"Tengok Zaim tu.Kemain lagi dia dengan Munirah." Bisik Limah.
"Biarlah diorang.Aku tengok, diorang tu sesuai apa?"
"Aku setuju.Dua-dua pun masih belum berpunya.Bolehlah kita kenenkan diorang." Limah dah sengih.
"Brilliant! Aku on."
"Apa yang on?" Suara Saffra yang kuat itu dah sampai ke telinga Rafiq.
"Tu...Kitorang nak jodohkan mereka berdua.Kau nak join?" Saffra halakan matanya pada Zaim dan Munirah yang sedang seronok berbual.Dari tadi asyik ketawa saja.
"Mengarutlah korang ni! Pandai-pandai aje nak jodohkan orang." Rafiq kurang setuju dengan rancangan Limah dan Saffra.
Biasanya, ibu bapa yang selalu menjodohkan anak mereka.Tapi, kali ni kawan pula yang ambil alih.
"Apa pulak mengarut? Cuba kau tengok.Diorang secocok apa?"
"Itu kau cakap.Korang kenalah tanya diorang dulu.Kalau betul sama suka, aku tak kisah." Pemikiran Rafiq sememangnya matang.Sebelum buat sesuatu, dia mesti akan fikir apa baik buruknya.
"Ee...Susahlah cakap dengan kau ni! Macam cakap dengan bapak dia pulak." Marah Limah.Rafiq memang selalunya akan berfikir panjang sebelum buat sesuatu.
Saffra hanya diam.Takut dia pula yang kena bebel dengan Rafiq.
"I nak ikut."
Saffra menoleh ke arah pemilik suara di belakangnya.Raffael dah tercegat sambil menyelukkan tangan ke dalam poket seluar.
"Ikut saya? Kenapa pulak?" Saffra pelik dengan Raffael.
"You nak pergi lunch, kan? Dengan cousin you?" duga Raffael.
Saffra terkedu.Macam tahu-tahu saja Raffael.Dia ada pasang spycam ke?
"Macam mana Tuan Raffael tahu?"
"I dah agak.Kalau tak, kenapa you jalan sorang?"
Saffra tepuk dahi.Kalau dia keluar makan dengan kawan-kawannya, mesti mereka dah jalan sekali.Raffael senyum.
"Kalau saya cakap tak boleh?"
"Then, I takkan bagi you pergi dengan dia."
"Eleh, Tuan Raffael boleh buat apa?" cebik Saffra.
"I dukung and kunci you dalam kereta I.You tak kisah?" Raffael main angkat-angkat keningnya.
Saffra mendegus kasar.Berani dia nak sentuh perempuan yang bukan muhrimnya?! Nak kena potong tangan Raffael ni!
"Kenapa Tuan Raffael nak ikut kitorang lunch?" Saffra berpeluk tubuh.
"I cemburu dengan cousin you."
Saffra buat muka tak faham.
"Sebab dia boleh keluar dengan you, tapi I tak boleh."
Saffra rasa nak gelak mendengar alasan Raffael itu.Sampai macam tu sekali dia cemburu?
"Kenapa you gelak? I serius.I tak suka tengok perempuan yang I suka keluar dengan lelaki lain, walaupun cousin you sendiri." Luah Raffael jujur dari hatinya.
Saffra terkesima.Perempuan yang dia suka? Apa maksud Raffael? Siapa perempuan itu? Adakah dirinya.Saffra tertanya-tanya tanpa jawapan.
Tapi tidak mustahil kalau dia perempuan itu.Sebab sebelum ni pun dengan cara Raffael bercakap, seperti dia meluahkan rasa isi hatinya.
"You faham kan maksud I?"
Jantung Saffra makin berdebar-debar.Rasanya, sangkaannya itu adalah benar.Dia cuba mengusir rasa itu dengan berlagak selamba.
"Tapi Tuan Raffael kena jumpa Abang Faliq dulu."
"Okey, I tak kisah.I lagi suka." Wajah Raffael nampak gembira.Seperti dah dapat green light saja dari Saffra.
"Tuan Raffael berani ke? Kalau dia soal macam-macam, Tuan Raffael nak jawab apa?"
"I dah lama ready.Untuk you, I sanggup buat apa saja." Beritahu Raffael dengan yakin.
Hati Saffra berbunga riang.Entah kenapa dia rasa gembira pula bila Raffael cakap begitu.Tak pernah dia rasa seperti ini.
Kereta Raffael mengekori Faliq dari belakang.Walaupun Raffael dah ajak Saffra naik bersamanya, tapi dia menolak.Lagipun, kesian pada Faliq yang dah datang menjemputnya.
"Abang Faliq, ini Tuan Raffael." Saffra memperkenalkan Raffael pada Faliq.
"Hai, saya Raffael." Raffael dan Faliq berjabat tangan.
"Dia bos..."
"Boyfriend Saffra." Potong Raffael sambil tersenyum lebar.
Mata Saffra terus bulat.Senang-senang dia saja mengaku sebagai boyfriend Saffra.Padahal baru kapel tak sampai berapa saat.Itu pun belum dapat kepastian dari Saffra lagi.
Faliq pandang Saffra.Minta penjelasan.
"Jomlah duduk dulu.Order makan." Saffra tengah fikir.Macam mana dia nak cakap dengan Faliq? Nak beritahu apa? Sedangkan dia sendiri pun seperti tak ada ayat nak cakap.
