Tak sabar Saffra nak berjumpa dengan Firas.Malam tu dia hanya mengenakan blouse dengan palazo dan dicalit sedikit make up.Kotak hadiah yang sudah dibalut dengan pembalut hadiah diambil.
"Weh, Jenah.Kau betul-betul nak pikat abang angkat aku ke?" soal Saffra bila Jenah dah turun.
"Kenapa? Cantik sangat ke aku malam ni?" Sempat lagi Jenah puji diri sendiri.
"Memang pun.Mengalahkan janda anak lima!" Saffra gelak besar.
"Amboi...Mulut!"
"Kau dah siap ke ni? Jomlah.Takut lambat pulak." Saffra dah bangun.Dia segera menghidupkan enjin kereta Airiznya.
"Jangan lupa kunci pintu!" laung Saffra dari dalam kereta.
"Ya...Aku tahulah!"
Jenah tergesa-gesa mengunci pintu rumah sebelum masuk ke dalam kereta.
"Kau bawak tak hadiah?"
"Bawak lah weii...Takkan aku nak pergi melenggang dengan tangan kosong aje? Tapi kan, aku takutlah..." Jenah pandang Saffra yang sedang memandu.
"Kau nak takut apa? Aku kan ada.Lagipun cousin aku sendiri yang suruh ajak kau." Pujuk Saffra cuba menghilangkan keresahan Jenah.
"Betul ni?" tanya Jenah lagi.
"Betul...Tapi kan, sebelum tu aku ada satu tips untuk kau."
"Tips? Untuk apa?"
"Untuk pikat cousin aku..." Saffra senyum sambil menjeling Jenah.
"Kau gila ke?! Apa pulak aku yang kena pikat dia?" Suara Jenah sedikit menjerit.Tiba-tiba saja idea gila Saffra muncul.
"Weh Jenah, sampai bila kau nak tunggu laki datang kat kau? Kau ingat, diorang boleh jatuh dari langit ke?"
"Aku peduli apa jatuh dari bulan sekalipun."
"Adoi...Kau ni." Saffra geleng kepala."Zaman sekarang, bukan timba yang cari perigi, tapi perigi yang cari timba tahu tak?"
"Tapi sekarang ni, bukan pasal perigi cari yang timba, jni cari masalah namanya!" sembur Jenah.
"Apasal pulak?"
"Kau dia reject, tak ke malu aku? Mana nak taruh muka? Jawabnya, seumur hidup lah aku duk teringat peristiwa hitam tu."
"Belum apa-apa dah mengalah.Cubalah dulu.Don't worry, Saff here." Saffra tepuk bahu sendiri.
"Haa, nilah yang aku risau.Kau tu bukannya betul sangat.Nanti makin teruk pulak jadinya."
"Helo...Aku ni ada ciri-ciri sebagai ejen cari jodoh tau."
"Ceh, ejen cari jodoh konon.Jodoh sendiri pun tak sampai-sampai." templak Jenah.
"Eh, kita dah nak sampai ni.Depan tu je rumah dia." Nak mengelak lah tu.
"Abang Faliq!" Panggil Saffra teruja sebaik masuk ke halaman rumah.
"Haa! Sampai jugak Saff.Ingatkan dah sesat."
"Eleh, nak perli lah tu.Walaupun dah lama Saff tak datang sini, tapi ingatan Saff masih kuat lah." balas Saffra.
"Sebelum tu, kenalkan.Ni kawan Saff, Jenah.Dan Jenah...Ni Faliq." Sempat lagi Saffra nak mengusik Jenah.
"Hai Jenah." Sapa Faliq dengan senyuman.Nak rebah Jenah dibuatnya.Manis sungguh senyuman lelaki itu.
"Aduh! Saff lupa nak cakap.Nama sebenar dia Jannah.Saff sorang je yang panggil dia Jenah.Abang Faliq jangan panggil Jenah pulak."
"Kenapa Saff tak cakap awal-awal?!" Faliq cuba kawal malu."Saya mintak maaf eah? Saya tak tahu nama awak Jannah."
"Takpe...Saya tak marah pun." sengih Jenah.
"Alo lo...Sweetnya." bisik Saffra pada Jenah.Jenah dah sorok muka belakang Saffra.
"Saff dengan Jannah masuk lah dulu."
"Abang Faliq tak masuk sekali ke? Takkan nak jadi RELA kat luar ni pulak?"
