10

Romance Completed 62210

Staf dah makin ramai mengerumuni di depan pintu ofis tingkat itu.Seperti semut yang menghurung gula.Ada yang dah terjengul-jengul kepala untuk melihat aksi menarik itu.

Setelah mendengar bunyi bising di tingkat tiga belas itu, mereka laju berpusu-pusu datang.Teruja benar untuk melihat apa yang sedang terjadi.

"Korang, berhentilah...Nanti kalau Datuk nampak lagi teruk jadinya.Jangan jadi budak-budak boleh tak?! Tak payahlah sampai nak bergaduh macam ni."

Gina memalingkan wajahnya pada Saffra dengan renungan yang tajam.Rambutnya yang berserabai macam orang tak siuman itu dihiraukan saja.

"Budak-budak tu kau! Tiap-tiap hari kau buat bising kat ofis.Dengar suara kau pun aku dah menyampah! Macam mulut murai, tak boleh diam! Apatah lagi nak tengok muka kau yang tak seberapa ni." Hambur Gina dengan dada yang berombak.

"Gina, bila masa pulak saya buat bising? Saya cakap perlahan-lahan aje tadi.Orang lain tak cakap apa pun.Kenapa awak pula yang nak marah?" Saffra masih cuba berlembut.

"Sebab orang lain tu semuanya pekak! Kalau diorang dengar pun, diorang tak berani nak tegur kau.Manalah tahu nanti diorang pulak yang kena marah balik!"

"Ya Allah Gina, takkan saya nak buat macam tu.Kalau betul saya salah, saya tak kisah pun kalau diorang nak tegur saya.Saya takkan marah diorang."

"Kau tak payah nak tunjuk baiklah.Depan semua orang bolehlah kau cakap macam tu!"

Saffra cuba menarik nafas sebelum dihembus."Gina, apa salah saya kat awak? Saya tak faham kenapa awak benci sangat kat saya.Sejak saya pindah sini lagi saya perasan awak tak suka saya.Apa yang saya dah buat sampai awak layan saya macam ni?" Akhirnya keluar juga soalan itu setelah lama Saffra menyimpannya di dalam hati.

Dia sendiri tidak tahu di mana silapnya hingga Gina sanggup kata begitu kepadanya.Bukan sekali, tapi berkali-kali.
Mesti ada saja dia ingin mencari salah Saffra.

Setiap kali mereka berselisih, Gina pasti akan menghadiahkannya dengan jelingan atau pun buat-buat tidak nampak.Seperti Saffra tidak wujud di situ.

Gina tersenyum sinis."Baru sekarang kau nak tanya? Ingatkan kau tak nak ambil tahu pun kenapa aku benci sangat kat kau.Rupanya ada jugak rasa ingin tahu dalam hati kau."

"Saya pun manusia biasa Gina.Walaupun saya tak pernah tunjuk perasaan saya depan awak, tapi saya juga nak tahu kenapa awak tak suka saya."

"Aku tak suka kau sebab kau dah rampas hak aku!"

"Hak awak? Hak apa?" Saffra bingung.

"Sepatutnya kumpulan aku yang dapat nombor satu, bukan kau! Sejak kau pindah sini, semua jadi huru-hara.Kau dah rampas semua yang aku ada! Kau dah ambil kedudukan aku, lepas tu kau menagih perhatian daripada Datuk pulak! Sebab kau lapar pujian daripada dia, kan? Sampaikan apa yang aku buat pun Datuk dah tak nampak.Kalau kau nak tahu, dulu hanya aku aje yang selalu dapat pujian Datuk.Tapi sekarang, kau dah musnahkan kerjaya aku!"

Gina melepaskan segala yang terpendam di hati.Sudah lama disimpan agaknya, dan sekarang adalah masanya untuk dia meluahkan apa yang dia rasa terhadap Saffra.Sungguh dia berdendam pada gadis itu.

Baru sekarang Saffra dapat jawapannya setelah agak sekian lama dia tertanya-tanya pada diri sendiri.Bila ditanya pada Limah, dia juga tidak tahu sebabnya.

Tidak disangka kalau Gina sanggup membencinya hanya kerana perkara remeh begitu.Sungguh tidak pernah terlintas di benak fikirannya.

