"Saff, kau tak nak pergi kerja ke?" Jenah sudah bersiap untuk bertolak ke tempat kerjanya di butik pengantin.
Semasa mengatur langkah ke muka pintu, Jenah geleng kepala melihat Saffra yang sudah terbaring kaku di atas sofa.'Sempat lagi dia sambung buat taik mata kat sini pulak.'
"Saff, dah pukul 7:30 ni...Nanti lambat, kau membebel kat aku pulak.Cakap aku tak kejutkan kau." Jenah menepuk lembut paha Saffra.
Saffra masih tidak mahu membuka mata.Makin nyenyak pula dia tidur.'Aihh minah ni.Dia ingat aku tengah ulit dia tidur agaknya.'
Ini sudah tidak boleh dibiarkan.Kalau dengan cara lembut tak berkesan, apa kata guna cara kasar sikit.Tak salah pun, kan?Untuk kebaikan kawan dia juga.
Jenah perlahan-lahan mendekati kepala Saffra yang sedang terlentang atas kerusi sofa tanpa beralas dengan bantal.Bibirnya dah senyum jahat.
"Saffra!!!" Pekik Jenah di telinganya.Bergegar anak tekak.Entah-entah jiran yang keluar nak pergi kerja pun terkejut beruk dengar suara dia.Tapi harap-haraplah diorang tak dengar.
Sepantas kilat Saffra bangun.Matanya terus cerah.Bersinar-sinar!
Dia lihat Jenah yang sudah tergolek-golek atas lantai sambil gelak sakan.
"Weii Jenah! Kau nak aku pekak ke?!" Saffra menggosok telinganya yang berdesing.
"Boleh pulak kau gelak.Aku tengah marah sekarang ni tahu tak?!" Saffra serius.
"Padanlah muka kau.Dah banyak kali aku gerak, tapi kau tak jugak bangun-bangun.Tapi kan, bagus jugak cara ni.Kenapalah aku tak terfikir dari dulu lagi?" Ujar Jenah yang masih ketawa.
Saffra ni memang banyak tabiat peliknya.Lepas dah elok mandi, solat subuh dan bersiap bagai, dengan ringan tulangnya dia kembali merebahkan badan di atas kerusi sofa di ruang tamu.Memang begitulah setiap pagi.Jenah yang juga rakan serumahnya itu pun dah mati kutu.Tak tahu nak guna cara apa supaya hilang perangainya yang satu itu.
Saffra melihat stok makanan yang selalu disimpan dalam beg tangannya sudah habis.Seperti satu kewajipan, mesti dia akan bawa sepaket biskut di dalam beg tangan sebagai persiapan kalau-kalau dia tidak sempat bersarapan di rumah.
Tapi mujur pagi itu dia sudah menjamah beberapa keping roti bakar dan milo panas.Jadi tak adalah istilah dia skip sarapan.
"Saff, baru sampai?" tegur Rafiq sewaktu Saffra berjalan ke mejanya.
"Macamlah kau tak kenal dia.Hari-hari pun memang selalu macam ni," sampuk Zaim.
"Kau diam! Dia tak tanya kau.So, jangan sibuk nak menyampuk." Saffra memberi amaran tegas.Dia dah selalu sangat berlawan mulut dengan Zaim.Pantang jumpa, pasti nak bercakar!
"Weii...Sudahlah tu! Pagi-pagi dah nak bergaduh ke? Tunggulah siang sikit." Limah Halimunan dah muncul.Masa Saffra tiba tadi Limah tak ada di tempatnya.Mesti dia guna kuasa halimunannya.
"Kawan kaulah ni! Menyibuk aje kerja."
"Kawan aku, kawan kau jugak." Jenah memulang paku buah keras.
Rafiq dan Zaim sudah menahan gelak.Mulut ditekup.Tidak mahu mengganggu orang lain yang sedang bekerja di pagi hari dengan bunyi bising yang mereka timbulkan.
Sambil menarik kerusi, sempat lagi Saffra menunjukkan dua jarinya dan dihala dari matanya ke mata Zaim dan Rafiq.Sebagai tanda memberi peringatan yang mereka sentiasa diperhatikan olehnya.
Setiap kumpulan perlu membentangkan kertas kerja.Perkara itu adalah salah satu tugasan penting mereka.Setiap bulan ada saja yang perlu dibentangkan.
Di Bahagian Pengurusan Projek, Saffra adalah ketua kumpulan bagi tiga lagi ahlinya iaitu Rafiq, Zaim dan Limah.
Jadi tiada masalahlah kalau mereka diberikan tugasan berkumpulan pun, sebab diorang memang sudah kenal satu sama lain dan berkawan rapat sejak mula-mula masuk ke bangunan itu lagi.Kalau bergaduh sekalipun, tak jadi masalah.
"Eh korang, kerja semua macam mana? Okey tak?"
"Aku tengah siapkan lukisan skematik sebab nak kena hantar kat Unit KUB nanti." Rafiq menyahut sambil terbongkok-bongkok di mejanya sebab nak menyiapkan lukisan itu setelah mendapat kelulusan projek baru.
"Aku pulak nak kena semak ubahsuai dan pembangunan projek tu."
Saffra mendengar sambil terangguk-angguk.Tapi macam ada yang tak kena.Seorang lagi pergi mana? Senyap saja.Tak ada respon.
"Zaim? Bahagian kau dah siap ke?"
Diam.
Rafiq dan Limah malas masuk campur.Banyak lagi tugas yang perlu disiapkan untuk dibentangkan pada minggu hadapan.Projek yang mereka dapat kali ni agak besar.Jadi tanggungjawab pun makin besarlah.
Sekarang sudah hampir hujung bulan.Dan minggu depan adalah minggu terakhir.Jadi setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja masing-masing mengikut tugas yang sudah dibahagikan dalam kumpulan.
"Zaim, aku tanya ni! Takkan kena marah tadi dah merajuk tak nak bercakap dengan aku?" Saffra sudah naik geram bila Zaim sepi tanpa jawapan.
Masih tiada respon.
Saffra menolak kasar kerusinya ke belakang.Kakinya laju dihayun ke tempat Zaim.
Buntang mata Saffra bila tengok kepala Zaim sudah terlentok elok atas meja.Siap ada dengkuran lagi.Lena benar dia tidur.Mungkin dah sampai angaksa, berjumpa dengan Datuk Sheikh Muzaphar.
'Patutlah senyap macam tikus! Tidur rupanya!'
Dengan rasa geram yang menebal dalam dada, dan tanpa pedulikan orang lain, dengan selambanya Saffra menepuk kuat meja Zaim.Pakk!!! Unit yang tika itu agak sunyi berdentum dengan bunyinya.
Dek kerana terkejut, semua pekerja di tingkat itu memandangnya tak puas hati.Ada staf lain yang curi-curi tidur tanpa pengetahuan Saffra juga terus bangkit.Makin bersemangat nak buat kerja! Seperti mendapat azam baru!
Mungkin masa tidur itu sebenarnya mereka gunakan untuk mencari ilham bagi menyiapkan kerja masing-masing.Al maklumlah, hari pembentangan dah makin dekat.
"Terima kasih cikgu!" Dalam keadaan yang separuh sedar, Zaim pantas berdiri seperti pelajar yang ingin menyanyikan lagu Negaraku.
Muahahaha...! Meletus ketawa Saffra sambil memegang perutnya yang sakit akibat terlalu kuat gelakkan si Zaim.
Semua pekerja di unit itu juga sudah tidak dapat nak menahan diri.Habis semua tersembur gelak.Ada sampai yang dah berair mata.
"Woii Zaim! Ini ofislah...Bukan sekolah." Jenah dah hampir nak tergolek atas lantai sambil guling-guling.Riak wajah Zaim tika itu memang tak boleh blah!
"Lain kali tidurlah lagi di siang hari.Orang suruh buat kerja, dia buat taik mata!" sambung Saffra."Saya minta maaf semua sebab dah ganggu korang buat kerja.Sambunglah kerja balik ya..." Ucap Saffra sambil mengangkat sebelah tangannya.
Hari ini ramai yang pulang lambat.Semuanya sibuk nak menyiapkan kertas kerja berkumpulan yang perlu dibentangkan Isnin nanti.
Sebelum menyambung kerja hingga lewat malam, Saffra dan Limah ke surau untuk menunaikan solat Maghrib dan menunggu waktu Isyak.
"Saff, kau tak mengantuk ke?" Soal Limah sambil menutup mulutnya yang sudah menguap besar.
"Belum lagi.Kalau kau nak balik, kau pergilah dulu.Kesian anak suami kau tunggu kat rumah." Saffra berhenti menaip sebentar untuk membetulkan tulang belakangnya yang sakit akibat terlalu lama duduk menghadap kerja.
"Hehehe...Tahu-tahu aje kau ni.Habis, kau macam mana?" Limah sudah mengemaskan mejanya.
"Aku okey aje.Lagipun, ada lagi orang lain yang tak balik." Saffra melihat meja teman sepejabatnya.Masih ada lagi beberapa buah komputer yang sedang bernyala.Bermakna ada lagi yang tengah buat kerja.
"Okeylah, aku pergi dulu.Jangan balik lambat sangat tau.Kau tu perempuan.Bahaya malam-malam macam ni." Limah sempat memberi peringatan berbaur ugutan.Macam ada maksud tersirat saja.
Tanpa sedar, hari dah makin lewat malam.Saffra melihat keadaan sekeliling.Sunyi.Namun masih ada lagi dua orang staf yang belum pulang dan kedudukan mereka juga agak tidak jauh darinya.
Rasa mengantuk sudah menguasai diri.Mulut ditekup dengan tapak tangan.
"Saffra.........."
Saffra tergamam.Telinganya seperti dapat menangkap bunyi suara seseorang memanggil namanya.Dia cuba mengamati bunyi suara itu.
"Saffra........."
Sah! Dia dengar ada orang menyebut namanya.Tapi di mana tuan empunya suara? Dia pusing kiri, kosong.Pusing kanan, pun kosong.
Saffra sudah mula rasa seram sejuk.Lengannya yang berlapik dengan kain itu digosok-gosok.Tergesa-gesa dia menyusun fail yang berselerak di atas meja.Selepas meja dikemaskan, terus dia mencapai beg tangan yang disimpan di dalam laci.
Arghh!!! Serentak dengan itu, fail yang sudah berada di tangannya diketuk-ketuk pada badan lelaki itu.
"Adeh...Adeh...Sakitlah woii!"
Saffra terus berhenti bila mendengar suara yang dikenalinya itu.
"Zaim? Kau ni kan, memang nak kena dengan akulah! Baik aku bagi pelempang aje tadi!"
"Kuat jugak kau pukul.Rasanya esok aku kena ambil cuti kalau macam ni."
"Padan sangatlah dengan muka kau tu! Nasib baik aku tak pukul dengan kamus aku ni.Nanti tak payah ambil cuti, berhenti terus!" Gurauan Zaim betul-betul tak kena pada waktu dan tempatnya.
Waktu itu, semua suis lampu sudah ditutup, kecuali di tempatnya saja yang masih terpasang.Saffra langsung tidak berasa lucu dengan gurauan Zaim itu, malah buat dia bertambah marah.Boleh pula dia bergurau macam tu.Sudahlah jam dah masuk pukul 11:30 malam.
Share this novel