Pada mulanya Saffra teragak-agak untuk masuk ke dalam kereta Raffael, tapi bila dah kena paksa, nak buat apa lagi?
Raffael menghidupkan radio.Sekurang-kurangnya, tak adalah Saffra rasa janggal bila berdua dengan Raffael dalam kereta.
Sudahlah menumpang kereta pengarah projek.Cuak juga Saffra dibuatnya.
"You nak ikut I balik ke?" tegur Raffael tiba-tiba.
Mulut Saffra dah terlongo.Badan dah rasa seram sejuk.Pelbagai andaian mula menerjah di fikirannya.Dia memeluk beg tangannya kemas.
Bibir Raffael terjongket sedikit bila tengok wajah Saffra yang seperti ketakutan.Dia faham apa yang ada dalam fikiran gadis itu.
"Tuan Raffael jangan macam-macam.Saya call polis baru tahu!" Suara Saffra bergetar.
"You selalu fikir bukan-bukan pasal I.Macam dalam bilik stor hari tu."
Saffra rasa wajahnya dah merah.Kenapa Raffael perlu ingatkan dia kembali tentang kejadian itu? Mana nak sorok muka?
"Dah Tuan Raffael tanya macam tu kenapa?"
"Sebab you tak bagitahu I you tinggal kat mana."
Saffra tepuk dahi.Perkara macam tu pun dia boleh lupa.
"Tuan Raffael tak tanya."
"You ingat I driver teksi?"
"Saya tinggal kat Arte Plus Jalan Ampang." Beritahu Saffra.
Sepuluh minit kemudian, mereka sampai.Saffra segera membuka pintu kereta.
"Terima kasih Tuan Raffael sebab hantarkan saya.Bawak kereta elok-elok."
"You pun jaga diri baik-baik." Kereta Raffael meluncur keluar dari perkarangan itu.Saffra tersenyum lebar mendengar kata-kata Raffael.Dah boleh lupa kakinya yang masih sakit.
Saffra turun untuk bersarapan.
"Aik! Kau tak ambik MC ke?" Jenah pelik bila tengok Saffra dah bersiap nak ke ofis.
"Tak.Lagipun aku dah selalu MC.Rasa seganlah pulak." Saffra mengoyak roti lalu dibawa ke mulutnya.
"Nak segan apanya? Dah kau memang sakit.Takkan nak paksa diri jugak pergi kerja?"
"Kaki aku dah baik dari semalam.Aku dah sapu minyak urut."
"Haih...Macam manalah boleh jatuh? Cuailah lagi." bebel Jenah.Saffra pekakkan telinga.
"Aku ingat kau tak datang." Limah dah duduk di kerusinya.
"Kaki aku bukannya patah.Gelecek sikit aje."
"Terbaik! Nanti bolehlah kita pergi lunch sekali.Teringat aku kat ABC gerai Mak cik Timah."
Saffra gelak."Poyolah kau ni! Baru sekali tak pergi.Rindu ABC ke...Mak Cik Timah?"
"Deyy! Apa kejadahnya aku nak rindu kat Mak cik Timah tu? Karut aje kau ni."
Saffra dah ketawa.Makin seronok bila kakinya dah sembuh.
"Kejap, kau balik macam mana semalam? Housemate kau datang ambik ke?"
Saffra terus berhenti ketawa.Boleh pula Limah teringat pasal tu.Kebetulan Raffael lalu.
"Limah tanya tu...You balik dengan siapa semalam?" Mesti Raffael dah dengar perbualan mereka berdua.Cis!
Saffra ketap gigi.Seperti sengaja Raffael nak Limah tahu.
"Naik teksi!" Tipu Saffra depan-depan.Dia nak tengok macam mana rupa Raffael bila mendengarnya.Nak menyakat sangat!
"Laa...Baik kau tumpang aku aje."
"Takpe, lagipun pemandu teksi tu bagi aku naik free aje.Tak mintak bayar tambang pun."
Saffra tahan gelak.Lawak pun ada bila tengok muka Raffael tika itu.Merajuk macam perempuan! Dia kemudian mengorak langkah ke biliknya.
"Betul ke weii free? Macam susah nak percaya aje."
"Sumpah! Aku tak tipu." Saffra mengangkat sebelah tangannya.
"Saff, kau tengok tak muka Gina macam mana masa masuk ofis semalam? Macam singa betina kelaparan!" Cerita Limah sewaktu makan tengah hari.
"I...Iya? Aku tak tahulah pulak." Saffra bimbang kalau kejadian semalam sampai ke pengetahuan kawan-kawannya.Nanti Gina pula yang kena serang dengan mereka.
"Betullah weii...Aku nak tengok muka dia pun tak berani.Macam nak panah orang!" tambah Zaim.
"Kau tak tahu apa-apa ke Saff?" soal Rafiq sambil mencedok laici kang dalam mangkuknya.
"Korang tanya aku ni kenapa? Macamlah aku duk jaga hal dia.Banyak lagi benda lain yang aku nak buat."
"Kitorang tanya aje.Tak payahlah nak marah." Cebik Zaim.
"Aku tak marah.Cakap aje." Saffra menyambung makan mee celupnya.
Share this novel