Raffael sedang merenungnya dari jauh.
Hatinya dah mula tak menentu.Kalau lari, sempat lagi ni.Tapi nasibnya baik, tika itu juga kereta Faliq dah berhenti di depannya.Terus dia masuk ke dalam kereta.
"Takpe ke Saff ajak Abang Faliq keluar ni? Tak ganggu masa abang?"
"Mestilah tak.Sekarang kan waktu lunch.Tapi kalau bukan waktu lunch pun, abang sanggup aje kalau Saff yang ajak."
"Manalah tahu...Ramai patient yang tengah tunggu Abang Faliq kat hospital tu..." Saffra memang selalu mengusik Faliq.Sejak kecil, Faliqlah yang terpaksa beralah bila gaduh dengannya.
"Hari ni tak ramai sangat patient yang buat appointment dengan abang.Jadi sempatlah abang keluar lunch." Faliq memotong dada ayam chicken chop.
"Baguslah macam tu."
"Kenapa? Saff rindu abang eah...?" Faliq dah tersengih.
"Mestilah rindu.Bukannya senang Saff nak ajak abang jumpa.Selalu sibuk kat hospital.Lagipun, abang sorang aje saudara yang Saff ada kat KL ni."
"Mak long kan ada.Kenapa Saff tak datang aje rumah?"
"Bulan ni jadual kerja Saff padat sikit.Sebab tu tak sempat nak singgah.Tengoklah nanti kalau Saff free, Saff datang."
"Eh, Saff tak balik kampung ke? Mak ngah macam mana? Sihat tak?"
"Mak sihat.Tapi tulah...Nak singgah rumah mak long pun takde masa, apatah lagi nak balik kampung." Wajah tua ibunya mula terbayang di depan mata.Dia sungguh terkilan kerana tidak dapat pulang untuk menjenguk ibunya di kampung.Rindunya anak pada seorang ibu.
Walaupun dah banyak kali Faliq pelawa untuk menghantarnya sampai ke depan pintu masuk, tapi Saffra berkeras menolak.Kalau ada staf yang nampak, mesti tak menang mulut Saffra nak menjawab semua pertanyaan mereka.
"Abang Faliq, nanti kirim salam Saffra pada mak long ya?" pinta Saffra sambil membuka tali pinggang di tempat duduknya.
"Baiklah.Saff jaga diri.Jangan nakal-nakal kat ofis tu.Nanti ada pulak yang Saff buli."
"Abang, bukan Saff yang buli diorang.Tapi diorang yang buli Saff tau.Ermm...Takpelah, Abang Faliq.Saff masuk ofis dulu.Nanti bos marah pulak."
"Berani dia nak marah Saff? Siapa bos Saff tu? Biar abang yang marah dia balik."
"Encik Senget.Abang Faliq jangan bagitahu orang lain tau.Bye!" Berkerut dahi Faliq mendengarnya.Saffra dah keluar dari kereta belum pun sempat dia menjawab.
Saffra terus meluru masuk ke dalam lif bila pintu terbuka.Rasa terbang semangat bila dia terpandang saja wajah penumpang di dalam lif itu.Nak keluar, pintu dah pun tertutup.
Saffra tak tahu nak buat apa bila dia berdua-duaan dengan Raffael di dalam lif.Senang-senang, buat bodoh ajelah, kan?
Saffra bermain-main dengan jarinya.Nampak seperti dia tidak selesa dengan keadaan itu.Tambahan pula, hubungannya dengan Raffael agak kurang baik.
"You pergi mana tadi?" Raffael memulakan perbualan.
"Pergi lunch."
"Dengan siapa?"
"Sepupu saya."
"Lelaki?"
Saffra mengangguk.
"Kenapa you keluar lunch dengan dia? Selalu I tengok you pergi makan kat gerai." Raffael bersandar pada dinding lif.
"Bukan urusan tuan.Lagipun salah ke kalau saya nak makan kat tempat lain? Tak langgar peraturan syarikat pun, kan?"
"I kena ambik tahu pasal staf I."
"Ambik tahu apa? Saya keluar waktu lunch kut.Jadi kenapa tuan perlu tahu semua? Saya keluar dengan siapa, pergi mana.Lainlah kalau saya pergi jumpa klien, sebab saya kena update kat tuan." Saffra cuba mempertahankan haknya sebagai pekerja di situ.Dia perlukan kebebasan.Bukan asyik kena kongkong saja nak pergi mana-mana.
"I tak suka you keluar dengan dia."
"Apasal pulak? Saya peduli apa tuan suka atau tak.Perlu ke saya minta izin dengan tuan dulu kalau nak jumpa sesiapa? Saya rasa tak kut."
"Ya.You perlu mintak izin dengan I dulu!" Tergamam Saffra.Tiba-tiba saja Raffael meninggikan suara padanya.Dia terus keluar bila lif dah berhenti di tingkat tiga belas.
Baru Saffra nak duduk, Limah dah menarik lengannya ke pantri.Tak sempat dia nak membantah.
"Kau dah kenapa Limah tarik aku ke sini? Aku dah kenyanglah." Saffra berkira untuk pergi.
"Sekejaplah.Aku bukan ajak kau makan.Aku cuma nak tahu, kau naik kereta siapa masa lunch tadi?"
"Kau dengan Encik Senget tu sama aje.Sibuk jaga tepi kain orang.Jangan-jangan...Kau dah sepakat dengan dia, tak?" Saffra angkat jari telunjuknya depan muka Limah.
"Sedap kau aje tuduh aku sembarangan.Hilang akal ke aku nak geng dengan Tuan Raffael? Pandang muka dia pun aku tak berani."
"Aku tak tuduh kau.Aku teka aje.Tapi manalah tahu, kan?"
"Ee...Sudahlah.Kau tak jawab lagi soalan aku.Kau naik kereta dengan siapa tadi?" Limah kembali ke tujuan asalnya.
"Cousin aku.Aku ajak dia keluar lunch."
"Kau tak pernah pun cerita kat aku pasal cousin kau."
"Penting ke aku nak cerita kat kau? Bukannya ada kena-mengena pun dengan kau."
"Aku kenalah ambik tahu.Kalau Tuan Raffael tanya, aku nak jawab apa?"
"Eh, buat apa pulak dia nak tanya? Dia bukan sesiapa pun.Dia tak boleh nak tentukan dengan siapa aku keluar.Itu privasi aku." Ujar Saffra penuh serius.
"Korang buat apa kat sini?" Raffael dah berdiri di laluan masuk pantri.
Limah terus bangun membetulkan diri.
"Err...Kitorang..."
"Kitorang nak minum air," balas Saffra tanpa gerun walaupun wajah Raffael tika itu nampak bengis.
"Sekarang waktu kerja.Jadi sepatutnya korang ada di tempat masing-masing buat kerja, bukan di sini.I tak suka orang yang suka buang masa.Perkara tu takde dalam prinsip hidup I."
"Kitorang mintak maaf Tuan Raffael.Kitorang sambung kerja dulu ya." Limah dah tarik lengan Saffra.Rasa macam tak boleh bernyawa bila lalu di tepi Raffael.
Share this novel