"Abang tunggu kawan.Dah nak sampai tu."
"Kawan? Siapa kawan Abang Faliq tu?" Saffra ingin tahu.
Faliq senyum."Kawan istimewa."
Saffra pandang Jenah.Wajahnya dah bertukar kelat.Dia betul-betul rasa bersalah pada Jenah sebab dah bagi harapan palsu.
"Takpelah Abang Faliq, kitorang masuk dulu." Saffra menarik lengan Jenah.
"Assalamualaikum...Mak long!" Saffra terus menyalami tangan ibu saudaranya.Dah lama dia tak datang menjenguk mak long kesayangannya itu.
"Waalaikumussalam.Saff! Rindunya mak long kat Saff...Kenapa dah lama tak datang sini?"
"Ala...Mak long.Kerja kat ofis tu tak habis-habis tahu tak? Banyak projek masuk.Mana sempatnya Saff nak datang."
"Mak long tahu...Saff tu mana boleh nak berpisah dengan kerja." Saffra sengih."Saff duduk lah dulu.Mak long nak pergi dapur sekejap." Mak long Fiza meminta diri ke dapur.
Saffra duduk di sebelah Jenah.Dia tahu Jenah kecewa sebab Faliq dah ada teman istimewanya.
"Jenah, aku mintak maaf.Aku betul-betul tak tahu yang Abang Faliq tu dah ada girlfriend."
"Bukan salah kau...Dah aku dengan dia memang bukan berjodoh, nak buat macam mana?"
"Tapi...Aku rasa bersalah, sebab aku yang plan nak kenalkan kau kat dia."
Jenah senyum kelat."Tak payah lah nak cakap pasal benda ni lagi.Sekarang, aku nak makan!" Saffra senyum lega.Mujur Jenah tak marah.Kalau tidak, macam mana lah diorang nak tinggal serumah kalau Jenah dah bermasam muka.
Baru Saffra nak bangun, terbuka luas biji matanya memandang lelaki di sebelah Faliq.
"Ini lah kawan yang Faliq cakap tu, bos Saff."
"Ohh...Inilah bos tempat kerja Saff ya.Hensem orangnya." Mak long Fiza pun terpesona melihat raut wajah lelaki itu.
"Tuan Raffael buat apa kat sini?!" Saffra benar-benar terperanjat bila tengok Raffael pun ada bersama.
"Ini lah kawan istemewa abang." Faliq meletak tangannya atas bahu Raffael.
"Kawan istimewa?! Sejak bila Abang Faliq jadi gay pulak ni? Dah takde perempuan ke atas dunia ni? Tuan Raffael jugak yang Abang Faliq berkenan." Cara Saffra bercakap seperti dia tengah cemburu.
"Ada orang cemburu lah..."
"Siapa? Saff tak cemburu pun."
"Eleh...Tak nak mengaku pulak.Takkan abang nak berkawan dengan Tuan Raffael pun tak boleh?"
Seronok lah Raffael tengok Saffra kena bahan dengan Faliq.Lagi-lagi bila Saffra dah tunjuk sikap cemburunya depan dia.
"Saff ada apa-apa ke dengan Raffael?" tanya Mak long Fiza.
"Saya bakal suami dia." ujar Raffael lurus.
"Betul ke apa yang mak long dengar ni? Kenapa Saff tak cakap dah nak kahwin?"
"Mak long, kitorang tak bincang sampai ke situ pun lagi.Tuan Raffael ni je yang memandai."
"Ala mak...Saff ni sebenarnya malu nak mengaku yang dia suka Raffael." tambah Faliq.Saffra laju melibas beg tangannya pada badan Faliq.Rasakan! Dari tadi dia diam saja, tapi makin menjadi-jadi pula.
"Aduh! Sakit lah Saff." Faliq dah pegang lengannya yang sengal.
"Mak long, Saff nak ambik makanan dulu lah." Saffra mengajak Jenah ke meja makan yang sudah terhidang dengan pelbagai jenis santapan.
"Saff, kau hutang penjelasan dengan aku." ujar Jenah sambil meletakkan cream puff ke dalam pinggannya.
Saffra mendengus.Dia sudah agak, mesti macam-macam soalan yang akan Jenah tanya nanti.Kalau bukan sebab Faliq, mesti semua ni tak akan jadi.Sebab yang tahu pasal benda ni hanya dia seorang.Lagipun. masih terlalu awal untuk dia umumkan pada orang lain.
Share this novel