Selesai saja dokumen tender yang Raffael suruhnya buat, Saffra terus masuk ke dalam bilik Raffael.Masih awal lagi.Baru pukul 9:15 pagi.Dia meletakkan dokumen itu atas meja Raffael sebelum mengorak langkah keluar.
"Ahh!" Saffra dah bersimpuh atas lantai.Dia pegang dahi yang sakit.
"Ya Allah! You okey tak ni? I mintak maaf sangat-sangat.I tak nampak tadi." Raffael dah bertinggung depan Saffra.Rasa bersalah pula.Disebabkan kecuaian dia, Saffra yang terima nasib.
"Sa...Saya okey." Saffra menahan rasa perit pada dahinya.Mungkin dah bengkak sebab berlanggar dengan pintu tadi.
"I'm so sorry...I tak perasan ada orang tadi." Raffael ikhlas menyatakan maafnya pada Saffra."Sure you okey ni?"
"Yes, sure." Kalau tak okey pun, kena kata okey juga.Dia tak nak Raffael rasa bersalah pada diri sendiri.
Raffael hulur tangan pada Saffra.
"Nak buat apa dengan tangan tu? Nak saya patahkan?" Selamba Saffra berkata.
Raffael ketawa."Kalau tangan I patah, nanti macam mana I nak sarung cincin kat jari you?"
Saffra mendengus geram.Sempat lagi nak menyakat.
"Meh I tolong you bangun."
"Hisy, mana boleh sentuh! Haram!" Saffra menolong dirinya bangun.Raffael juga dah berdiri depan dia.
"Dahi you dah merah tu."
"Saya tak nak pergi klinik!" Saffra bukannya tak kenal Raffael.Kemalangan sikit, terus nak bawak pergi klinik.
"Habis, takkan nak biar aje? Nanti orang ingat ada Hellboy pulak dalam ofis ni."
"Nanti saya letak ais, okey lah tu." Berkerut-kerut wajah Saffra menahan pedih pada dahinya.Mana taknya, bergegar juga pintu kaca tadi.
"Itulah you...Siapa suruh main belakang pintu? Kan dah bengkak dahi tu."
"Bila masa saya saya main belakang pintu?! Saya nak hantar dokumen yang Tuan Raffael mintak lah ni."
"Oh, dah siap ke? Well...Good job.I tahu yang I boleh percayakan you."
"Good job, tapi bad day." omel Saffra perlahan.Tapi bukannya Raffael tak dengar.Dia sama saja macam Saffra.Telinga lintah!
Ni kalau yang lain nampak, mesti bising mulut diorang.
Saffra berjalan tunduk ke mejanya.Moga-moga tiada yang perasan.Dia menyambung kembali kerjanya yang ditinggalkan sebentar tadi.
"Korang, dah pukul 3:30 ni.Jomlah meeting."
Saffra tepuk dahi.Terlupa pula yang dia ada Mesyuarat Ahli bersama kumpulannya.
"Err...Aku rasa aku tak boleh joinlah.Banyak report yang aku kena siapkan sebab Tuan Raffael nak tengok minggu depan."
"Habis, macam mana ni?" Limah dah risau.Kalau lambat meeting, nanti lambatlah siap tugasan.
"Kita postpone ke esok boleh?"
"Hermm...Yalah." Limah duduk semula di kerusinya.
Saffra dah tarik nafas lega.Mujur mereka tak banyak soal.
"Saff, kau kenapa duk pegang dahi dari tadi?" Alamak! Zaim dah perasan.
"Aku...Aku sakit kepala."
"Kalau sakit kepala, kenapa pegang dahi? Peliklah kau ni." Zaim dah mula syak sesuatu.
"Ee...Suka hati akulah! Kau sibuk apa hal?"
"Aku pelik aje."
"Zaim, sudahlah tu.Saff dah sakit kepala, kau pulak yang menambah." tegur Rafiq.
"Baiklah Abang Rafiq."
Limah ketawa mendengar perbualan mereka.Macam adik dan abang.
"Saff, kau dah makan ubat ke tak? Ke kau nak aku bagitahu Tuan Raffael nak mintak balik awal?" Seperti biasa, Rafiq memang selalu ambil berat pasal Saffra.Tapi hubungan mereka tak lebih dari sekadar kawan.Lagipun, Rafiq dah ada pilihan dia sendiri.Tunggu masa nak naik pelamin saja.
"Ehh...Tak payah, tak payah.Aku okey.Kau tak payah risau eah?" Saffra sengih.Dia tidak mahu orang lain susah hati pasalnya, sedangkan dia hanya berpura-pura saja.
"Kalau kau nak apa-apa, bagitahu je kitorang."
Saffra tunjuk tanda 'okey'.
"Saff, kitorang nak pergi makan kedai mamak.Kau nak ikut tak?" tanya Limah.
"Boleh jugak." Saffra menyimpan telefon bimbitnya dalam beg tangan.
"Aik, bukan tadi cakap sakit kepala ke?" Zaim tiba-tiba bersuara.
"Sekarang dah okey.Jomlah cepat! Aku dah lapar sangat ni."
Masing-masing sedang mengemaskan barang.
"Korang dah nak balik?" tanya Raffael yang baru keluar dari biliknya.
"Ha'ah, kitorang dah nak balik.Tuan Raffael?" soal Rafiq balik.
"Samalah."
"Tuan Raffael, kitorang nak pergi makan kat kedai mamak.Tuan Raffael tak nak ikut sekali ke?" Tercengang yang lain bila Zaim tiba-tiba mempelawa Raffael.
"Kebetulan, saya pun free sekarang." Raffael pandang sekilas jam di tangan.
"Baguslah macam tu." Zaim dah bertepuk tangan.
"You tak kisah kan?" Raffael pandang Saffra yang hanya berdiam saja dari tadi.
"Itu pun kalau Tuan Raffael sudilah.Sebab kitorang makan kat kedai mamak tepi jalan aje." Raffael senyum.Saffra selalu merendah diri.
"Kat gerai kaki lima pun I sanggup.Asalkan makanan tu halal."
Saffra malu sendiri.Cara dia bercakap seperti sengaja nak perli Raffael sebab dia tahu Raffael bergaji besar.Takkan sanggup nak makan kat restoren biasa? Selalunya, orang berpangkat seperti dia mesti makan kat hotel atau restoren-restoren mewah.
Saffra duduk sebelah Limah berhadapan dengan Rafiq.
"Rafiq, awak tak kisah kan kalau saya duduk kat situ?" Semua terkejut bila Raffael tiba-tiba saja nak tukar tempat.
"Saya okey je Tuan Raffael." Rafiq dah bangun.Dia bertukar tempat duduk dengan Raffael.
"Sekejap, kenapa Tuan Raffael nak tukar tempat?" soal Saffra tak puas hati.
"Kalau I makan sambil tengok you, baru berselera." Raffael senyum nakal.
Zaim yang baru nak suap nasi goreng ke dalam mulut terus tak jadi.Dia pula yang hilang selera.
Saffra dah berdebar.Gabra nak makan depan Raffael.Tambah pula kawan-kawannya ada di situ.Mesti mereka fikir yang bukan-bukan tentangnya.
"Kenapa tak makan? Tunggu I suap?" tegur Raffael bila tengok Saffra belum menjamah makanannya.
Limah terbatuk.Terus dia menghirup sirap limau untuk menghilangkan rasa perit akibat nasi tersekat di tekaknya.
Saffra dah menjeling Raffael.Geram betul dengan sikap lelaki itu yang suka menyakatnya tak kira masa dan tempat.Memang cari nahas!
"Tuan Raffael, kitorang balik dulu." Ucap Zaim sebelum dia dan Rafiq berlalu dari situ.
"Tuan Raffael buat apa tunggu kat kereta saya?" Saffra tengok Raffael yang sedang bersandar pada badan kereta kesayangannya.
"I nak ucap terima kasih sebab you sudi dinner dengan I."
"Hello...Kita bukan dinner berdua je tau.Tapi berlima.Thanks to Zaim sebab dia yang ajak Tuan Raffael." Saffra berpeluk tubuh.
"Tuan Raffael, boleh tak kalau lain kali cakap jangan main lepas aje? Nanti diorang ingat kita ada apa-apa pulak."
"Biarlah.Kita memang tengah bercinta kan?
Lagi bagus kalau satu ofis tahu.Tak payah kita nak sorok pasal hubungan kita dari orang lain."
Saffra mendengus."Saya nak balik."
"You nak I hantar ke?"
"Tak payah.Saya drive sendiri."
Raffael kerut dahi.Sekali lagi Saffra mendengus."Tuan Raffael dah sekat jalan saya."
Raffael baru teringat yang dia sedang selesa bersandar pada badan kereta Proton Airiz milik Saffra.Dia segera membukakan pintu untuk Saffra dengan gaya mempersilakan mem besar masuk.
"Drive hati-hati.Goodnight, my future wife."
Wajah Saffra dah merah."Saya balik dululah.Assalamualaikum!" Saffra tutup pintu kereta cepat-cepat.Dah tak tahan nak sorok mukanya dari Raffael.
"Waalaikumussalam." balas Raffael perlahan sambil melihat kereta Saffra keluar dari tempat parkir.
Share this novel