8

Romance Completed 62210

Telefon di atas meja digapai.Nama Limah pada senarai kenalan ditekan.

"Limah!!" Jerit Saffra apabila panggilan masuk.

Dah macam orang kena rasuk! Limah spontan menjauhkan telefon dari telinganya.Nasib baik tak terkejut anak dia yang sedang tidur di sebelah.

"Apa hal kau menjerit ni? Aku ada buat salah ke?"

"Bukan sebab kau, tapi Encik Senget tu!"

"Dia buat apa?"

"Aku rasa pasal markah presentation yang dia bagi tu, sebab dia sengaja nak sabotaj kumpulan kita!" Saffra melepas marah pada Limah, sedangkan Raffael yang bersalah dalam hal ni.

"Sabotaj apa pulak kau ni? Kut ya pun kau tak puas hati dengan dia, janganlah nak marah aku pulak."

"Sorry...Aku cuma geram aje dengan dia tu.Aku rasa dia sengajalah nak cari salah kita.Kau tengok komen Datuk tadi, biasa aje.Tapi Encik Senget tu pulak yang melebih-lebih.Nak tunjuk pandai dari Datuklah tu."

Limah mengeluh di hujung talian."Alah, presentation tu dah lepas pun.Buat apa kau nak mengamuk pasal benda tu lagi? Lebih baik kau fikir perkara yang akan datang.Lagipun dia tu engarah projek kita, takkanlah dia nak buat macam tu pulak.Apalah kau ni."

"Yalah...Maaf ganggu kau.Jumpa esok."

"Ehh...Kau jangan nak buat benda bukan-buka pulak." Limah bukannya tak kenal dengan Saffra itu.Kalau dia dah tak puas hati dengan sesuatu perkara, dia memang tak boleh duduk diam.Dia mesti akan cari jalan untuk mendapatkan jawapan.

"Baiklah mak." Tapi malangnya Saffra dah terlebih dahulu serbu ke bilik Raffael tadi.Jadi tak ada gunanya Limah nak ingatkan dia balik.

"Aku bukan mak kaulah! Kau tu dah macam adik aku tahu tak? Sedap kau aje panggil aku mak.Macamlah aku ni tua sangat."

Saffra ketawa."Okeylah Cik Halimah.Bye."

"What a concidence..." Raffael yang membuka pintu biliknya untuk ke pantri terus terhenti bila melihat Saffra yang tika itu kebetulan lalu di depan biliknya.Dia senyum.

Alamak! Saffra dah mula gabra tak tentu pasal bila tengok saja wajah lelaki itu.

"You."

Lambat-lambat Saffra menoleh."Err...Saya ke?"

Raffael senyum hujung bibir."Ada orang lain lagi ke kat sini? Atau ada makhluk yang I tak nampak tapi you nampak?"

Tiba-tiba pula Saffra rasa seram sejuk.Suhu dari pendingin hawa di dalam ofis menyapa dingin tubuhnya.

"Enc..." Eh, Raffael dah cakap yang dia tak suka staf panggil dia encik.Saffra terus membetulkan sebutannya."Tuan Raffael nak apa?"

"Good question.Sebenarnya I nak buat kopi, tapi alang-alang you dah lalu kat sini, why not you buatkan untuk I?"

Wah! Sedap-sedap dia saja suruh Saffra buatkan kopi.Apa dia ingat Saffra tu penjaga pantri ke? Atau pembantu dia? Lagipun bukannya dia yang bayar gaji Saffra.

"Kenapa saya?"

"Why you? Sebab you sorang aje manusia yang ada kat sini.Takkan I nak suruh kerusi meja pulak yang buatkan?" Boleh tahan pedas juga mulut Raffael ni.

Saffra dapat rasa yang hatinya dah mulai perlahan-perlahan menjadi panas dengan sindirin lelaki itu.

"Oo...Saya sorang aje manusia kat sini.Kiranya, Tuan Raffael ni hantulah ya."

Pandai bergurau pula gadis kecil molek itu.

"Kalau I hantu, dah lama I makan you." Raffael senyum nakal.

Habis merinding bulu roma Saffra.Boleh pula dia cakap macam tu waktu sekarang ni.Saffra pandang keliling, tak ramai staf yang ada.Hanya tinggal beberapa orang sahaja.Yang lain semuanya dah pecut pulang rumah.Lagipun, bukannya selalu Datuk bagi peluang macam ni.

"Maaf Tuan Raffael, saya ada kerja lain nak kena buat.Saya bukan tukang bancuh kopi." Dia cuba mengalih perhatian Raffael.

"You marah sebab pasal your presentation marks?"

"Mana ada."

Raffael senyum senget.Saffra mengerling lelaki itu sekilas.Rasa nak tercabut jantung bila melihat senyuman itu.Senget? Ya, oleh sebab itulah Saffra panggilnya Encik Senget.Walaupun senget, kerana senyuman itu jugalah yang membuatkan Saffra tertarik dengan Raffael.

Cara dia senyum itu berbeza daripada orang lain.Tapi bukan senyum yang mengejek.Namun, ikhlas.Tapi agak sukar sebenarnya untuk Saffra bezakan sama ada senyuman yang terlukis di bibir merah lelaki itu adalah ikhlas atau tidak.

"Macam ni ke cara you layan your Project Manager? Encik Mahmud pun sama?"

Saffra merenung Raffael sedikit tajam.Bertemu mata dengan lelaki itu adalah perkara yang paling ditakutinya.Tapi bila dah marah, terus hilang rasa itu."Apa tak betul ke yang saya cakap? Saya ni pegawai pengurusan projek.Kenapa saya pulak yang kena buatkan kopi untuk tuan?"

Raffael mendengus.Sikap suka melawan perempuan itu sedikit sebanyak telah mengikis tahap kesabarannya."Susah sangat ke nak buat kopi? Ambil kopi, campur air panas, kacau-kacau and then siap.Itu pun you tak boleh buat ke?" Nada suara Raffael sudah naik.

Tergamam Saffra sekejap.Nampaknya lelaki di hadapannya itu sudah marah.

"Haa, pandai pun.Habis tu, kenapa Tuan Raffael tak bancuh aje sendiri?"

"Sebab kerja macam tu lebih sesuai untuk perempuan, bukan lelaki.Lagi-lagi orang yang berkerjaya macam I." Bongkak benar cara lelaki itu bercakap.

Mentang-mentanglah gaji besar, pangkat tinggi.Dia ingat dengan kedudukan dia tu, dia boleh suruh orang ikut aje semua telunjuk dia?

"Apa kata Tuan Raffael upah aje tukang bancuh kopi peribadi.Bila-bila masa Tuan Raffael nak, tuan boleh mintak.Petik jari aje dah siap.Nanti tak adalah nak menyusahkan orang lain." Tukang bancuh kopi peribadi pun ada juga ke? Macam tak pernah dengar aje.

"You know what? Kalau dah tak reti nak buat, mengaku ajelah.Tak payah nak cakap benda yang tak masuk akal!" Pintu dihempas kuat.Bergema satu tingkat itu.Saffra pula dah terkebil-kebil.Tak sangka pula yang lelaki itu boleh marah sampai begitu sekali.

Tapi apa pun, Saffra puas hati.Mengalah juga lelaki sombong itu.You win!

"Aik! Awal kau balik hari ni.Takde kerja ke kat ofis?" Jenah mencapai remort televisyen dan menekan memilih saluran astro Ria.Petang-petang kalau layan drama sambil minum petang pun sedap jugak.

"Kenapa tanya macam tu? Tak boleh ke aku nak balik awal?" Saffra mencampakkan beg tangannya ke atas meja.Dia bersandar pada kerusi sofa sambil tangan diletakkan atas dahi.

"Taklah, selalunya kau kan balik lambat.Kadang-kadang sampai pagi pun ada.Ini baru nak masuk pukul lima petang."

"Hari ni baru settle presentation.Sebab tu bos bagi balik awal."

"Kau dah makan? Aku belum masak lagi lepas balik ofis tadi sebab aku makan kat luar.Aku sempat buat cekodok pisang ni aje.Nah." Jenah menghulurkan pinggan yang berisi cekodok pisang yang baru digorengnya kepada Saffra.

"Thanks.Nanti malam nilah kita masak.Sekarang aku nak rehat dulu." Saffra menggigit hujung cekodok pisang yang masih panas itu.

"Okey.Oh, presentation kau macam mana? Everything's going well?"

"No.Aku tak puas hatilah dengan presentation pagi tadi." Adu Saffra.

"Kenapa pulak? Apa yang tak kena? Bukan selalunya kau okey aje pasal semua tu."

"Ya, sebelum ni memang semuanya okey.Tapi lepas Encik Senget tu datang, habis kacau tahu tak? Sakit betul hati aku ni."

"Encik Senget? Mamat mana pulak ni?"

"Pengarah projek baru kat kompeni aku.Sebelum Encik Mahmud ditukarkan, aku dah tunjuk hasil kerja kumpulan aku kat dia.Dia pun cakap okey, takde masalah.Habis tu, kenapa lepas Encik Senget tu masuk, jadi macam ni pulak?"

Jenah dah ketawa mendengar bebelan Saffra.

"Kenapa kau gelak?"

"Kelakarlah nama gelaran yang kau bagi kat dia.Encik Senget.Kenapa?"

"Sebab otak dia dah senget! Hasil kerja aku dah elok, dia nak komplen pulak." Saffra mencapai beg tangannya sebelun memijak anak tangga naik ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience