Saffra menekan butang pam tandas.Selesa betul rasanya selepas membuang air kecil.Pagi-pagi lagi dia datang ofis, terus berkejar nak pergi tandas.Katanya suhu penghawa dingin kat ofis sejuk sangat!
Keluar tandas, dia membasuh tangan dengan sabun di sinki.Tudung yang sedikit kelepet dibetulkan.
Dia kembali ke tempatnya.Suis komputer ditekan.Sementara menunggu komputer di depannya menyala, dia menongkat dagu atas meja.
"Haa! Pagi-pagi dah termenung macam ni, apa kes?" Jerit Halimah tiba-tiba di tepi telinga Saffra.Macam nak terkeluar gegendang telinganya.
Saffra sudah tunjuk muka tak puas hati.
"Ee...Geram betul aku dengan kau ni! Lain kali jangan buat aku terkejut macam ni boleh tak?" Inilah perangai Limah.Jemput tak diundang, pergi tak dipinta.Sekejap ada, lepas tu tiba-tiba menghilang.Sesuai sangatlah dengan gelarannya iaitu Limah Halimunan.
"Kau nak apa?"
"Kau dah breakfast? Kalau tak, jom teman aku!" Limah sudah bersandar pada kubikel Saffra.
"Kau suruhlah orang lain teman.Aku nak buat kerja ni." Tangan Saffra mula menggerakan tetikus.
"Alah...Jomlah.Sekejap aje!"
"Tak boleh...Kerja aku banyak ni.Lagipun aku baru aje breakfast atas kereta tadi." Ini salah satu tabiat Saffra.
Dia lebih suka breakfast dalam kereta sambil memandu daripada breakfast di rumah atau di kedai makan.Kononnya dapat jimatkan masa.
Macam mana dia tak nak jimatkan masa? Dah datang ofis pun dia yang selalu lambat.Padahal dia dah bawak kereta sendiri datang kerja.Bukannya kena menunggu bas ke apa.
"Yalah, yalah..." Terpaksalah Limah Halimunan pergi breakfast sorang-sorang.
Nampaknya dah masuk waktu makan tengah hari.Tetapi Saffra masih lagi fokus dengan kerja-kerjanya.Sampai lupa nak makan.Selagi perut tak bergendang, selagi itulah dia akan setia di tempat duduknya itu.Langsung tak berganjak.
"Saff, jomlah pergi lunch...Perut aku ni dari tadi lagi duk buat tarian makyong." Tegur Zaim.
"Eh! Betul ke? Aku tak dengar pun." Rafiq mendekatkan telinganya pada perut Zaim.
Laju Zaim menampar bahu Rafiq.Limah sudah tergelak menengok aksi mereka berdua.Dah tua bangka pun masih nak bergurau macam budak lima tahun setengah.
"Korang pergilah dulu.Aku tak lapar lagi." Mata Saffra masih melekat pada skrin komputernya.
"Sudah-sudahlah tu...Sekejap lagi pun kau boleh sambung buat.Yang penting sekarang ni, kena isi perut dulu." Ajak Rafiq pula sambil menggosok-gosok bahunya yang pedih kerana ditampar oleh Zaim.Boleh tahan jugak.Itulah lelaki, kalau bergaduh memang main kasar.
"Ha'ah lah Saff.Sayang sangat kau dengan kerja tu.Kalau ya pun, makanlah dulu.Nanti kalau kau pengsan kat ofis ni, siapa nak bertanggungjawab?" Limah mula membebel.
Ini satu lagi perangai Saffra.Kalau dia dah mula buat kerja, memang tak ingat dunia! Keras jadi batu kat tempat duduklah jawabnya.Kadang-kadang, orang yang lalu depan meja dia pun fikir dua kali.Ini orang ke anak patung? Langsung tak bergerak.
"Bisinglah korang ni! Aku nak fokus kerja pun tak boleh.Jomlah!" Butang pada komputer ditekan.Serta merta komputer itu menjadi gelap.Zaim dah bersorak.
Beg tangan di dalam laci diambil.
"Kita nak makan kat mana ni?" Saffra menyoal semasa berada di dalam lif.
"Kat tempat biasalah.Gerai Mak Cik Timah," jawab Zaim mewakili yang lain-lain.
Mereka mengambil tempat duduk yang agak baik.Elok di bawah pokok besar yang rendang dan daunnya yang lebat itu.Pelayan datang tepat pada waktunya."Cik nak makan apa?"
"Saya nak nasi goreng biasa satu, telur mata satu, ayam masak halia..."
Mulut Zaim, Rafiq dan Limah sudah ternganga memandang Saffra bagai tak percaya.
"Saff, sudah-sudahlah tu.Bagilah kitorang pesan pulak." Zaim sudah bersuara tidak puas hati.Perut dia yang berbunyi dari tadi, tapi Saffra pula yang melebih-lebih.
Saffra dah sengih."Okey last.Saya nak minum air sirap limau.Tapi tak nak letak ais banyak."
Sekarang baru tiba giliran Zaim, Rafiq dan Limah pulak yang pesan makan.Rasa pedih perut Zaim nak menunggu Saffra siap pesan bahagiannya.
"Kau ni cakap tak serupa bikin, kan? Tadi cakap tak lapar, dah sampai sini, order makan macam orang baru keluar gua!" tempelak Limah.
"Itulah kau, orang ajak lunch kau sibuk dengan kerja.Tahu sangat lapar!" tambah Rafiq yang sudah menahan ketawa melihat wajah Saffra.Malu....
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan." Balas Saffra.
"Pekasam takde kat sini.Kat Perak banyaklah." Selamba badak Zaim menjawab.
"Maksud aku, alang-alang korang dah ajak aku datang sini, aku pesan ajelah.Takkan nak jamu mata aje tengok korang makan?" Saffra mempertahankan dirinya.Kalau pasal makan, nombor dua.Sebab yang nombor satunya adalah kerja.
Di bangunan pejabat Saffra bekerja, dia adalah salah seorang pekerja terbaik dan selalu menjadi contoh kepada pekerja-pekerja lain.Dan selalu juga dia mendapat pujian daripada orang atasan.Selain dia, ada lagi dua orang pesaingnya.Tapi tak adalah sampai jadi patung cendana atas kerusi!
Share this novel