34

Romance Completed 62210

Saffra dan ahli kumpulannya berkumpul di dalam bilik mesyuarat untuk mengadakan Mesyuarat Unit.

Dalam waktu itu, mereka benar-benar fokus membincangkan tentang penambahbaikan bangunan Tan Sri Yusoff yang masih dalam pembinaan itu.

"Masuk bilik I." Arah Raffael tika berselisih dengan Saffra sewaktu menuju ke bilik pejabatnya.

Baru saja lepas mesyuarat, tak sempat langsung nak rehat.Dah kena menghadap bos pula.

Saffra melangkahkan kakinya ke dalam bilik Raffael sambil membawa fail di tangan.

"Kenapa Tuan Raffael?"

"You memang suka berdiri eah? Kerusi kan ada."

Saffra dah duduk menghadap Raffael.Dia tersenyum.Bukan senang nak suruh gadis itu mendengar cakapnya, kalau bukan melibatkan tentang kerja.

"I nak you buat dokumen tender tentang projek baru kita.Kalau boleh, as soon as possible."

"Tapi sekarang kan saya masih uruskan pasal projek Tan Sri Yusoff.Saya kena buat beberapa penambahbaikan pada projek tu."

"Orang yang berjaya tak bagi banyak alasan." Pendek ayat Raffael.Tapi kedengaran cukup sinis.

"Tuan Raffael, kalau saya tak sempat nak siapkan dalam masa yang terdekat ni, macam mana?"

"You ada dua minggu untuk siapkan dokumen tu.I tahu you tak akan hampakan I.Tunjukkan kebolehan you." Raffael memberikan kata-kata penguat pada Saffra.Itu pun sebab dia nak Saffra hantar dokumen tu cepat.

Saffra pelik dengan Raffael tika itu.Mendatar saja nada suaranya.Tidak garang seperti biasa.

Kalau dulu, dia memang tegas jika menyuruh Saffra menyiapkan sesuatu tugasan yang diminta olehnya.Lagi-lagi, Saffra jenis yang banyak beri alasan.Memang angin lah Raffael dibuatnya.

"Baiklah Tuan Raffael.Minggu depan saya hantar."

"Lagi cepat lagi bagus." Saffra dah mula geram dengan Raffael.Tadi cakap bagi masa dua minggu.Sekarang nak cepat pula? Apa dia ingat Saffra ni robot ke boleh buat kerja sepantas kilat?

"Okey, minggu ni jugak saya siapkan!" Saffra dah berdiri.

Raffael tersenyum gembira.Itulah semangat Saffra yang dia nak tengok.Dia tahu Saffra jenis yang sukakan cabaran.

"Good.I nak tengok ada atas meja sebelum pukul sepuluh pagi."

Dari dua minggu, dah jadi seminggu.Dalam masa seminggu, dia bagi masa pula? Saffra picit dahi.Pening dengan perangai Raffael yang cepat berubah-ubah dalam sekelip mata.

Kalau cari pasangan hidup, macam tu juga ke? Sekejap-sekejap tukar perempuan.Tak tenang hidup kalau macam ni.

"Kenapa Tuan Raffael panggil kau?" Limah kalau tak bertanya memang tak sah!

"Dia bagi aku job."

"Job apa? Ada extra payment ke? Aku pun nak." Limah dah menyengih.

"Betul kau nak?"

"Boleh ke? Bukan Tuan Raffael bagi kau ke?" Limah dah pelik.

"Sebenarnya aku tak nak pun job ni.Kalau kau nak, aku boleh bagi." Selamba Saffra berkata.

"Job apa? Tuan Raffael tak kisah aku yang buat?"

"Buat dokumen tender.Jumaat ni, dia nak tengok ada atas meja."

Cis! Ingatkan kerja apalah tadi.

"Kalau itu, aku pun tak nak!"

Saffra gelak."Haih...Tadi cakap nak."

"Terima kasih ajelah...Dia bagi kau kan? So, kaulah yang kena siapkan.Good luck." Limah dah ketawakan Saffra.Malang sungguh nasibnya.

Semua leka dengan kerja masing-masing.Hening sungguh suasana pejabat waktu itu.Macam duduk dalam hutan belantara.

Tak lama kemudian, Saffra terdengar seperti bunyi orang menangis.Dia berpaling ke belakang.Munirah dah teresak-esak dengan air mata.Tika itu dia baru saja keluar dari bilik Raffael.

"Munirah, kenapa ni? Siapa yang buat awak menangis? Cuba cakap dengan akak." Saffra simpati melihat keadaan Munirah.Habis basah tudungnya dengan lelehan air mata.

"Tuan Raffael...Dia marah saya sebab tak pandai buat kerja." Munirah berbicara dalam sedu-sedan.

Kasihan pula Saffra dengan Munirah.Dia belum kenal lagi Raffael tu macam mana orangnya.Kalau melibatkan kerja, Raffael memang terlalu tegas dan berdisiplin.Susah nak bawa bincang.

"Takpe, biar akak cakap dengan dia.Sudah lah menangis tu...." Saffra mengusap bahu Munirah.

"Eh, tak payahlah Kak Saff.Saya tak nak nanti Tuan Raffael cakap saya mengadu pulak."

"Munirah tak payah risau.Akak tahu macam mana nak cakap dengan dia." Saffra mengatur langkah panjang ke bilik Raffael.

Saffra menunjukkan muka tak puas hatinya dengan cara layanan Raffael terhadap Munirah.Sungguh tak berhati perut!

"Kenapa tengok I macam tu? I ada buat salah ke?" Raffael pelik bila tengok cara Saffra merenungnya.Seolah-olah dia ada buat satu kesalahan yang besar.

"Bukan pada saya, tapi Munirah."

Raffael senyum senget."Oo...Pasal dia.Kenapa?" Sinis cara Raffael berkata.

Sakit hati pula Saffra bila tengok Raffael dengan wajah tak bersalahnya.Kejam!

"Tuan Raffael buat apa sampai dia menangis?"

"I buat kerja I lah." Raffael bersandar pada kerusi.

"Maksud Tuan Raffael?"

"Dia tak pandai buat kerja.I rasa pengurusan HR dah buat silap besar sebab ambil dia kerja kat sini." Raffael meletakkan fail berwarna oren di depan Saffra."Cuba you tengok."

Saffra membelek helaian fail itu dari satu muka ke satu muka.

"You sendiri nampak kan?"

"Tapi Tuan Raffael janganlah marah budak tu sampai menangis dia dibuatnya.Kesian saya tengok." Saffra kembali menutup fail itu.

"Habis, you nak I buat apa? Tengok aje dia buat salah?"

"Bukan itu maksud..."

"I tak boleh terima! Kerja mudah macam tu pun dia tak boleh buat.Macam mana dengan kerja lain? Takkan I tak marah? Cuba kalau you di tempat I." Nada suara Raffael sudah naik.

"Tapi dia kan masih baru kat sini.Banyak lagi benda yang dia kena belajar.Tuan Raffael bagilah masa biar dia faham apa tugas dia sebagai ketua kumpulan."

"Dah dekat seminggu dia kerja kat sini, takkan tak cukup masa lagi? Apa yang dia tak faham sangat? Cuba you beritahu I." Raffael dah bercekak pinggang.

"Mungkin dia masih cuba menyesuaikan diri dengan tugas dia? Lagipun, dia kan ketua kumpulan.Baru graduate pulak tu." Saffra cuba memujuk.

"Masalahnya, dia dah buat kesilapan yang paling remeh tahu tak? Banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa yang I detect.Macam tu ke cara staf buat kerja?Budak sekolah lagi baguslah."

Saffra tunduk merenung wajahnya pada kaca meja.Kalau bercakap dengan Raffael, memang tak pernah menang!

"You jumpa I semata-mata nak cakap pasal tu je?"

"Saya cuma kesian dengan dia."

"You patut kesian kat I." Raffael duduk di kerusinya kembali.

"Kenapa?"

"Setiap kali I ajak lunch, you tolak.You tak kesian tengok I makan sorang-sorang?" Dia mula balik dah...Jemu Saffra nak beri alasan sama setiap hari.

"Kalau macam tu, Tuan Raffael suruhlah pak guard kat bawah tu teman.Bolehlah jugak Tuan Raffael kenal-kenal dengan dia."

"Kenal dengan pak guard buat apa? Baik I kenal-kenal dengan you." Senyum Raffael.

Iman Saffra dah mula tergugat bila tengok saja senyuman istimewa Raffael itu.Terus jiwanya jadi tak tenteram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience