Hari ini Saffra datang kerja tepat mengikut waktunya setelah diugut oleh Raffael tempoh hari.Takde kerja dia nak kena cuci tandas.Baginya, Raffael dah melampau! Banyak lagi cara lain yang boleh dia denda, tapi kenapa mesti cuci tandas? Tak kena gaya betul!
Baru Saffra menolak pintu utama, dia dah nampak Raffael yang sedang bercakap sesuatu dengan salah seorang pekerja di kaunter penyambut tetamu.Kejadian yang dia kena serang dengan Gina semalam kembali menerjah ke otaknya.Gina dah beri amaran maut supaya dia menjauhi Raffael.
Nampak seperti mereka sedang serius berbincang.Mungkin Raffael tak akan perasan kalau dia terus jalan dan buat tak tahu.
Saffra berjalan sambil menutup sebelah wajahnya.Bunyi tapak kasutnya juga diperlahankan agak tidak disedari oleh Raffael.Dia berjalan berjingkit-jingkit.
"You!" jerit Raffael.Baru tak sampai lima langkah dia menapak, Raffael dah panggil.
Alamak! Raffael dah perasan yang dia lalu di situ.Saffra dah gelabah.Tanpa berpaling, cepat-cepat dia berjalan ke lif.Terus dia masuk bila pintu terbuka.Mujur Raffael tak kejar.Tapi itu tak bermakna Saffra dah selamat.Sebab bila-bila masa saja dia akan bertembung dengan Raffael di ofis itu walau macam manapun dia cuba mengelak.
"Hoi Saff! Kau jumpa jembalang ke dalam lif? Pucat semacam aje aku tengok muka kau." Tegur Zaim yang keluar dari pantri sambil membawa satu mug kopi.
"Tak senonoh betul kau ni, minum sambil berdiri.Macam budak tak cukup umur.Tak reti nak duduk ke?"
"Porahh! Aku baru cakap sikit, kau dah bagi balik." Zaim kembali ke pantri.
Baru Saffra duduk tak sampai sepuluh saat, dia dah nampak bayang-bayang Raffael yang baru keluar dari lif.Kelam-kabut dia cuba menyibukkan diri dengan kerja supaya Raffael tidak menganggunya.Saffra pura-pura seperti dia sedang menulis sesuatu sambil menundukkan kepalanya hampir rapat pada meja.
"Kenapa you lari?" Raffael dah berdiri di tepi kubikelnya.
Jantung Saffra pantas berlari-lari.Siapa yang dia takut sebenarnya? Adakah kerana takut Raffael akan memarahinya, atau Gina yang akan naik hantu kalau tahu yang dia masih layan Raffael berbual? Tapi bukan salah dia, Raffael yang mulakan perbualan dulu.
"You tak dengar ke I panggil tadi?" soal Raffael lagi bila Saffra diam.
Saffra mengangkat wajahnya perlahan-lahan sebelum memandang Raffael yang sedang merenung tajam ke arahnya.
"Tuan Raffael ada panggil saya ke tadi? Maaflah tuan, saya tak dengar."
"Kalau you tak dengar, kenapa you lari bila dengar suara I?"
Erk! Alasan apa lagi yang patut Saffra bagi supaya Raffael percaya?
"Saya tak larilah tuan...Tadi saya nak cepat sebab saya baru teringat yang saya ada tugasan penting kena buat.Kalau tak siap, nanti saya jugak yang kena marah dengan tuan." Mungkin sebab berkat minum susu pagi tadi, maka pandai saja Saffra mereka alasan.
"Okey.I'm trust you."
Saffra hanya tersengih sambil memandang Raffael yang sudah menghilang ke dalam bilik pejabatnya.Terus dia tarik nafas lega.
Seperti biasa, Saffra dan kawan-kawannya akan turun ke gerai Mak Cik Timah untuk makan tengah hari.Dah jadi rutin mereka, sebab hanya makanan di gerai itu yang paling murah di kawasan syarikat K Architect Sdn Bhd.
Tapi tak kurang sedap juga, yang penting boleh jimat belanja.Lagi-lagi bila hujung bulan, makan sekadar buat alas perut saja.
"Rafiq, aku nak tanya kau sesuatu ni." Gaya Saffra bercakap seperti orang berbisik.
"Apa?"
Saffra sedikit berjinjing untuk mendekatkan bibirnya pada dekat telinga Rafiq.
"Betul ke yang Gina dengan Encik Senget tu tengah hot bercinta?"
"Hah? Betul ke?!" Memang terkejutlah Rafiq bila dengar saja cerita yang tak pernah disangka oleh akal warasnya itu.
"Aku tanya kau, kau tanya aku balik? Baik tak payah tanya!" Ingatkan boleh risik cerita dari Rafiq, rupanya dia pun baru tahu.
Tapi Gina kan dah cakap, yang tiada sesiapa pun tahu pasal hubungannya dengan Raffael kecuali dia seorang.
"Mana kau dengar cerita ni? Sahih ke tak?"
"Gina yang beritahu aku..." Suara Saffra sedikit kendur.
"Jadi, kau percaya? Tuan Raffael senyap aje."
"Sebab diorang nak rahsiakan hubungan ni daripada pengetahuan orang lain, termasuk Datuk."
Rafiq seperti ragu-ragu untuk percaya apa yang Gina cakap.Mana mungkin orang yang waras seperti Raffael nak ambil Gina yang otak tak berapa stabil itu sebagai isteri.
"Woi! Korang nak pergi makan ke tak? Cepatlah sikit.Jalan macam semut!" Zaim dah terpekik di pintu keluar.Limah di sebelah dah menggeleng.
Laju Saffra dan Rafiq melangkah.Langsung tak sedar yang diorang dah jauh tertinggal.
"Korang berdua borak apa tadi? Nampak serius aje." Baru makan sesuap, Limah dah menyoal.
"Saff cakap yang Tuan Raffael ber..."
"Berangan!" Laju Saffra memotong tanpa memberi signal terlebih dahulu.
Mereka bertiga dah kerut dahi memandangnya.
"Berangan? Hmm...Tapi betul jugak.Sejak sehari dua ni, aku selalu nampak Tuan Raffael tu termenung aje dalam bilik dia." Tak sangka pula apa yang dia main cakap itu betul.Nasib Limah jadi penyokong.
"Biasalah tu...Dia kan pengarah projek.Mesti banyak benda yang otak dia nak pikiaq." Celah mana pula Zaim belajar loghat utagha ni?
"Takkan fikir pasal kerja kut? Dari gaya dia, aku tengok macam orang tengah angau aje.Macam orang sedang bercinta." Tahu-tahu saja Limah apa yang Saffra sedang sembunyikan darinya.
Zaim dah ketawa."Bos nak bercinta? Kau biar betul? Siapa yang nak kat dia?"
Saffra seperti terpukul dengan andaian Limah itu.Adakah ianya bermakna apa yang Gina beritahunya itu betul? Hati Saffra bagai retak menanti belah sahaja.
"Weii Zaim, sekurang-kurangnya Tuan Raffael tu lengkap dari atas sampai bawah.Duit ada, rupa pun helok! Kau, ado?!" templak Limah tanpa bertapis.
"Mulut kau kalau mengutuk aku memang takde insuran!"
Saffra hanya menjadi pendengar.Tidak berminat hendak masuk mencelah.Entah kenapa dia rasa seperti tidak bermaya.Nasi goreng paprik di depan mata pun langsung tidak menarik minatnya.
"Saff, kau demam ke? Nampak lembik aje." Limah meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Saffra.
"Aku naik dululah...Nak rest kejap." Saffra dah berdiri.
"Kau nak aku teman tak? Risau aku tengok kau macam ni." Limah memegang lengan Saffra.
"Tak payahlah.Aku okey...Kau pergilah makan." Saffra berjalan lemah naik ke pejabat.Kata-kata Limah dan Gina itu berulang-ulang bermain di fikirannya.
Masa berselisih dengan Gina di pintu masuk tadi, sempat lagi dia memberi amaran kepada Saffra untuk menjauhi Raffael.Dah naik jemu Saffra asyik dengar ayat yang sama saja setiap kali jumpa.
"I nak you simpan baik-baik apa yang I cakap."
"Baiklah Gina...Saya akan sentiasa ingat pesanan awak tu ya."
"Bagus.Kalau you lupa, tahulah I macam mana nak ingatkan you balik." Gina sengaja melanggar bahu Saffra sebelum terus pergi macam tu saja.
Satu keluhan berat terbit dari celah bibirnya.Komputer yang dari tadi menyala tidak dihiraukan.
"Tak baik asyik mengeluh.Buang masa.Nanti bila nak siap kerja?"
Saffra terkejut, tapi dia buat tak dengar.
"You dah makan ke? Awal masuk ofis.Yang lain mana?"
"Cita-cita tuan ni nak jadi pegawai penyiasat ke? Suka sangat tanya banyak soalan.Lenguh mulut saya nak menjawab tahu tak?"
Raffael tergelak halus.
"I pula rasa cita-cita you nak jadi penghibur kan? Sebab you selalu buat I terhibur dengan sikap you." Raffael bagi pickupline ke? Atau perli dia?
Saffra tidak mahu hatinya kecewa sekali lagi.Cepat-cepat dia menghalau perasaan yang baru ingin bertandang itu.
"Manis betul mulut lelaki kalau bercakap.Macam nilah Tuan Raffael...Saya tak nak tuan bercakap apa-apa dengan saya melainkan hal kerja.Nanti ada yang marah pulak.Saya tak nak kena label sebagai perampas."
"You cakap apa ni? I tak faham." Dahi Raffael dah berlapis.
Saffra bangun menghadap Raffael."Tuan jagalah buah hati tuan tu baik-baik ya.Jangan sampai terlepas, nanti dia datang serang saya pulak.Lagipun saya dah penatlah nak kena layan perangai dia tu.Mungkin tuan aje yang boleh tahan dengan kerenah dia."
"Buah hati I? I rasa you dah silap.I takde girlfriend pun atau rapat dengan mana-mana perempuan."
"Habis, Gina tu apa? Perempuan simpanan?"
"You tuduh I sampai macam ni?"
"Dahlah tuan...Saya tak nak serabutkan kepala saya pasal benda lain.Saya datang sini cuma nak kerja untuk cari makan.Boleh tuan tepi sikit? Saya nak pergi tandas." Saffra meminta diri ke tandas.Dia perlukan ruang untuk bersendirian.Dia perlukan masa untuk berfikir.
Share this novel