"Gina, saya tak minta pun semua tu.Apa yang saya dapat adalah atas hasil kerja keras saya sendiri.Saya takde niat buruk pun nak rampas kedudukan awak atau raih perhatian Datuk."

"Tak payah nak berlakonlah! Kau ingat aku akan percaya bila kau buat muka seposen macam tu?!"

Raffael yang baru mendapat panggilan dari Rafiq tadi terus bergegas pulang ke pejabat.Mujur waktu itu dia baru saja selesai berurusan dengan kliennya.

Berkali-kali dia menekan butang lif sebelum pintunya terbuka.Dia sudah cemas memikirkan perkara yang sedang terjadi.Lagi parah kalau sampai ke telinga Datuk Khalid.

Sampai saja di tingkat tiga belas, Raffael sudah melihat ramai staf yang sedang berkumpul di depan pintu masuk ofis.

Begitu leka sekali mereka menonton drama secara live itu.Sampaikan kehadiran Raffael di belakang pun mereka tak sedar.

"Apa korang buat kat sini?! Pergi buat kerja sekarang!" Lantang suara Raffael mengarahkan staf-stafnya itu.Kecut perut mereka apabila mendengar suaranya yang bergema satu ofis.Kelam-kabut semuanya berlari ke meja masing-masing.

Raffael kemudian berpaling ke arah Saffra, Limah dan Gina yang sedang bertegang urat itu.

"Kau dengar sini, walau apa cara sekalipun, aku akan dapatkan balik hak aku! Kau tak layak dapat semua tu! Sepatutnya aku berada di tempat kau yang sekarang ni kau ambik!"

"Woii Gladiator! Sebenarnya kau yang tak layak! Memang patut pun Saff dapat semua tu sebab kau tu tak reti buat kerja! Tahu nak mengarah dan marah orang aje kerja kau! Cuba kau tengok Saff, hampir setiap malam dia balik lambat sebab nak bereskan kerja.Kau ada?!"

Limah mencelah bagi pihak Saffra.Tak tahan dia dari tadi mendengar makian dan cacian yang dilemparkan Gina kepada sahabatnya itu.Dia juga sakit hati mendengarnya, apatah lagi Saffra sendiri.Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

Setelah puas melihat adegan itu, Raffael yang sejak tadi berdiri di muka pintu melangkah menghampiri mereka bertiga.

"Three of you, my room now!" Itulah ayat yang sering keluar dari mulut Raffael bila pesalah disuruh masuk ke biliknya.Seperti akan dihadapkan ke muka pengadilan, mereka bertiga sudah bersedia.Mereka akan terima apa sahaja hukuman yang akan dijatuhkan.

Raffael bercekak pinggang.Dipandangnya wajah-wajah di hadapannya itu satu-persatu.Namun mereka tidak pula berani untuk menatap wajah tampan Raffael yang sering dipuji-puji itu.Mereka lebih memilih untuk memandang karpet biru gelap yang terhampar di kaki.

Orang pertama yang mencuri perhatiannya adalah Limah.Tudung yang dibelit kemas atas kepala pagi tadi kini sudah senget- benget.Kerongsang yang tersemat cantik di bahagian kanan bahunya juga sudah hilang entah ke mana disebabkan berlaku pergelutan dengan Gina.Baju kurung Pahang yang dipakainya juga sudah berkedut-kedut.Nampak seperti baru habis bertumbuk.

Kini Gina pula yang dipandangnya.Rambut panjang terurai yang sentiasa dijaga seperti mahkotanya itu sudah tidak seperti yang pernah dilihatnya sebelum ini.Jika dulu rambut wanita itu sentiasa disimpul kemas, kini rambutnya sudah menggerbang seperti hantu Kak Limah.

Akhir sekali, matanya tumpah pada Saffra yang berbadan kecil molek itu.Dia meneliti dari atas sampai bawah.Semuanya elok.Baju kurung moden yang tersarung pada tubuhnya itu juga tiada kedut atau renyuk yang menunjukkannya baru lepas bergaduh.

"Kenapa semua diam? Dah bisu? Tadi bukan main lantang lagi suara korang berbalah, sampai kat depan pintu lif pun saya dah boleh dengar." Raffael bersuara setelah puas meneliti seorang demi seorang.

"Limah, you marah pasal apa tadi? I tengok you nak sebelahkan kawan you.Apa yang Gina dah cakap?" Limah tidak menjawab, sebaliknya dia hanya tunduk menekur lantai.

"Gina, you tak puas hati pasal apa? Siapa yang layak dan tak layak? About what?" Dia juga sudah mengunci mulutnya rapat-rapat.Kalau tadi, gegak gempita satu ofis dengan suaranya yang menjerit-jerit itu, kini dia sudah seperti hilang suara.

"And what about you? Do you have anything to tell me?" Saffra juga sependapat dengan Limah dan Gina. Mereka semua memilih untuk mendiamkan diri.Takut pula kalau tersalah jawab, nanti bertelagah pula mereka bertiga di dalam bilik itu.

Raffael bersandar pada kerusi.Tangan dibawa ke dada.

"Baiklah.Kalau korang tak nak cerita, biar saya sendiri yang ambil tindakan disiplin atas kelakuan kamu semua tadi.Korang akan digantung kerja."

Serentak itu mereka bertiga terus mendongak kepala memandang Raffael sedang duduk dengan wajahnya yang tenang.Tiada pula riak marah terpamer pada wajahnya yang tampan itu.

"Di...Digantung kerja?" Saffra akhirnya bersuara.

"Ya, kenapa? Ada masalah?"

"Ta...Tapi tuan.Hukuman tu berat sangat.Tak boleh ke tuan ringankan sikit? Nanti macam mana kitorang nak buat kerja pasal projek Tan Sri Yusoff tu, kalau kitorang kena gantung kerja?" Takut-takut Saffra menjawab untuk membantah tindakan Raffael itu.Dia tidak mahu prestasinya jatuh sekali gus mencemarkan nama baiknya sebagai pekerja terbaik di situ.

"Boleh pulak you fikir pasal projek tu sekarang.Habis, sebelum korang buat masalah tadi, ada korang fikir apa akibatnya? Ada terlintas di otak korang apa yang akan terjadi pada kompeni kalau simpan pekerja bermasalah macam korang semua ni? Ada?!" Suara Raffael sedikit tinggi.Terketar-ketar tubuh mereka bertiga.

Itu baru tahap minumum kemarahannya, belum mencapai tahap maksimum lagi.Kalau dah sampai ke puncaknya, entah apalah yang akan terjadi.Memang tak boleh dibayangkan!

Raffael tarik nafas panjang."Okey, kali ni saya bagi peluang pada korang bertiga.Saya akan ringankan hukuman seperti yang dia mintak.Bekerja sebulan tanpa gaji.Is that okay for all of you?"

Terlopong terus mulut mereka bertiga.Macam tak ada beza saja dengan hukuman tadi.Lagi berat adalah.Gaji pula bukannya dua tiga ratus, tapi ribu-ribu.

Kalau tak dapat gaji untuk sebulan, nak beli makan macam mana? Lepas tu, nak bagi anak dan suami makan apa? Bukan setakat beli makan aje, dengan barang dapur lagi.Itu pun belum termasuk bil-bil elektrik.Memang mati keringlah jawabnya.

"Tuan, kalau kitorang tak dapat gaji macam mana kitorang nak beli itu ini? Tuan tak kesian ke kat kitorang."

"Saya buat macam ni adalah sebagai pengajaran supaya korang bertiga jangan berani buat masalah lagi kat ofis! Korang ni memang tak serik-serik kan?"

"Tapi sekurang-kurangnya tuan kesian lah kat Limah.Dia kan ada keluarga nak kena tanggung? Lagipun gaji suami dia aje mana cukup." Saffra masih cuba meraih simpati Raffael untuk diringankan lagi hukuman mereka.Pandai pula dia guna nama Limah sebagai alasan.

Bila difikir balik, ada betul juga apa yang Saffra cakap.Raffael pun tak lah sekejam itu sanggup tengok pekerjanya dalam kesusahan."Disebabkan you pandai pujuk I, fine.I takkan kenakan apa-apa hukuman pada korang bertiga."

Belum sempat nak bersorak, dah kena beri amaran keras.

"But remember, ini last warning daripada saya.Kalau korang semua ulang lagi perkara yang sama, saya takkan teragak-agak untuk pecat korang.Faham?!"

"Faham tuan!" Hampir serentak suara mereka bertiga keluar.Macam tentera tengah berkawad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience