3

Romance Completed 62210

"Saff, kau balik pukul berapa semalam?" Soal Limah yang sudah berdiri di belakang kerusi Saffra.

Saffra hembus nafas panjang.Kalau hari-hari asyik terkejut aje macam ni, dah tak lama jawabnya.Bila-bila masa saja serangan jantung boleh datang menyerang.Sudahlah kat ofis semalam Zaim hampir saja bagi dia heart attack!

"Pukul 11:30." Lemah suara Saffra kedengaran.

"Lewatnya! Patutlah aku nampak kau hari ni macam orang tak cukup tidur aje.Mata tu hah, dah sembap."

Sejak kebelakangan ini, Saffra agak sibuk dengan lukisan kerjanya.Lagi pula, dia adalah ketua kumpulan bagi Pengurusan Projek dalam senibina.Jadi makin banyaklah kerjanya.

Lepas tu, nak kena pastikan juga hasil kerja yang dilakukan oleh ahli kumpulannya menepati kehendak Datuk Khalid.Itulah tanggungjawab yang perlu dipikul olehnya, untuk memastikan setiap hasil kerja mereka akan memberi kepuasan kepada pihak atasan.

"Eh, Zaim belum datang lagi? Dah apa kes budak tu?" Zaim ni, walaupun di pejabat dia suka tidur, tapi tak pernah dia datang lambat ke ofis.Kecuali kalau ada hal kecemasan.Terbalik pula dengan si Saffra.

"Biarlah dia! Geram pulak aku dibuatnya."

"Kau ni marah pasal apa pulak?"

"Kau tanyalah Zaim sendiri.Malas aku nak layan perangai bodoh dia tu."

Limah sudah kebingungan.Setiap masa pasti nak bergaduh.Tapi mujur tak terbawa-bawa sampai ke perbincangan kerja dalam kumpulan.Kalau tidak, tak tahulah bila boleh siap tugas kerja berkumpulan itu.

"Saff, boleh tak kau tolong..."

Dengan terburu-buru, Saffra bangun dari tempat duduknya sebelum melangkah laju ke bilik air.Hampir terbalik kerusi.Dah tak tahan sangat nampaknya.

Rafiq tengok Saffra pelik.Belum sempat dia ingin meminta tolong, Saffra sudah pergi.

Ahh! Dah tak tahan! Dia menapak laju sambil menahan diri dari terkucil.Dibuatnya terkucil kat situ, malu woi! Mana nak letak muka? Wajah Saffra sudah berkerut-kerut.

Bukk! Tiba-tiba Saffra terlanggar sesuatu di hadapannya.Pening sekejap kepala.Seperti ada lalat yang berpusing-pusing di atas kepalanya.Ini orang ke batu?

"Maaf encik, maaf." Ucap Saffra tanpa memandang wajah lelaki itu.Dari tadi dia berjalan sambil memandang ke bawah.

Baru saja lelaki tersebut nak marah, dia sudah hilang dari pandangan.

'What a bad day?' bisik lelaki tinggi lampai itu sambil menepuk-nepuk bahunya yang dilanggar Saffra.

Saffra keluar dari tandas.Dengan hati gembira dia ingin melangkah ketempatnya kembali.

Namun kakinya serta merta terhenti.Dari luar dia sudah dapat dengar bunyi bising.Macam orang tengah bersorak.'Aik! Ada artis datang ke? Aku tak tahu pun.'

Ofis yang sunyi sepi itu tiba-tiba menjadi riuh rendah seperti pasar menjual ikan.Segera dia berjalan ke arah bunyi bising itu.

Saffra lihat ramai yang tengah berkumpul membentuk bulatan.Tapi dia tidak dapat melihat siapakah gerangan yang digilai itu.Lelakikah dia? Atau perempuan?

Tapi kalau perempuan, takkanlah staf-staf lelaki kat unit itu duduk di meja masing-masing pula.Macam buat tak tahu aje.

"Rafiq, apa yang jadi? Kenapa semua orang tengah berkumpul kat sana?"

"Entahlah aku.Kau pergilah tanya sendiri dekat si Limah tu."

Dalam ramai-ramai, Limah pun turut serta buat mesyuarat tingkap kat situ.Entah apa yang dihebohkan sangat pun tak tahu.

Saffra menghampiri Limah."Woii, ada apa ni?"

Saffra menghampiri Limah.Dari dekat Saffra sudah dapat melihat siapa gerangan yang sedang dikerumun oleh staf-staf di unit itu.

"Siapa mamat tu?"

"Syhh! Berani kau panggil dia mamat?" Limah sudah bulat mata memandang Saffra.Jari diletakkan pada bibir.

"Dah dia lelaki, aku panggillah mamat, takkan minah pulak.Lagipun mana aku tahu nama dia apa."

"Kau tahu tak, dia tu pengarah projek baru kita!" bisik Limah di telinga Saffra sambil menekup mulutnya.

"What?!" Jerit Saffra.Mulutnya dah terlongo.

Apa lagi, memang sah-sahlah Saffra pulak yang jadi perhatian kat situ.Semua staf perempuan yang tergedik-gedik di depan lelaki itu pun sudah berpaling kepadanya.

Bukan staf-staf saja, tetapi dia turut menjadi perhatian lelaki berkulit cerah itu.

Erkk! Saffra dah gelabah bila semua mata-mata di situ sudah merenung ke arahnya.

"Saya minta maaf." Saffra menundukkan sedikit kepalanya sebelum cepat-cepat kembali ke meja.

"Tunggu!" Saffra berhenti mengejut.Debaran tiba-tiba menerjah ke dalam dirinya.Dia sendiri pun tidak tahu mengapa tiba-tiba dia rasa begitu.

"Your blouse...Sexy." Suara lelaki itu kedengaran jelas di telinga Saffra.

Apa?! Berani betul lelaki itu cakap benda tak senonoh kepadanya.Tapi kalau fikir balik, apa yang tak senonohnya? Mungkin bagi perempuan lain, dia orang tak kisah.Tapi tidak bagi Saffra.Dia rasa lelaki itu sudah keterlaluan!

Dia memusingkan badan ke belakang.

"Excuse me, encik cakap baju saya seksi? Encik ni ada masalah mata ke? Saya rasa lebih baik encik pergi cek mata cepat-cepat sebelum melarat pulak!" sembur Saffra.

"Mata I okey aje.Rabun pun tak.Tapi I memang tak salah tengok.Baju you seksi."

Saffra mula rasai bahang.Loya anak tekaknya mendengar perkataan itu.Ini sudah tidak boleh diterima!

"Encik, jangan sampai saya buat sexual harrassment report pulak! Sebab encik dah mengganggu pekerja kat sini dengan cara tak senonoh macam ni!"

"Cuba you tengok baju you kat belakang."

Pantas Saffra membelek dirinya.Herk!!

"Told you already yang baju you tu..."

"Tak payah cakap!" Saffra sudah geli mendengar perkataan itu berulang kali.

Segera dia menurunkan blouse yang berwarna pink itu ke bawah.Selamat dia pakai skirt hari ni.Tak adalah lelaki itu nampak yang tak sepatutnya.

Mungkin blousenya termasuk ke dalam skirt selepas dia pergi tandas tadi.Tapi kenapa tiada orang yang menegurnya? Kenapa lelaki itu jugak yang nampak? Buat malu saja.

"I tegur you sebab cara you berpakaian tu salah.You sepatutnya tahu etika berpakaian ketika di pejabat."

Eleh...Saffra bukan sengaja pun.Dia sendiri tidak perasan yang bajunya sedikit terangkat di bahagian belakang.Tak ada maknanya dia sengaja nak buat macam tu dengan imejnya yang bertudung.

"You tak nak cakap terima kasih ke? Nasib baik I yang nampak."

Hampir terbatuk Saffra mendengarnya.

"Nasib baik apanya?! Nasib tak baik adalah! Sebab encik lelaki." Menyampah pulak Saffra dengan lelaki itu yang miang macam pokok buluh itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience