"Saff!" Teruja Limah sebaik saja nampak Saffra melangkah masuk ke pejabat pagi itu.
Nasib tak terbalik Saffra dekat situ dek kena terkam dengan Limah.
"Lamanya kau cuti.Kitorang rindu gila nak melepak dengan kau tau!" Beria-ria Limah memberitahu.
"Ha'ah, rasa sunyi je ofis ni masa kau takde.Bosan!" Tokok Jenab.
"Wallaaa! Welcome back, Mrs Raffael!" Sambut Zaim ceria sambil kedua-dua belah tangannya dibuka luas menyambut kedatangan Saffra.
Mrs Raffael? Saffra rasa nak tergelak.
"Korang tengah bersembang pasal apa ni?" Rafiq turut serta.
"Takde apa pun.Limah ni hah...Baru tak jumpa aku dua minggu, dah rindu setengah mati!" Saffra ketawa halus.
"Eleh...Padahal aku tengok elok aje hari-hari duk membawang dekat gerai Pak Somad tu.Nasib aje Pak Somad tu dah kahwin.Kalau tak, ada jugak dia usyar si Limah ni hah." Jelas Zaim tanpa dipinta.
Tersembur gelak Saffra mendengar cerita Zaim.
"Hish! Merepek aje kau ni.Pak Somad tu dah tualah! Boleh jadi atuk aku tahu tak?!"
"Kau tak payah dengar cakap si Zaim ni, Saff.Memandai dia aje buat cerita." Rafiq membela Limah.
"Entah." Sokong Jenab.Sempat lagi dia tunjuk penumbuknya yang tak berapa nak besar itu pada Zaim.
"Dah, dah...Tak payah nak gaduh.Ni, aku ada hadiah untuk korang."
"Dari tadi lagi aku nak tanya.Apa tu?" Zaim muncungkan bibir pada plastik besar yang berada di tangan Saffra.
"Sisa kenduri kahwin aku hari tu.Banyak lebih.Daripada membazir, baik aku bagi korang.Nah..." Saffra mengagihkan beg kertas yang berwarna merah hati itu kepada mereka berempat.
Selebihnya, akan dibahagikan kepada staf-staf yang lain.
"Laa...aku ingatkan hadiah apa tadi." Zaim langsung tak tunjuk wajah terujanya.
"Kalau kau tak nak, bak sini balik!" Minta Saffra, tapak tangan ditadahkan.
"Orang dah bagi tu, cakaplah terima kasih.Bukan komplen!" Marah Limah, seraya itu dia menghempuk kepala Zaim dengan beg kertas di tangannya.
Langsung tak reti nak bersyukur!
"Aduh! Sakitlah mak cik! Suka hati je nak hempuk kepala orang."
Durra hanya geleng kepala melihat kerenah mereka berdua.Ada jugak yang kena kahwin nanti.
"Thanks, Saff.Bolehlah aku mengunyah sambil-sambil buat kerja.Buat hilang mengantuk.Bertimbun kerja sekarang ni."
"Yalah, Saff...Kau bagitahulah laki kau tu, jangan bagi kitorang tugas banyak sangat.Aku nak keluar dating dengan tunang aku pun tak sempat." Adu Zaim.
"Kalau kau berani, pergilah bagitahu dia sendiri."
"Selamat pagi."
"Selamat pagi, bos!" Jawab Limah, Jenab, Rafiq dan Zaim serentak dengan badan ditegakkan
"Korang takde kerja ke? Asyik buka kelab bual aje." Raffael merenung mereka bertiga yang dah tertunduk memandang karpet.
Erkk! Garangnya! Baru masuk ofis lepas cuti kahwin pun, perangai tetap sama seperti bujang dulu.Dekat kampung hari tu elok aje dia melayan staf-stafnya.
"A...ada bos!" Jawab Zaim sambil tersengih sebelum mereka berlari ke tempat masing-masing.
"Isy! Garang sangatlah abang ni.Kesian diorang tau."
Raffael senyum."Abang saja je nak test diorang."
"Okeylah, saya nak buat kerja dulu." Baru Saffra nak buka langkah, Raffael terlebih dahulu mencapai tangannya.
"Sayang...Hari ni abang balik ofis lambat sikit.Ada meeting dekat luar." Suaranya berubah tona serta-merta.
"Belum apa-apa dah kena pergi meeting?"
"Hmm...kerja.Nak buat macam mana?" Tiba-tiba Raffael tersengih lebar."Aik, dah tak boleh nak berpisah dengan abang ke?" Pagi-pagi Raffael dah mengusik Saffra.
"Mana ada." Tingkah Saffra yang cuba nak tutup malu.
Gila nak mengaku! Nanti tak pasal-pasal jadi bahan gelak Raffael.
"Kalau macam tu, saya tunggu abang dekat ofis ajelah.Saya pun banyak benda nak kena siapkan."
"Okey."
Sebelum pergi, Raffael menghulurkan tangannya kepada Saffra.Saffra pandang dengan dahi berkerut.
"Cium."
Hah?! Cium? Bulat mata Saffra memandang Raffael.
"Abang jangan buat hal kat sini boleh tak? Banyak mata-mata yang memandang." Saffra menoleh pada staf-staf di situ.
"Haa, tengok tu! Mesti saya jadi bahan usik diorang nanti." Raffael menoleh pada arah yang ditunjukkan Saffra.
Di satu penjuru, dia nampak sebahagian kepala Zaim yang tengah sibuk terhendap-hendap di sebalik meja kubikel.Bila Raffael toleh, terus dia sorok kepala.Nak jadi paparazi kononnya!
"Biarlah kalau diorang nak pandang pun.Kita kan dah jadi suami isteri."
Ni yang Saffra tak suka ni.Suka sangat Raffael mintak yang bukan-bukan.Tak kena tempat pulak tu! Nanti orang cakap nak menunjuk pulak.
"Sayang...Cium tangan suami pun dapat pahala tau." Raffael dah senyum panjang.
Iskk! Saffra mendengus kasar.Tak habis-habis dengan ugutan dia tu.
Terus Saffra capai tangan Raffael sebelum tunduk menciumnya.
"Dah, saya nak buat kerja!"
Raffael tersenyum sambil geleng kepala melihat Saffra yang sedang berjalan ke mejanya.Tak habis-habis dengan sikap malu dia tu.Nak suruh cium tangan pun payah.Bukannya Raffael nak ajak dia bercumbu kat situ.
Tiba waktu makan tengahari, semua staf sibuk mengemas meja untuk turun mencari makan.
"Saff, tak nak belanja kitorang lunch ke?"
"Ha'ahlah, Saff.Laki kau kan banyak duit.Kepok kepak kepok kepak!" Celah Zaim.
"Kepok kepak kepok kepak tu duit dia, bukan duit aku!"
"Duit dia, duit kau jugak.Kau kan dah jadi bini Tuan Raffael.Secara automatiknya, kau ada hak ke atas duit dia."
"Impressive! Sejak bila kau pandai berfalsafah bagai ni? Bercakap macam orang dah kahwin!" Sinis Limah.
Saffra lepas gelak.
"Aku taulah.Kau ingat aku ni cetek sangat ke bab ilmu agama?"
"Bab duit aje kau bijak pandai." Sembur Limah lagi.
"Saff, tengok kawan kau ni.Tak habis-habis nak perli aku."
"Sorry eah, aku tak nak terlibat dalam pergaduhan korang." Saffra angkat tangan tanda tak mahu masuk campur.
"Saff, kau jadi ke nak belanja kitorang?"
"Aku on je.Korang pesan je apa-apa, aku tak kisah."
"Oyeahh! Terbaiklah kau, Saff!"
Dah lima minit mereka duduk di meja, Zaim langsung tak buka mulut.Mukanya monyok saja.
Saffra angkat kening pada Limah sambil tunjuk isyarat mata pada Zaim.Limah angkat bahu tanda tidak tahu apa-apa.
"Dia frust lah tu." Jenab bersuara tiba-tiba.
"Ha?" Saffra tak faham.
"Dia ingat kau nak bawak pergi MCD ke, Subway ke, Marrybrown ke...Haa, macam tu." Terang Jenab sambil menghirup kuah mee celup.
Santapan-santapan lazat yang terbayang dalam kotak fikiran Zaim dah lesap dibawa angin sejak lima minit yang lepas.
Melepaslah dia nak merasa ayam goreng, lamb chop, spaghetti bolognaise, fries...Macam-macam lagilah!
"Tinggi betul selera kau.Duitnya takde!" Tempelak Limah.
"Laa, ni kes frust lah ni?" Saffra rasa nak tergelak.
Tapi bila tengok balik muka Zaim, terus tak jadi.
"Itu lain kalilah.Tunggu aku dapat gaji.Dah lama aku tak makan dekat gerai Mak Timah ni.Rindu dengan bihun celup dia." Pujuk Saffra.
"Gerai Mak Timah pun jadilah.Yang penting, aku dapat makan free." Makanan yang dikuis dari tadi terus disuap masuk ke dalam mulutnya.
"Haa, macam tulah!" Saffra senyum.
Bukannya susah sangat nak pujuk si Zaim ni.Kena gayanya, terus okey!
"Limah?" Risau saffra bila Limah senyap saja dari tadi.
Selalunya bila tengah buat kerja, macam nak dera papan keyboard!
Saffra bangun, tengkuknya dipanjangkan ke meja Limah.Dah agak dah, mesti tengah tidur.
"Limah." Bahunya ditepuk lembut oleh Saffra.
"Hmm..."
"Kau balik jelah.Tidur dekat rumah."
"Kerja kau dah siap ke?"
"Sikit lagi nak siap."
"Takpelah, aku teman kau.Lagipun aku ada kerja jugak nak buat ni."
"Buat kerja ke buat tahi mata?"
"Hehe... Sambil menyelam, sambil minum air.Eh, bos tak kisah ke kau balik lambat?" Limah menggosok matanya bagi menghilangkan sisa kantuk.
"Tak pun.Aku dah bagitahu dia tadi.Tapi aku peliklah, takkan sampai sekarang tak sudah-sudah lagi meeting? Dia ada cakap akan masuk ofis lambat, tapi sekarang dah pukul 7 ni haa...Kau tahu tak dia meeting kat mana?"
"Err...Tak tahu." Laju kepala digeleng.
"Takpelah.Jom pergi surau.Tak lama dah ni nak masuk Maghrib."
Selesai menunaikan kewajipan, Saffra dan Limah terus naik ke ofis.Baru Saffra nak duduk, tiba-tiba lampu terpadam.Sekelip mata semuanya menjadi gelap gelita.
"Aik, takkan elektrik kena potong kut? Limah, kau okey tak tu?"
Senyap.
"Limah, kau kat mana? Janganlah main-main.Tak lucu tau!" Tangan Saffra meraba-raba dalam gelap untuk mendapatkan Limah.
"Limah!"
Saffra rasa tak sedap hati.Dadanya mula berdebar perlahan.Setahu dia, mesti Limah dah menjerit.Sampai pak guard dekat parking bawah tanah pun boleh dengar!
Tapi, ini diam saja.Alamak! Entah-entah dah pengsan terkejut.Limah!
Laju saja tangannya mengagau telefon pintar di dalam beg tangan.Jumpa! Baru nak buka spotlight, semuanya jadi terang benderang semula.Saffra hela nafas lega.
Baru niat nak sambung kerja, hampir terlompat jantung Saffra bila dengar suara orang sedang menyanyi beramai-ramai.Terus dia berpaling.
Hampir kesemua staf di tingkat itu berbaris di depan pintu masuk mengadap Saffra sambil menyanyikan lagu hari jadi buatnya.
Saffra sebak.Terkejut pun ada.Dalam masa yang sama, nak marah pun ya!
Berakhir saja lagu itu dinyanyikan, mereka menghampiri Saffra yang masih berdiri di tempatnya dengan air mata bercucuran.
"Happy birthday, my dear friends!" Ucap Zaim dengan wajah ceria.
Saffra menyapu air matanya dengan jari.
"Janganlah nangis.Tak cantik nanti nak bergambar.Macam zombie." Pujuk Rafiq
"Kau suka tak? Hehe..." Limah dah tersengih.
"Kau ni kan!" Satu cubitan singgah di lengan Limah.
Jarang-jarang Limah kena cubit dengan Saffra.Tapi geram punya pasal, kan dah mendapat!
Limah usap lengan yang sakit."Janganlah marah aku...Ini semua idea si Zaim ni hah."
Pantas Zaim mengelak sebelum kena libas dengan buku.Dah perit asyik kena.
"Korang ni...suka buat aku macam ni!" Marahnya geram.
"Nah Saff...Lap air mata tu." Kak Dina menghulurkan sehelai tisu kepadanya.
"Thanks, Kak Dina." Air mata dilap sebelum meniup lilin di atas kek.
Kesemua staf bersorak dan menepuk tangan untuknya.
"Kitorang ada satu lagi surprise untuk kau." Beritahu Zaim dengan sengihan nakalnya.
"Kau jangan nak kenakan aku macam tadi!" Saffra memberi amaran awal.
"Taraa!!"
"Hai, sayang." Raffael muncul dari belakang Zaim dengan senyuman lebar di wajah.
Tanpa berfikir panjang, Saffra terus melepaskan diri ke dalam pelukan Raffael.
"Abang pergi mana? Lama saya tunggu tau!"
"Abang minta maaf sayang. Sebenarnya abang dah berpakat dengan staf nak buat surprise birthday party untuk sayang."
Durra dongak pandang Raffael.
"Jadi, semua ni abang yang rancang?"
Raffael angguk kepala.
"Tak patutlah abang ni! Dah lah biarkan saya seorang-seorang dalam gelap!" Marahnya.
"Itu sayang kena marah, Zaim.Sebab dia yang bagi idea tu.Abang tak tahu apa-apa." Raffael angkat tangan tanda menyerah.
"Yalah tu!"
"Panjang muncung.Abang kiss bibir tu kang."
"Abang!" Tak pasal-pasal wajah Saffra dah merah.Ramai pula tu wajah yang tengah memandang.
Satu pukulan manja singgah di dada, Raffael.
"Aduh! Sakitlah sayang oi!"
"Gatal lagi!"
"Okey, okey...Abang mintak maaf.Ni, abang ada hadiah untuk sayang." Pujuk, Raffael.
"Teddy bear?"
"Macam tak suka je."
"Kalau kau tak nak, bagi aku.Boleh aku kasi kat Munirah."
"Sukalah! Thanks abang." Saffra dah boleh senyum.
Office yang tadi senyap sunyi terus menjadi riuh dengan sambutan hari jadi Saffra.
Di atas meja, berderet dengan berbagai jenis makanan.Antaranya Pizza Hut, ayam goreng KFC , kek dan pelbagai lagi jenis pencuci mulut.
Saffra dan Raffael masing-masing mengambil sepotong kek dan pizza.
"Abang, terima kasih tau sebab buat semua ni untuk saya.Tak sangka abang ingat."
"Mestilah abang ingat.Isteri abang seorang ni je tau.Sayang, buka mulut.Aaa..."
"Tak naklah.Saya boleh suap sendirilah."
"Alah sayang, bukalah mulut.Bukan selalu abang suap orang.Sayang kira beruntung tau." Pancing, Raffael.
"Kau tengok tu." Limah siku lengan, Jenab.
"Halah, halah... Romantiknya lahai Tuan Raffael nj...Aku pun nak jugak." Jenab tongkat dagu sambil perhatikan Raffael dan Saffra.
"Sini aku suap." Zaim dah potong kek dalam piringnya.
"Kau suap buat apa? Baik aku makan sendiri." Cemuh, Jenab.
Limah tahan gelak.
"Weh, kau jangan cepat sangat terpedaya dengan bos tu.Dengan bini dia bolehlah jadi kucing manja, kalau dengan kita...tok singa!"
"Hish! Suka hati je cakap bos singa.Dengkilah tu." Marah, Limah.
"Pewwittt!" Tiba-tiba Zaim bersiul, gaya macam playboy!
Raffael yang sedang mengelap bibir Durra terus terhenti.Kacau line betul si Zaim ni! Pantang tengok orang senang sikit.
"Bos... janganlah tunjuk kat sini.Ramai lagi yang single-mingle ni.Kang ada yang broken pulak." Zaim jeling ke arah, Jenab.
Jenab rasa nak aje bagi penampar dekat Zaim.
Raffael ketawa halus."Okey... nanti saya sambung dekat rumah."
"Aipp, bos... Lain macam aje bunyinya.Nak buat apa?" Zaim main angkat kening sambil tersengih nakal.
"Zaim, kau jangan cakap yang bukan-bukan!" Saffra dah beri amaran.
Geram sungguh dengan, Zaim.Macam dah tak ada topik lain nak cakap.Raffael pula melayan!
"Takpe, nanti kita sambung."
"Abang!" Saffra mencerun tajam pada Raffael.
Raffael ketawa."Abang main-main jelah.Dah, jom makan."
"Saff...suami kau dah tak sabar tu nak balik rumah." Zaim masih tak jemu nak mengusik, Saffra.
Saffra hanya mampu bersabar.Tangannya dah gatal nak pukul, Zaim.Tapi dia berterima kasih pada Limah dan Jenab sebab tolong balas dendam bagi pihaknya.
Muahahaha! Durra gelak jahat bila tengok Zaim kena cubit dengan Limah dan Jenab sebab mengacaunya.Puas hati dia!
Walaupun macam-macam perasaan bercampur malam tu, tapi Durra bahagia sangat-sangat sebab dapat berada dekat dengan orang-orang yang dia sayang.Entah sampai bila semua ini akan berkekalan.Suatu hari nanti, mesti mereka akan berpisah jugak. Huwaaa!
Share this novel