16

Romance Completed 62210

"Dah hilang ke?"

"Apa yang hilang?!" Tinggi suara Saffra bila dia baru saja sedar yang dirinya dah dimandikan di situ.

"Jin dalam badan youlah.Bukan tadi you kena sampuk ke?"

Saffra dah berdiri depan Raffael.Tajam saja renungan Saffra ke dalam anak mata Raffael.Setajam mata jarum.Boleh menusuk hingga ke dalam!

Gementar tubuh Raffael dek kerana renungan itu.Adakah jin itu masih belum hilang? Berkali-kali dia membaca doa dalam hati.

"Tuan tengok, habis basah pakaian saya! Siapa yang suruh tuan simbah air kat saya, hah?" Lenting Saffra.

"Sebab tadi you..."

"Ee...Bila masa pulak saya kena sampuk? Tuan jangan memandai boleh tak? Tuan ingat tuan tu ustaz ke? Boleh nampak."

"I tak nampak tapi I boleh rasa.Lagipunz tak semestinya orang alim macam tu aje yang boleh nampak.Ada je orang biasa yang diberi kelebihan olehNya untuk nampak perkara-perkara ghaib ni." Raffael memulakan sesi tazkirahnya.

Seram sejuk Saffra yang mendengar.Bijak pandai dia pula cakap macam tu.Sengaja nak buat Saffra takut ke apa? Sudahlah pakaiannya dah basah, rasa nak terkucil saja di situ.Kalau dia tak kenal apa itu erti malu seperti kucing, dah lama terlepas gamaknya!

"Yang kena sampuk tu tuan! Setan apa yang dah masuk dalam badan tuan, hah? Tak memasal saya pulak yang kena mandi."

Raffael tergelak melihat keadaan Saffra tika itu."Alah, itu baru air paip biasa.Kalau diikutkan hati I ni, nak aje I curah kopi atas kepala you tadi."

Saffra gigit gigi kuat-kuat.Nasiblah kalau patah, tak ada gigi macam orang tua.Kalau lelaki tengok pun lintang pukang lari.

"Hati keringlah tuan ni!"

"At least...You dah kembali normal, kan?Bukan macam tadi, terpekik-pekik macam orang kena histeria.Hmm...Pandai jugak I ubatkan orang." Raffael pegang dagu.

"Terasa nak tukar bidang ke? Baguslah, saya sokong sangat-sangat.Nanti bolehlah tuan ubatkan diri tuan tu sekali, ya?"

Tercengang Raffael sekejap.

Puas hati Saffra dapat balas balik perbuatan Raffael kepadanya.Walaupun bukan secara fizikal, tapi secara mental.Dia dah terbahak-bahak ketawa.Raffael yang masih kaku di situ ditinggalkan.Segera dia mengambil beg tangannya dan berjalan ke lif.

Jenah meletakkan satu mug milo panas di depan Saffra.

"Kau balik pukul berapa semalam? Aku duk tengok tv sampai pukul sebelas pun kau tak balik-balik lagi." Jenah dah duduk depan Saffra.

"Dalam pukul dua lebih..." jawabnya lemah.

"Yang kau masih berbalut dalam selimut ni kenapa? Dah macam hantu bungkus rupanya.Tak pergi kerja ke?" Jenah mencelup biskut kering segi empat ke dalam milonya.

"Aku rasa macam nak demamlah..." Saffra tiba-tiba terbersin.

"Jomlah aku bawa kau pergi klinik.Dah teruk aku tengok kau ni.Dah tak macam rupa orang." Jenah segera menghabiskan sarapannya.

Pagi itu Saffra dah siap-siap pakai baju kurung untuk ke ofis.Tapi tiba-tiba pula badannya terasa panas.

Selimut tebal itu diheret ke bilik.Rambutnya yang berserabai dirapikan dengan sikat rambut.Dia hanya mengenakan tudung ready-to-go saja di kepalanya.Moodnya untuk membelit shawl seperti selalu hilang.

"Mana Saff ni? Dah pukul sepuluh, takkan tak datang kerja lagi?" Limah tak senang duduk.Sekejap-sekejap kepalanya menoleh ke pintu masuk.

"Dia tak datang, kau pulak yang cemas.Dah kenapa? Macamlah bos nak marah kau." Ujar Zaim sambil tangannya menulis laporan kerja.Tenang saja dia waktu itu.

"Bukan aku, tapi Saff!"

"Haih...Cuba cakap biar jelas.Jangan separuh-separuh.Kalau macam ni, bilanya aku nak paham?!" Zaim dah bersandar pada kerusi sambil tangan diletakkan di belakang kepala.

"Kalau Saff tak datang kerja, macam mana dia nak hantar report? Tuan Raffael kan nak hari ni!"

Terus terbangun Zaim.

"Habis, macam mana ni?!" Haila...Dia pula yang terover.Tadi bukan main tenang saja.Sekarang dah macam taufan nak melanda negara.

"Kau tanya aku buat apa? Gunalah otak kau tu!"

"Kau tak call dia ke? Mesej? Whatsapp? DM? PM?"

"Semua dah.Tapi tak jalan.Kalau Tuan Raffael tanya, aku nak jawab apa?"

"Jawab ajelah kau tak tahu." Mudah benar jawapan Zaim.Kalau dalam exam lah jawab macam ni, maknanya dapat telur ayamlah.Kosong!

"Wah! Senang jawapan kau.Kalau macam tu, kau ajelah yang cakap dengan Tuan Raffael."

"Eh, tak nak aku!"

"Tahu pun takut.Lain kali bagilah jawapan yang cerdik sikit kalau tak pintar pun!" templak Limah.

"Dah itu yang betul.Nak cakap apa lagi? Kita memang tak tahukan dia pergi mana? Kenapa tak datang kerja?"

Limah diam sejenak.Otaknya cuba untuk berfungsi.Ada betul juga apa yang Zaim cakap.Manalah dia tahu Saffra hilang ke mana.Langsung tiada khabar berita.

Telefon Limah menerima satu text pesanan ringkas.

Saffra:Limah, kau tolong hantar report aku kat bos boleh? Aku simpan dalam laci.

Limah:Saff, kau pergi mana? Kenapa tak angkat call aku? Kau okey tak?

Saffra:Aku MC sebab badan tak berapa sihat.Esok aku masuk kerja.

Limah:Okey, nanti aku hantar kat bos.Jaga diri.

Saffra:Sayang kau! :-)

"Hai Limah...Sempat lagi berchating-chating dengan encik suami.Hari-hari jumpa pun rindu jugak ke?" Sinis kedengaran Zaim bertanya.

"Orang sebelah sana jeles ke?"

"Puih! Buang masa nak jeles.Kalau ya pun tengah angau dengan suami sendiri, tunggu balik rumahlah woii!"

"Aku bukan chat dengan laki akulah!"

"Kalau bukan laki kau, siapa? Jangan-jangan...kau main kayu tiga tak?"

"Gila ke kau aku nak buat macam tu?! Agak-agaklah.Aku jenis yang setia okey? Bukan macam kau, satu girlfiend pun takde!" Sembur Limah.

"Main kasar nampak."

"Dah lah, malas aku layan kau! Aku nak hantar report kat bos."

"Report apa?"

"Saff punya.Dia MC hari ni."

Limah menghampiri meja Saffra.Laci yang menyimpan tugasan penting itu dibuka.Dia kemudian mengatur langkah ke bilik Raffael.

"Limah, ada apa?" Raffael masih tekun menulis sesuatu di meja.

Limah meletakkan report yang diminta Raffael atas mejanya.

"Ini report yang Tuan Raffael suruh Saffra hantar."

Raffael angkat kepala."Kenapa dia tak bagi sendiri kat I?"

"Dia tak sihat.Tapi esok dah boleh masuk kerja." Sopan Limah berbicara.

"Okey, terima kasih." Segera Limah keluar dari bilik Raffael.Takut pula bila berdepan secara dua muka dengannya.Macamlah muka Raffael tu ada tak cukup bahagian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience