15

Romance Completed 62210

Kecoh sebentar ofis pagi itu.Tiba-tiba saja Raffael umumkan yang dia akan buat meeting.Semua dah tanya-menanya pada jiran sebelah-menyebelah sambil berbisik-bisik.

"Saff, apa hal bos kau tu?" soal Zaim sambil mencuit bahu Saffra.

"Bos aku pulak? Bukan bos kau jugak ke? Ke kau dah tersalah masuk ofis?" Saffra menemplak Zaim.

"Tanya sikit pun nak hangin!" cemuh Zaim.Saffra jelirkan lidahnya.

"Angin takde, ribut takde.Tiba-tiba aje bos panggil meeting." Limah bersuara.

"Hujan ada.Patutlah mendung aje cuaca pagi tadi.Mesti ada berita tak baik." Fikir Saffra.

"Khurafat sangatlah kau ni."

"Adalah tu perkara penting yang Tuan Raffael nak cakap.Sebab tu dia panggil meeting tiba-tiba." Sampuk Rafiq yang dari tadi berjalan di belakang Limah dan Saffra.

"Betul jugak.Aku syak, ni mesti ada kena- mengena dengan projek Tan Sri Yusoff."

Mereka dah sampai di depan pintu bilik mesyuarat.Semua staf lain dah mengambil tempat masing-masing, cuma kumpulan mereka saja yang baru sampai.Sesambil nak ke bilik mesyuarat pun, sempat lagi jadi ahli mesyuarat tingkap.

"Gila! Encik Senget tu dah terlebih senget agaknya!" marah Saffra.

"Kenapa pulak?"

"Pasal apa lagi? Meeting tadi lah!"

"Nak buat macam mana kalau Tuan Raffael dah mintak macam tu.Kita kenalah ikut arahan dia." Lembut suara Limah.Takut juga bila Saffra sesekali naik hantu.

"Tapi kenapa nak kena hantar esok jugak?! Ada dua hari lagi kan? Mana sempat aku nak siapkan semua dalam masa satu hari.Apa dia ingat aku ni main buat aje ke?
Kalau nak cepat sangat biar aku copy paste aje, senang! Sekarang jugak aku hantar."

Zaim, Rafiq dan Limah terdiam.Nak tegur pun tak berani.Takut mereka pula yang kena marah nanti.Sudahnya, semua diam.

"Semua nak cepat! Tahu nak mengarah aje kerjanya.Apalah malang nasib aku dapat bos macam tu." Rungut Saffra beberapa ketika kemudian.

"Sabarlah Saff...si Gladiator dengan Kak Leha pun sama jugak macam kau.Kitorang nak tolong pun tak boleh, sebab tugas kau dengan kitorang tak sama." Pujuk Limah lagi.

"Nasib kitoranglah yang malang sekali kalau ada pengarah projek yang sengal macam tu."

"Apa kata kalau kau cuba pujuk bos? Manalah tahu kalau hati dia yang keras macam batu kerikil tu boleh jadi lembut macam kain sutera.Kau kan pandai bab-bab macam ni." Zaim cuba membantu.

Saffra senyum sinis."Pujuk? Nak bagi alasan apa? Kau ingat, kalau aku bagi seribu satu alasan pun dia nak dengar ke?"

Raffael memang jenis tetap pendiriannya.Kalau dah kata hitam, hitamlah jawabnya.Tak akan bertukar putih.Tapi tiada salahnya untuk mencuba, kan?

"Err...Saff, kitorang balik dululah ya." Wajah Saffra tegang saja lepas habis meeting pagi tadi.Limah pun takut nak bercakap dengannya.

"Hmm...Okey," lemah suara Saffra.

"Kau jangan balik lambat sangat tau? Risau pulak aku nak tinggal kau sorang-sorang."

"Aku dah biasa macam ni.Kau tak payahlah risau.Pergilah balik cepat.Laki kau dah tunggu kat rumah tu." Saffra cuba bergurau untuk menghilangkan rasa serabut di kepalanya.

"Yalah...Aku pun dah tak sabar nak balik rumah sebab nak berkepit dengan laki aku." Seloroh Limah.

Saffra ketawa.

"Haa! Macam nilah baru Saffra yang aku kenal.Sentiasa senyum.Ini tak, ketat aje muka macam Tuan Raffael."

"Cik Limah, kau jangan nak samakan aku dengan dia eah? Aku jadi macam ni sebab Encik Senget tu jugak, tahu tak?" Bibir Saffra dah memanjang.

"Eleh, baru gurau sikit dah sentap! Tak cantik tahu tak anak dara kalau asyik monyok aje macam tempoyak tak cukup durian."

"Biarlah.Lain kali kau jangan sebut lagi nama Encik Senget tu depan aku."

"Peliklah kau ni.Tuan Raff...Opss! Maksud aku, Encik Senget tu kan bos kau jugak.Kalau tak panggil nama dia, habis kau nak aku panggil dia apa? Encik Senget? No no no.Aku bukan macam kau.Suka sangat bagi nickname pelik-pelik kat orang."

"Whatever ajelah.Ni kau tak nak balik lagi ke?"

"Ya Allah! Macam manalah aku boleh lupa? Kaulah ni punya pasal.Ajak aku berbual." Limah segera memasukkan kerusinya ke bawah meja.

"Aku pulak yang salah?"

"Okeylah, bye!" Limah berjalan cepat-cepat menuju ke pintu lif.

Saffra tongkat dagu sambil tangannya membuka folder pada komputer yang menyimpan segala maklumat kerjanya.

Dengan pantas jarinya menari-nari di atas papan kekunci.Suasana pada waktu itu sungguh sunyi.Hanya kedengaran bunyi keyboard yang memenuhi ruang pejabat itu yang ditekan-tekan olehnya.

Walaupun lampu di ofis tika itu masih terang benderang, namun tiada apa dapat melenyapkan bermacam-macam andaian yang bermain di fikirannya.Cuma lampu di dalam bilik pejabat saja yang sudah ditutup.

Tiba-tiba saja tekaknya terasa kering dan perlu dibasahkan segera.Dengan ringan kakinya ingin melangkah ke pantri.Tapi bila sampai saja di depan bilik Raffael, kakinya terus berhenti.

Setahunya, semua orang dah balik termasuk Raffael.Yang tinggal cuma dia seorang saja.Hairan pula Saffra bila melihat lampu di bilik Raffael masih terpasang.Mungkin dia lupa tutup, fikir Saffra.

Tangannya ringan saja menolak pintu bilik Raffael untuk menutup suis lampu yang terletak di tepi pintu.

"Arghh! Hantu...Hantu!" jerit Saffra lantang.Dia dah terduduk sambil bersandar pada pintu.Mukanya ditekup dengan kedua-dua belah tapak tangan.

"Mana? Mana hantu?" Panik Raffael dibuatnya.Hampir saja nak tertumpah kopi panas di tangannya kerana terkejut dengan jeritan Saffra itu.

"Ya Allah, aku bermohon perlindungan dariMu.Kau jauhkanlah dirinya dari aku.Aku tak sanggup nak melihatnya.Engkau tolonglah aku Ya Allah." Doa Saffra dengan tangisan sehingga mencurah-curah laju air matanya keluar seperti air terjun.

"You okey tak ni?" Raffael membongkokkan sedikit badannya.Cemas dia melihat keadaan Saffra yang bagai dah tersampuk itu.

"Tak! Tak! Hantu!" Saffra meluruskan jari telunjuknya ke satu sudut.

Raffael menoleh ke arah meja-meja stafnya yang sudah kosong itu.Namun dia tidak melihat apa-apa.Cuak sungguh Raffael tika itu.Mukanya pun dah pucat lesi.Rasa nak demam pun ada.

"You jangan buat I takut...Dah pukul 1:30 pagi ni.You..." Raffael menyentuh bahu Saffra dengan mug di tangannya.

"Jangan sentuh aku! Kau pergi! Pergi! Jangan kacau aku, aku tak kacau kau pun!" Saffra meracau-racau sambil tangannya dilayang-layang ke udara.

Raffael dah buntu.Sekarang bukan hantu lagi yang ditakutkan, tapi Saffra yang lagi menakutkannya.Nak baca surah-surah seperti yang selalu ustaz bacakan itu, manalah dia tahu.Tapi setidak-tidaknya dia masih boleh menenangkan situasi yang panik itu dengan ayat Kursi.

Tapi seperti tiada perubahan saja.Saffra tetap teresak-esak di situ.Wajahnya pula disembamkan ke kepala lutut.

"Tolong jangan kacau aku..." rintih Saffra.

Raffael hilangkan diri sebentar sebelum muncul dengan segelas air.Dengan tanpa rasa bersalahnya, selamba saja dia mencurahkan air itu ke atas kepala Saffra sampai habis.

Saffra dah mandi di situ.Basah lencun tudungnya.Segera dia angkat kepala dengan mulut yang ternganga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience