27

Romance Completed 62210

Pagi itu Saffra nampak Raffael berjalan menuju ke lif.Laju dia mengejar langkah Raffael.Mujur sempat.Sedikit lagi pintu nak tertutup.Sudahlah badan dia kurus.Kalau tersepit kat celah-celah pintu itu, boleh jadi cicak kering.

Terjongket kening Raffael bila lihat Saffra berlari masuk ke dalam lif yang sama dengannya.Saffra hanya tersengih tayang gigi.Dia menekan butang ke tingkat tiga belas.

"Good morning Tuan Raffael." Nafas Saffra sudah semakin stabil.Mengah juga berlari tadi.

"Morning.Ada good news ke?"

"Good news?" Saffra bingung.

"Sebab I tengok you lain pagi ni."

"Apa yang lain?"

"You yakin yang you tak tersilap masuk lif?" Soal Raffael semula.

"Rasanya dah betul." Mata Saffra meneroka setiap sudut di dalam lif itu."Kalau saya tak guna lif ni, saya guna lif sebelah.Kenapa Tuan Raffael tanya saya macam tu? Ada yang tak kena ke dengan lif ni?"

"Bukan lif, tapi I rasa ada yang tak kena dengan you.Selalunya bila nampak I, you terus cari lubang nak menyorok." Raffael pandang Saffra.

Saffra hanya menjeling dari ekor mata.Malu pula nak pandang wajah Raffael.Rasa bersalah pun ada.

"Err...Tuan Raffael, sebenarnya saya nak ucap terima kasih pada Tuan Raffael sebab belanja kitorang makan semalam."

"Terima kasih aje?"

"Tuan Raffael nak saya cakap apa lagi?" Saffra kerut dahi.

"Belanja I lunch." Raffael melipat tangan ke dada.

"Kenapa saya nak kena belanja Tuan Raffael pulak?"

"Sebab I dah habis banyak semalam.Balik rumah I makan mi segera aje."

Puff! Saffra menahan gelak.Kesian betul.

"Kedekutlah Tuan Raffael ni.Tuan Raffael nak duit ke, nak pahala? Kalau Tuan Raffael berkira macam ni, nanti kurang pahala tau.Apa salahnya kalau kita berkongsi rezeki dengan orang lain? Lagipun, dalam harta kita kan ada hak orang lain jugak." Saffra sudah macam penceramah bebas.Pagi-pagi lagi Raffael dah diceramah.

Lif berhenti tepat pada masanya.Saffra melangkah dengan gembiranya keluar dari lif.Raffael pula yang monyok.Tak sempat dia nak membalas apa-apa.

Saffra nampak Gina masuk ke bilik Raffael.Apa tujuan dia? Kalau nak cakap bincang hal kerja, takde pula dia bawa apa kat tangan.Pergi dengan tangan kosong aje.Sambil melenggang pula tu.

"Kau tengok apa tu Saff?" tegur Zaim.

"Takde apa." Pantas Saffra menjawab.

"Pelik-peliklah kau ni.Takut pulak aku dengan kau.Kau ada nampak sesuatu ke dalam ofis ni?" Soalan Zaim turut mengundang rasa tak sedap hati Limah dan Rafiq.

"Mulut tu jangan celopar sangat boleh tak?!"

"Aku tanya aje.Rilek ah..."

Saffra bangun untuk ke pantri.Sewaktu sampai di depan bilik Raffael, dia berhenti.Hatinya rasa tak sedap.Seperti ada sesuatu yang tidak elok akan berlaku.

Takkan nak mengintai? Nanti staf ingat bukan-bukan pula.Lagipun, tak baik curi-curi pandang atau dengar perbualan orang lain.Saffra terus ke pantri untuk membancuh kopi.

Dia duduk di meja.Kepalanya masih memikirkan apa yang sedang berlaku antara Gina dan Raffael dalam bilik itu.

"Minum sorang? Kenapa tak ajak I?" Raffael dah duduk bertentangan dengan Saffra.

Terperanjat juga Saffra tika itu.Tiba-tiba saja Raffael muncul.Bukan dia sedang bersama Gina ke dalam bilik pejabat?

"Buat apa saya nak ajak Tuan Raffael? Saya tak nak ganggu masa Tuan Raffael dengan Gina."

"You rasa something tak?"

"Rasa apa?"

"I rasa ada orang cemburulah." Raffael dah ketawa.

Pandai betul Raffael buat perangkap samar.Kan dah terkena.

"Hell no! Kenapa saya nak cemburu?" Nafi Saffra keras.Tapi dalam hati siapa yang tahu?

"Kalau tak cemburu, kenapa cara you cakap tu macam you tak suka I dengan Gina?" Raffael tanya soalan cepumas.

Kalau betul pun dia cemburu, takkan lah senang-senang saja nak mengaku.Saffra kaku sebentar.Cuba memikirkan ayat apa yang sesuai.

"Bila masa saya cakap saya tak suka Tuan Raffael dengan Gina? Sebenarnya saya tumpang gembira untuk Tuan Raffael.Ada juga yang nak kat tuan."

Raffael tersenyum senget."Ramai je yang nak kat I.Cuma I yang tak nak kat diorang." Wah, perasan jugak Raffael ni! Ingat dia sekacak Ji Chang Wook, atau sehebat Brat Pitt sampai semua perempuan tergilakan dia? Cakap saja lebih.

Saffra tahan gelak.

"Kuat perasanlah Tuan Raffael ni.Saya rasa, diorang nak tengok muka Tuan Raffael pun takut tau."

"Mestilah, sebab diorang takut terpikat dengan I.You pun sama, kan?" Raffael cuba mencari jawapan disebalik wajah polos itu.

Saffra terus diam tak terkata.Dia menundukkan wajah dan segera menghabiskan kopinya.Kalau semakin lama dia di situ, rasanya boleh jadi lembik macam jeli dek kerana renungan Raffael itu.

"Diam pulak.You tak jawab lagi soalan I."

"Tuan Raffael dengar tak? Saya rasa Limah dah panggil saya tu.Saya pergi dulu ya.Selamat tinggal!" Cepat-cepat Saffra bangun ke sinki untuk mencuci cawan.Raffael terkebil-kebil memandang.

Saffra kembali ke tempatnya.Dia hela nafas lega yang tadinya menyesakkan dada.Rasa macam nak meletup! Boleh pula Raffael tanya soalan tak beragak macam tu.Gila Saffra nak mengaku!

Saffra tekup muka dengan tapak tangannya.Masih terasa lagi bahang di wajah kerana renungan Raffael itu.

"Kau kenapa Saff? Macam kena kejar toyol aku tengok." Zaim pandang Saffra yang seperti kepenatan.

"Ha'ah, aku kena kejar dengan bapak toyol.Kau nak tengok?"

"Ee...Tak nak aku.Nanti tujuh hari tujuh malam aku tak boleh tidur duk teringat muka toyol yang hijau tu." Zaim kembali menyambung kerjanya.

Saffra tergelak halus.Bulat-bulat Zaim percaya apa yang dia cerita.

"Zaim, kau percaya ke benda tahyul yang Saff cakap tu?" Limah turut serta.

"Memang tak lah! Kau ingat, aku senang-senang nak kena tipu macam budak kecik? Agak-agaklah nak menipu pun."

"Laa...Aku ingatkan kau betul-betul percaya.Mujurlah kalau kau dah matang.Bangga aku sekejap." Rafiq terlepas tawa.

Wajah Zaim dah berubah."Bro, kau bukannya nak backup aku, tolong gelak pulak."

"Betullah apa Saff cakap tu.Aku sebagai kawan pun bangga tau."

Sekarang tiba giliran mereka bertiga pula untuk menyakat Zaim.Siapa yang tak kenal dengan Zaim? Kalau di unit itu, dialah yang paling nakal.Suka sungguh mengganggu orang.Kadang-kadang, mak cik cleaner pun dia nak menyakat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience