35

Romance Completed 62210

Sewaktu berjalan ke tandas, Saffra terdengar perbualan beberapa orang staf.Bukan main rancak lagi mereka bercerita.

Saffra makin berminat nak dengar bila dia dengar nama Raffael disebut-sebut.

"Tak sukalah aku dengan Tuan Raffael tu.Harap muka je hensem, tapi perangai, nauzubillah!" Lancar benar Suzi bercerita.

"Betul cakap kau tu.Semua kerja dia nak perfect! Macamlah dia tu bagus sangat." Tokok Dewi, yang berasal dari Sabah.

"Teruk jugak budak baru tu menangis tadi.Kalau akulah, dah lama letak jawatan!"

Sambil mereka bercakap, Saffra berjalan melintasi mereka dengan buat tak tahu.Malas nak tambah dosa mengumpat bos sendiri.Selama dia kerja di situ, staf mesti akan bercakap sesama sendiri kalau ada benda yang tak puas hati.Bukannya nak berterus-terang dengan Raffael.

"Saff, nak pergi mana?" Tiba-tiba Suzi menegurnya.Ingatkan dah tak perasan, sebab mulut lancar sangat duk mengata orang.

"Nak pergi tandas."

"Eh, kau jumpa Tuan Raffael kan tanya pasal budak baru tu? Apa kes?" Dewi menyoal.

"Korang tanyalah Munirah sendiri.Karang aku salah cerita, jadi masalah pulak." Hasratnya nak ke tandas tertangguh.

"Baik korang pergi buat kerja.Kalau Tuan Raffael nampak ni, masak!" Sengaja Saffra cuba menakutkan mereka.Panas pula telinganya mendengar setiap cacian dan makian terhadap Raffael.Sedangkan, Raffael bukanlah seteruk yang mereka sangka.

"Sambung esoklah ajelah kerja tu." Raffael bersuara sewaktu lalu di tempat Saffra.

"Tak boleh.Kalau saya lambat submit, nanti bos marah." Tangan Saffra masih menekan papan keyboard.

Raffael senyum."Jangan risau.Nanti I cakap dengan bos you."

"Pesan kat dia sekali, jangan cepat naik angin.Staf tak suka." Selamba Saffra berkata.

"Maksud you?"

"Kalau diorang buat salah, Tuan Raffael jangan nak cepat melenting.Kena cakap baik-baik.Diorang ni tak suka kalau asyik kena push." Matanya masih melekap pada skrin komputer.

"I mintak maaf pasal tadi.I terlebih emosi."

Saffra angkat muka memandang Raffael."Bukan dengan saya sorang aje, tapi semua staf.Tuan Raffael kena bertimbang rasa dengan diorang pasal kerja.Cuba bagi peluang untuk diorang perbetulkan apa yang silap.Walaupun diorang dah lama kerja kat sini, tapi setiap hari kami akan belajar benda baru.Apatah lagi staf yang baru masuk." Panjang lebar Saffra menjelaskan masalah bagi mewakili staf di unit itu.

Raffael mengeluh kecil.

"I boleh bagi peluang.Tapi kalau perkara kecil pun diorang tak boleh buat, mestilah I marah.Banyak lagi benda lain yang I kena uruskan.Bukan nak jaga diorang aje." Raffael turut menyuarakan rasa tak puas hatinya.

"Eh, dah lewat ni.Tuan Raffael pergilah balik." Saffra tidak mahu hubungan mereka menjadi tegang.

"You?"

"Sekejap lagi saya balik." Saffra senyum.

"Okey.Tidur nanti jangan tutup pintu."

Saffra mengerutkan dahi."Kenapa pulak?"

"Biar I boleh masuk..."

"Hisy! Tuan Raffael cakap apa ni?"

Raffael senyum nipis."Biar I boleh masuk dalam mimpi you."

Saffra dah sorokkan wajahnya di sebalik kubikel.

"Itulah you...Lain kali bagi I habis cakap dulu.Jangan menyampuk!" templak Raffael sebelum beredar.

"Saff, bila majlis tu?" tanya Jenah sambil menghidupkan televisyen.

"Minggu depan.Hari Ahad.Kenapa?" Saffra berhenti di belakang sofa.

"Bolehlah aku ready awal-awal nak pakai baju apa."

Saffra ketawa kecil."Kau nak risau sangat ni kenapa? Pakai ajelah mana yang ada.Jangan baju kelawar sudah!"

"Mestilah aku kena pakai cantik-cantik.Baru nampak bergaya."

"Kau nak pikat siapa? Budak tu baru masuk lapan tahu."

Jenah menampar Saffra dengan bantal."Kau gila ke apa?! Pikat adik dia buat apa? Baik pikat abang dia."

"Sejak bila kau ada hati dengan cousin aku ni, hah?" Saffra jongket-jongket kening.

"Aku cakap aje.Dah kau kenakan aku."

"Eleh...Cakap ajelah yang kau suka dia, kan?" Saffra mencuit bahu Jenah.

Jenah dah senyum malu-malu.

"Kalau kau nak, aku boleh kenalkan kau kat dia." Cadang Saffra.

"Malulah aku...Tak payahlah Saff."

"Kalau tak nak, kau yang rugi!" Saffra mendaki anak tangga ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience