Saffra meletakkan kereta Proton Airiz yang dipandunya di tempat letak kereta bawah tanah.Di situ adalah tempat parkir khas untuk pekerja-pekerja di syarikat K Architects Sdn.Bhd.
Sebelum datang ofis, Saffra dah bersarapan terlebih dahulu di rumah.Usai itu, terus dia bertolak ke pejabat.Sampai Jenah pun tak sempat nak bertegur sapa dengannya.
Sampai saja di tingkat tiga belas, Saffra meletakkan beg tangannya di dalam laci.Belum pun sempat dia menarik kerusi, suara lelaki yang datang dari arah belakang memeranjatkannya.
"Awal hari ni," Raffael rupanya.
"Tak boleh ke nak datang awal?" balas Saffra malas.
"Baguslah kalau you dah sedar peraturan di ofis ni."
Saffra melabuhkan punggung.Malas dia hendak berbalas mulut dengan Raffael di pagi hari.
"Kebetulan you dah ada kat sini, so I ada kerja nak suruh you buat."
Saffra mendongak memandang Raffael yang sedang berdiri di depan kubikelnya.
"Kerja apa? Kan saya tengah buat kerja sekarang ni." Dahi Saffra berlapis.
"I nak you kemas bilik stor kat belakang sana." Raffael memuncungkan bibirnya pada bilik stor yang terletak bersebelahan tandas.
Bulat terus biji mata Saffra.
"Tuan suruh saya kemas bilik stor?" soal Saffra bagai tak percaya.
"Ya.Sebenarnya I baru aje nak panggil Mak Cik cleaner, tapi disebabkan you dah ada kat sini, so I suruh you ajelah yang kemaskan." Dengan bersahaja Raffael berkata.
Saffra terus berdiri.Tidak puas hati dengan Raffael yang tanpa bersalah menyuruhnya mengemas bilik stor.Sejak bila pula dia diturunkan pangkat?
"Maaf tuan, tapi kemas bilik stor takde dalam skop pekerjaan saya.Saya rasa tuan dah salah orang."
"I don't think so.I kenal semua pekerja di unit ni."
"Tapi tuan still nak suruh saya jugak yang kemas bilik stor tu?" Lurus jari Saffra ditujukan pada bilik stor itu.
Rafffael mengangguk.Saffra mula terasa bahang walaupun mentari pagi baru memunculkan diri.
"Saya tak akan buat!" Saffra berkeras dengan keputusannya.
"Nampaknya you tak sayang markah kumpulan you."
Terlopong Saffra.Dia merenung Raffael dengan wajah yang bengang.
"Apa kena mengena kemas bilik stor dengan markah kumpulan saya pulak?! Tuan mana boleh nak campurkan urusan kerja dengan perkara lain.That is not fair!" bentak Saffra.
"Tapi kuasa di tangan I." Raffael menunjukkan tapak tangannya di depan mata Saffra.
Saffra ketap gigi.Rasa nak dipotong saja tangan lelaki itu.Biar hilang semua kuasa yang dia ada di kompeni itu.
Dengan api yang marak di hati, dalam keterpaksaan Saffra melangkah jua ke bilik stor.Dia pantang bila sebut saja mengenai markah kumpulannya.Dia sanggup buat apa saja asalkan tiada siapa yang berani mengusik markah kumpulannya.
Pintu bilik ditolak perlahan.Belum pun Saffra masuk lagi, dia dah terbatuk-batuk di muka pintu.Habuk dan debu-debu halus mula terbang masuk ke lubang hidungnya.
Bilik stor yang ditinggalkan entah kurun ke berapa pun dia tak tahu.Mak cik cleaner pun masuk sekadar untuk ambil penyapu aje.Tak pernah pula dia disuruh bersihkan bilik stor itu.
Lagipun memang jarang bilik itu digunakan.Tapi sejak Raffael bekerja di situ, dia ingin semuanya kelihatan kemas dan bersih.
Saffra melihat banyak kotak yang bertimbun-timbun di atas lantai.
Dia mula mengemas satu-persatu.Bulu ayam yang tergantung pada dinding dicapai.Kemudian semua habuk dan debu yang bertepek pada barang-barang di bilik itu dibersihkan.Beberapa kali juga dia terbersin menahan udara kotor di bilik itu.
Selesai membersihkan semua itu, dia beralih pula pada kotak-kotak yang bertimbun itu.Dengan kudrat yang ada, satu demi satu kotak-kotak itu diangkat dan diletakkan di atas rak besi.
"Boleh tahan kuat jugak eah you, sampai boleh angkat semua kotak tu." Tegur Raffael.
Saffra menoleh.Dia melihat Raffael yang sedang bersandar pada muka pintu sambil berpeluk tubuh."Tuan buat apa kat sini? Bukan tuan sepatutnya sedang seronok ke goyang kaki kat dalam bilik yang berhawa dingin tu." Sinis Saffra berkata.
Raffael sekadar senyum sumbing.Senyuman itu! Saffra seperti terkena panahan cinta bila lihat saja senyuman yang terukir di bibir Raffael.Ah! Dia tidak boleh mudah terpedaya.
"Tuan nak jadi tukang tengok aje ke? Tak nak tolong angkat sekali?"
Kaki Raffael laju menapak ke arah Saffra.Mata Saffra membulat.Jantungnya mengepam laju.Ini dia nak tolong angkat kotak ke nak terkam Saffra? Bersemangat benar.
"Tu..tuan buat ni?! Tuan jangan macam-macam! Nanti tak pasal-pasal kita kena tangkap basah pulak!" Saffra dah tergagap.Dia sedikit ke belakang.
Kalau dihitung, kini jarak antara dirinya dan Raffael hanya dua langkah sahaja.Gila tak gabra! Rasa nak tercabut jantung dan hati.
"Kalau kena tangkap basah pun, apa salahnya? Tak payah tunggu lama-lama, kahwin terus."
Saffra terasa tubuhnya kejung di situ.Dengan sekuat hati dia menolak tubuh Raffael yang tegap dan tinggi itu menjauhi dirinya.
"Tuan ingat saya ni perempuan macam mana, hah?! Saya tak rela kalau saya kena kahwin dalam keadaan terkutuk macam tu! Saya masih ada maruah diri! Dan saya tak akan malukan keluarga saya!" Tanpa dia sedar, suaranya telah memenuhi ruang bilik stor yang agak sempit itu.
Terkedu Raffael sekejap.Tak sangka pula yang gurauannya itu sampai boleh buat gadis di depannya naik minyak.
"Okey, I mintak maaf.I bukan nak buat benda tak elok pada you.I cuma nak selamatkan you aje." Raffael menolak kotak yang hampir jatuh ke atas kepala Saffra itu ke atas rak semula.
"Selamatkan apa? Saya tengok takde apa-apa yang bahaya pun kat sini.Sepatutnya saya yang selamatkan diri saya dari tuan."
"Itulah masalah you.Siapa suruh badan tu kecik sangat, macam tak cukup nutrisi.Memanglah you tak perasaan yang kotak atas rak tu hampir nak tumbang atas kepala you."
Saffra mendongakkan kepalanya pada kotak-kotak yang tersusun di atas rak belakangnya.Memang ada kemungkinan yang kotak itu boleh jatuh.Kerana kakinya yang pendek, dia tidak dapat menolak kotak-kotak itu ke belakang.
"Kalau I tak tolong you tadi, I rasa dah keluar sebiji telur ayam atas kepala you tu."
Aduh! Manalah nak sorok muka ni? Kalau boleh, nak saja dia letak mukanya dalam kotak itu dan tampal salotep tebal-tebal.
Terus terdiam Saffra dibuatnya.Raffael tersenyum melihat riak Saffra itu sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.
"Saff, aku tengok kau diam aje dari tadi.Kenapa?" Limah kehairanan.Serta-merta Rafiq dan Zaim turut menoleh kepada Saffra.
Saffra melepaskan satu helaan.Dia mengacau-ngacau jus tembikainya dengan straw.
"Cakaplah.Kalau diam, macam mana kitorang nak tahu?" sambung Zaim.
Saffra angkat kepala dan memandang wajah-wajah di depannya."Aku malulah...."
"Malu? Kenapa?" pantas Rafiq bertanya.
"Tadi..." Saffra tanpa segan silu menceritakan semuanya yang berlaku dalam bilik stor tadi bersama Raffael.
Zaim dan Limah dah tergelak.Rafiq pula sedaya upaya cuba menahan tawanya.Dia tidak mahu Saffra terasa hati.
"Adoyai...Itulah kau, siapa suruh buat tuduhan melulu? Kau jugak yang dapat malu free." Hambur Zaim.
"Macam manalah kau terfikir sampai ke situ? Takkan lah Tuan Raffael tu sanggup nak cemarkan nama baik dia? Kalau ya pun, takkanlah dalam bilik stor kut." Limah makin kuat ketawa.
Saffra dah muncungkan bibir.Wajahnya masam macam orang terlebih makan jeruk.
"Korang ni tak habis-habis nak perli dia.Sepatutnya korang fikir cara macam mana nak tolong dia, bukan lagi tambah masalah." bebel Rafiq.
Saffra beruntung, setiap kali Zaim dan Limah cuba mengusiknya, pasti Rafiq yang akan jadi penyelamat.Sentiasa ada bila diperlukan.Seperti dalam cerita superherolah pula.
"Entah! Kalau aku tahu, baik tak yah cerita."
"Okey...Okey...Tapi kenapa Tuan Raffael suruh kau yang kemaskan bilik stor tu? Mak Cik cleaner kan ada." Limah kembali serius.
"Entah! Aku pun tak faham dengan Encik Senget tu.Memang kena sangatlah aku panggil dia macam tu.Dah otak dia tu memang senget! Logik ke dia suruh aku buat macam tu? Tak kena langsung!" Saffra cuba melepaskan kemarahan yang ditahannya sejak pagi tadi.
Serentak itu, meja makan ditumbuk dengan buku limanya.Bergegar meja makan itu.Hampir saja makanan dan minuman nak terbalik.
"Woii Saff! Kalau kau marah sangat kat Encik Senget kau tu, janganlah nak mengamuk kat sini pulak!" Hampir tersedak Zaim yang sedang menghirup teh tarik panas.
"Daripada kau tumbuk meja yang tak bersalah ni, apa kata kau tumbuk aje muka Tuan Raffael tu.Bagi sebiji, baru puas hati kau." Cadangan Limah itu sengaja nak parahkan lagi keadaan yang tengah kronik sekarang ni.
"Kalau negara ni takde undang-undang, bukan setakat penumbuk aje aku bagi, dengan siku sekali aku bagi!"
Rafiq geleng kepala melihat Saffra yang tengah hangin itu.Sikit-sikit nak bertumbuk.Bukan dapat selesaikan masalah pun.
"Eh, cepatlah makan.Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Tuan Raffael kalau dia tahu kita masuk ofis lambat." Celah Rafiq.
"Apa nak heran? Orang lain rilek aje masuk ofis lambat."
"Itu diorang punya hal lah! Kita nak ikut diorang buat apa? Bukannya kau tak tahu yang Tuan Raffael tu selalu on time."
Share this novel