43

Romance Completed 62210

"Jenah, lepas Maghrib ni aku nak pergi rumah mak long aku." Saffra melabuh duduk sebelah Jenah.

"Okay." Jawabnya sepatah sambil menguyah kerepek kentang.

"Okay je?" Saffra pandang Jenah.

"Dah tu, kau nak aku cakap apa?"

"Kau tak terasa nak ikut sekali ke?" Saffra turut mengunyah.

"Takpe, kau pergi jelah.Aku nak rest kat rumah." Tak berkelip Jenah tengok oppanya dalam tv.

"Betul kau tak nak pergi? Kau tak menyesal ke?" Duga Saffra.

"Betul lah.Lagipun buat apa aku pergi sana? Kalau kau berbual dengan mak long kau, tinggal aku sorang-sorang.Bosan tahu tak?"

"Aku tahu siapa yang boleh hilangkan bosan kau." Saffra angkat kening kiri.

"Siapa? Firas?"

"Dah kenapa pulak Firas? Kau nak main mainan dengan dia ke? Faliq lah!"

Jenah angkat tangan tanda tak setuju.

"Saff, Saff...Aku dah tak nak ikut idea kau okey? Biar lah dia cari pilihan dia sendiri.Buat apa aku masuk campur?"

"Macam tu pulak? Hari tu cakap nak pikat dia."

"Ala...Aku main-main jelah.Bukan serius pun.Daripada fikir pasal aku, baik kau fikir pasal majlis kahwin kau tu."

"Majlis tu lambat lagi lah...Nanti kau bersiap eh.Teman aku pergi sana." Saffra dah bangun untuk ke bilik air membersihkan diri.

"Tadi cakap nak pergi sorang?"

"Tak lah.Aku memang nak ajak kau pun."

Jenah mengeluh.Terpaksa lah kena ikut sekali.

"Saff! Kau dah siap belum?" Laung Jenah dari bawah.Dah sepuluh minit dia menunggu Saffra di sofa.

"Dah!" Saffra menuruni tangga.

"Bersiap pun lambat lah kau ni!" bebel Jenah.

"Bukan aku yang lambat, tapi kau tu yang tak siap!"

Jenah pandang dirinya."Apa masalahnya? Dah elok apa aku pakai?"

"Weh, takkan kau nak pergi dengan baju kelawar macam ni? Malu lah sikit!" Saffra tak puas hati.Sengaja lah tu Jenah nak mogok sebab dia kena paksa ikut sekali.

"Memang malam pakai macam ni apa?"

"Kau nak jadi mak kelawar ke malam-malam ni?"

Bunyi hon kereta dari luar menghentikan perbualan mereka.Saffra segera membuka pintu.

"Kereta siapa tu?" Kepala Jenah terjengul belakang Saffra.

"Bos aku."

Saffra keluar membuka pagar rumahnya.Raffael nampak gembira tika keluar dari kereta.Lebar senyuman.

"You dah siap ke? Jom." Raffael dah melangkah ke tempat duduk sebelah pemandu untuk membukakan pintu bagi Saffra.

"Jom? Tuan Raffael, saya drive sendiri lah.Bukan tumpang kereta tuan."

Hilang terus senyuman Raffael.

"Bukan hari tu you cakap nak pergi dengan I ke?"

"Tapi bukan naik kereta tuan."

"I yang ajak, you nak drive kereta sendiri pulak." Raffael dah merajuk.

Saffra tersenyum.Entah kenapa setiap kali Raffael buat muka macam tu, mesti tercuit hatinya.Mesti sebab kat ofis dah puas tengok muka Raffael asyik serius aje.

"Saya mintak maaf Tuan Raffael.Tapi Tuan Raffael tahu lah saya macam mana, kan?"

"Ya...I tahu.Takpe lah, I follow belakang you." Raffael melangkah masuk ke dalam keretanya.

Jenah cubit lengan Saffra."Pandai eah kau? Patut lah nak aku ikut sekali.Rupanya tak nak pergi berdua dengan bos kau."

Saffra sengih."Thanks Jenah, walaupun aku kena bawak kau dengan baju kelawar macam ni."

Sudah Jenah kena paksa ikut, lepas tu dia kutuk pula pakaian Jenah.

"Terima kasih lah mak cik sebab sudi masak untuk kitorang."

Selesai makan malam, mereka sambung berbual di ruang tamu pula.

"Takde apa lah.Patutnya mak cik yang berterima kasih kat Raff sebab sudi datang sini bawak Saff sekali."