Hampir sepuluh minit menunggu, makanan sampai.
"Jadi, inilah bos muda yang Saff cakap tu."
"Bos muda?" Raffael dah pandang Saffra di sebelah Faliq.
Dia menghirup bandung cincau di depannya.Tiba-tiba tekaknya terasa perit pula.Faliq dah pecah tembelang!
Mesti Raffael dah perasan.Sebab ingat dia cerita pasalnya pada Faliq.
"Hari tu Saff ada bagitahu yang bos..."
"Abang Faliq, tak baik makan sambil bercakap.Kita sambung lepas ni eah...?" Saffra menyiku lengan Faliq.
Faliq faham apa maksud Saffra.Dia tak jadi nak bercerita.Kalau Saffra marah, susah nak pujuk! Tujuh hari tujuh malam pun, belum tentu okey.
Mereka menyambung makan.Saffra rasa tak senang duduk.Lepas ni, entah apa lagi yang Faliq akan beritahu pada Raffael.
Sejurus mereka selesai makan, Saffra meminta diri untuk ke tandas.
"Abang Faliq, Tuan Raffael, saya nak pergi tandas kejap."
Dia belum bersedia untuk mendengar apa yang Raffael ingin bincangkan dengan Faliq.
Lama juga dia duduk termenung di dalam tandas.Sampai tak sedar dah hampir lima belas minit dia membuang masa di situ.Saffra cuba menghilangkan gemuruh di dada sebelum kembali ke meja makan.
"Lama Saff pergi tandas?" Faliq dan Raffael dah memandang ke arahnya.
"Err...Saff sakit perut tadi."
"Patutlah abang ada bau sesuatu." Saffra tengok Raffael dah tahan gelak.Tak guna punya sepupu! Baru jumpa dah pandai diorang berpakat nak kenakan dia.
"Abang Faliq, Saff nak balik ofis!" Dia dah berjalan ke kereta Faliq.
Raffael mengikut langkah Saffra."You naik dengan I ajelah.Kita kan satu pejabat."
"No, thanks." Saffra tak akan berkereta dengan Raffael selagi mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah.Dia tak nak nanti timbul fitnah.
Saffra ingin membuka pintu kereta, tapi tak dapat sebab Faliq masih belum membuka kunci keretanya."Abang Faliq, kunci kereta."
"Kalau dengan I, you tak perlu mintak kunci.Pintu kereta I sentiasa terbuka untuk you." Senyum Raffael.Saffra hanya membalas dengan jelingan.Langsung tak berminat dengan tawaran Raffael.
"Abang Faliq, mana kunci kereta?"
Faliq pandang Raffael.Raffael seperti memberi isyarat pada Faliq.
"Saff, sebenarnya abang tak dapat nak hantar Saff.Ada emergency kat hospital.Abang kena balik hospital sekarang jugak."
"Hah? Habis, Saff nak naik apa?!"
"Naik kereta I." Raffael dah tersengih.
"Takpe, saya naik teksi." Tolak Saffra.
"Saff...Jangan degil." Faliq dah tenung Saffra tanda memberi amaran.Disebabkan Faliq tu dah dianggap sebagai abangnya sendiri, Saffra mengalah.
Nak tak nak, dia harus ikut.Dia melangkahkan kakinya masuk ke dalam kereta milik Raffael yang diparkir belakang kereta Faliq.
"Tuan Raffael dah tak cemburu, kan?"
"Tak.Thanks sebab bawak I jumpa dia." Senyum Raffael.Dia menoleh sekilas pada Saffra di sebelahnya.
Dia dah langgar pantang larangnya sendiri untuk tidak berdua dengan Raffael.Semua ini kerana Faliq yang paksanya balik ofis dengan Raffael.
"Tuan Raffael bincang apa dengan Abang Faliq?" Saffra dah tak sabar nak tahu.Siapa suruh menghilang ke tandas? Kan dah ketinggalan.
"Pasal..." Tiba-tiba Saffra rasa malu pula nak sebut perkataan 'kita'.Nanti Raffael kata dia perasan sendiri pula.
"Kita?" Raffael tersenyum."I cakap yang I suka you."
Saffra terlopong.Cara Raffael bercakap seolah-olah perkara itu hal kecil.Senang saja dia mengaku.
"Dan I mintak kebenaran dia untuk berkawan rapat dengan you.Supaya I boleh kenal bakal isteri I." Sekali lagi kenyataan yang mengejutkan.Bakal isteri?
"Ta...Tapi, kita tak pernah bercinta pun."
"Itu tak penting.Yang penting, kita kena dahulukan yang wajib, iaitu kahwin."
Saffra rasa dadanya bagai nak pecah.Baginya, semua ini berlaku terlalu pantas.Belum apa-apa dah nak kahwin! Oh, tidakk!
"Tuan Raffael jangan macam-macam...Tuan Raffael ingat, ni perkara kecik ke?"
"Yes, I tahu.But I'm really serius about us.I bukan nak ajak you main kahwin-kahwin pondok.I betul-betul nak jadikan you isteri I."
Saffra rasa seperti sudah berada di awang-awangan.Memang di luar jangkaan dia yang Raffael dah jatuh cinta padanya.Macam tak percaya pun ada.Tapi kalau namanya sudah tertulis buat Raffael, siapa yang boleh menidakkan?
Share this novel