"Mujur ada Raffael, mak.Kalau nak harapkan Saff, entah bila lah dia nak datang sendiri." Sampuk Faliq.

"Raff, Saff, kamu berdua macam mana?"

"Macam mana apa mak long?" tanya Saffra.

"Isy, kamu ni.Buat-buat lupa pulak.Pasal hubungan kamu berdua lah.Bila nak kahwin?" Mak long Fiza berterus terang.

"Kahwin?!" Saffra buat muka terkejut.

"Eleh, buat terkejut pulak.Padahal dah tak sabar nak kahwin dengan Encik Senget dia." Raffael gelak bila tengok wajah cemberut Saffra.

Habis lah Raffael dah dengar.Agak-agaknya Raffael jadi kahwin ke nak dengan dia?

"Encik Senget?" Mak long Fiza tak faham.

"Err...Takde apa lah mak long.Abang Faliq saja je tu nak bergurau." Rasa nak ditumbuk saja badan Faliq macam kecil-kecil dulu masa diorang bergaduh.

Kalau bukan sebab Raffael dan mak longnya ada di situ, memang dah lama Faliq kena!

"Bagus soalan mak cik tu.Saya tak kisah bila-bila pun.Asalkan dapat kahwin dengan Saffra." Celah Raffael.Mujur dia tak syak apa-apa.

Ini seorang lagi.Tak tahu apa itu erti malu! Semuanya dia nak berterus-terang.

"Tapi mak long, takkan lah nak terus kahwin? Tunang pun belum."

"Apa susah? Buat jelah majlis tunang dengan kahwin tu serentak.Tak payah duk buang masa tunang lama-lama."

"Saya setuju mak cik! Lepas tunang, terus kahwin.Itu yang terbaik." Terbaik buat dia, bukan Saffra!

"Amboi...Dah tak sabar benar Raff nak kahwin dengan Saff." Usik Mak long Fiza.

"Raffael ni memang dah lama ajak Saff kahwin kalau mak nak tahu.Cuma Saff ni je yang tak nak." Tokok Faliq.

Kecik besar kecik besar je Saffra tengok Faliq.Tak habis-habis nak kenakan dia.Mentang-mentang lah dah ada geng sekepala.Sikit-sikit sebelahkan Raffael!

"Kalau macam tu, nanti Saff bincang lah dengan mak.Jangan tunggu lama-lama.Nanti orang dah tak nak, baru tahu!" Pesan Mak long Fiza.

"Betul cakap mak tu.Saff jangan nak jual mahal sangat.Kalau tak, abang yang ambik!" Yang lain dah tergelak dengar kata-kata Faliq itu, kecuali Saffra.Saja lah tu nak buat dia cemburu.

Sebelum balik, sekali lagi Mak long Fiza berpesan.

"Ingat tu Saff apa yang mak long cakap tadi.Kalau Saff tak bagitahu mak, biar mak long sendiri yang bagitahu."

"Yalah...Nanti Saff bagitahu mak.Tapi mak long jangan bagitahu apa-apa lagi kat mak.Saff tak nak nanti mak tu terkejut pulak dengar Saff tiba-tiba nak kahwin." Saffra menyarung flat shoesnya.

Dia yang nak kahwin, tapi Mak long Fiza pula yang beria-ia.

"Aku tengok bakal suami kau tu dah tak sabar betul nak kahwin." Jenah membuka kunci pintu rumah.

"Entah lah bos aku tu.Cakap je pasal kahwin, terus luas biji mata!"

Jenah ketawa."Itu maknanya, dia dah tak sabar nak jadikan kau bini dia!"

"Kahwin cepat-cepat pun buat apa? Bukannya nak masuk umur 50 tahun pun."

"Takkan kau nak tunggu umur 50 baru nak kahwin? Siapa nak kalau kulit tu dah berkedut seribu?!" Bebel Jenah.

"Kalau betul dia nak kat aku, mesti lah dia sanggup tunggu aku walaupun dah lanjut usia." Saffra tak mahu kalah.

"Kau tak nak zuriat ke? Kalau umur tu makin tua, nanti nak mengandung pun susah tau!"

Saffra akui kata-kata Jenah.Tapi dia sendiri pun takde lah terfikir sampai ke situ lagi.

"Cakap orang pandai.Kau sendiri tu bila nak kahwin? Calon pun takde lagi."

"Aku tunggu lepas kau kahwin lah!" Balas Jenah selamba.Dia mengunci pintu biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience