20

Romance Completed 62210

"Macam mana date semalam? Dia buat candle light dinner ke?" tanya Jenah.Tak menyempat Saffra nak menjamah sarapan.

"Takde candle light dinnernya.Kitorang keluar makan ajelah."

Jenah dah kerut dahi."Aihh...Takkan dia tak surprise kau apa-apa masa korang pergi date? Bagi bunga ke, coklat ke, atau...cincin?!" Teruja benar Jenah ingin mengorek cerita yang berlaku antara Saffra dan Faliq semalam.

"Apalah kau mengarut pagi-pagi buta ni? Bila masa aku cakap yang aku keluar date? Ada-ada aje kau ni." Saffra mengambil beberapa keping roti sandwich yang terhidang di atas meja lalu disusun ke dalam bekas tupperware.Tiba-tiba dia rasa rajin pula nak buat sandwich pagi itu.

"Kalau bukan date, habis apa? Takkanlah keluar makan saja-saja kut?" Jenah ragu-ragu dengan apa yang diberitahu Saffra.

"Habis tu, kau nak kitorang buat apa?"

"Bukan mamat tu boyfriend kau ke?"

Saffra ketawa."Bukanlah! Dia tu cousin aku.Mak kitorang adik-beradik." Jelas Saffra agar Jenah tidak salah faham tentang hubungannya dengan Faliq.

Kepala Jenah terangguk-angguk.

"MasyaAllah! Aku dah lambat.Aku pergi dulu Jenah oii!" Punyalah seronok bercerita, sampai lupa nak pergi kerja.Berkejar dia ke kereta.Nasib baik dah buat bekal awal-awal.Tak payahlah buang masa nak pergi sarapan kat gerai pula.

Sampai saja di tempatnya, Saffra terus duduk.Penutup tupperware dibuka.Terliur dia bila tengok sandwich telur yang cukup menyelerakan itu.Dia mencapai sekeping lalu dibawa ke mulut.Penuh nikmat dia makan sampai senget-benget mulut.Macam buat iklan tv pula.

"Mesti sedap sandwich tu, kan?"

Bukan hampir tercekik, tapi Saffra memang dah tercekik bila dengar saja suara Raffael yang tiba-tiba menyapanya yang tengah syok makan itu.

Dia menepuk-nepuk dadanya untuk menghilangkan rasa perit.Berapa lama kemudian, barulah dia terasa sedikit lega setelah sandwich yang dikunyah itu dapat ditelan dengan baik.

"You tak apa-apa ke?" Raffael rasa bersalah bila tengok wajah Saffra yang dah merah.

"Tak apa-apa tuan cakap? Tengok apa tuan dah buat.Kalau jadi apa-apa kat saya tadi, saya saman tuan!" Punyalah bengang Saffra dengan Raffael tika itu.Suka sangat buat dia terkejut masa tengah makan.Mujur umur masih panjang.

"I'm so sorry.I tak tahu pulak yang you boleh terkejut sampai macam tu sekali."

"Banyaklah tuan punya sorry.Naik lorilah! Kalau saya arwah kat sini macam mana?" Belum surut lagi kemarahan Saffra.

"Please don't say like that.Bagilah I peluang untuk bahagiakan you dulu."

Hampir terbatuk Saffra mendengar apa yang dikatakan Raffael.Apa maksud dia? Saffra sendiri tidak pasti sama ada apa yang Raffael beritahu itu adalah sama dengan apa yang dia fikirkan.Saffra cuba beriak selamba.

"Buat apa nak bahagiakan saya? Tuan sepatutnya bahagiakan mak ayah tuan, barulah tuan jadi anak yang soleh.Tak gitu?"

"You datang lambat lagi ek hari ni?" Raffael sengaja beralih cerita.Wajahnya berubah serius.

"Maaf Tuan Raffael...Sebab kawan sayalah ni saya lambat datang ofis." Cis! Ini kawan makan kawan namanya.Jenah pula yang dipersalahkan.Nasib Jenah tak tahu.

"Macam-macamlah alasan you.You nak kena denda cuci tandas pulak ke?"

Laju Saffra menggeleng."Tak nak, tak nak.Saya janji lain kali saya datang awal.Tuan nak?" Saffra menghulurkan bekas yang sandwichnya kepada Raffael dengan sengihan lebar.Dia berharap agar Raffael akan berlembut hati dengannya.

"Jangan nak membodek I."

"Ehh...Mana ada saya bodek tuan.Saya ikhlas nak bagi tuan rasa ni.Tak nak ke?" Saffra tayang bekas sandwich depan muka Raffael.

Dengan malu-malu, Raffael mengambil juga sekeping sandwich yang dihulurkan Saffra itu dan terus dibawa ke mulutnya.Dia mengunyah perlahan.

"Calon isteri macam nilah yang I cari."

"Tuan cakap apa?" Kata-kata Raffael itu kurang jelas pada pendengaran Saffra kerana tika itu mulut Raffael penuh dengan sandwich.

"Thanks for the sandwich." Raffael menyapu sisa habuk roti pada tangannya dan terus berlalu ke bilik pejabatnya.Saffra hanya memandang Raffael dengan penuh curiga.

Sementara menunggu kertas kerjanya siap diprint, Saffra mengambil kesempatan itu untuk termenung.Entah apalah yang difikirkannya.

"Hoii perempuan!" Adab melayang entah ke mana, dengan tiba-tiba Gina datang menengking Saffra.Terkejut beruk dia dibuatnya bila Gina menepuk mesin photostat itu.Buat macam harta sendiri pula.Tapi kalau rosak pun, Saffra kisah apa? Sebab sah-sah Gina yang kena bayar ganti rugi.

"Gina, kenapa ni?"

"You ni memang perempuan tak tahu malu kan? Dah takde lelaki lain ke yang you nak goda?! Kenapa kekasih I jugak yang you pilih?!" Gina dah meluap-lupa marah.

"Gina, awak cakap apa ni? Saya tak fahamlah.Goda siapa?" Dahi Saffra berkerut-kerut.Dia memang tidak jelas dengan apa yang Gina cuba beritahunya.

Sinis senyuman di bibir Gina yang merah dengan lipstik itu."Berhentilah jadi bodoh.I guess, you pernah masuk kelas lakonan, kan? Sebab tulah you pandai berlakon depan semua orang.Nak tunjuk baik konon.Padahal, you cuma nak gunakan diorang aje." Gina menjeling Saffra dengan hujung mata."Dengan orang lain mungkin you boleh bohong, but not to me!"

Saffra makin pening dengan Gina.Entah apa yang dia dah buat sampai Gina nak mengamuk dengan dia macam tu sekali?

Walaupun dia tahu yang Gina memang tak pernah sukakan dia sejak hari pertama dia bekerja di situ, tapi tak pernah pula Gina tiba-tiba datang tengking dia macam ni.Kalau ada pun sebelum ni, sebab hal kerja.

"Saya betul-betul tak faham apa yang awak cakap.Saya tak tahu apa salah saya sampai awak nak marah macam ni."

"Sebab you sibuk nak menggatal dengan kekasih I!" Tinggi lontaran suara Gina.

"Hah? Gina, saya tak tahu pun siapa kekasih awak tu.Lagipun, takkan saya nak buat macam tu? Saya takkan ambiklah hak orang."

"Mulut cakap lain, tapi hati kata lain.You jangan ingat I tak tahu apa yang you cuba buat dengan dia tadi.Bukan main gedik lagi you, kan?" Dari cara Gina bercakap, memang jelas yang dia amat bencikan Saffra.

"Saya buat apa?"

Gina senyum sinis."You memang pandai kan nak racun fikiran Raffael? Sebab tu you bagi bekal kat dia pagi tadi.Entah apalah yang you dah letak dalam makanan tu."

Lidah Saffra kelu.

"Sebab you nak dia suka kat you kan? Lepastu, dia akan tinggalkan I.Nanti senanglah you nak rampas semua yang I ada.Sebab you nak balas dendam kat I."

Saffra terkedu seketika.Dia sama sekali tidak sangka bahawa Gina sanggup menuduhnya begitu.

"So, you dah tahu kan siapa kekasih I? Start from now, I tak nak you cuba nak rapat-rapat dengan dia lagi!" Gina memberi amaran.

Saffra tidak tahu mengapa hatinya rasa sakit tiba-tiba.Seolah-olah dia sedang dipermainkan.

Namun Saffra cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.Dia berpura-pura seperti tidak kisah.

"Tapi Tuan Raffael takde cakap apa-apa pun pasal benda ni.Kitorang pun tak pernah nampak yang awak dengan Tuan Raffael macam ada something."

"Itu sebab dia tak suka nak campurkan hal peribadi dengan kerja.Lagipun, dia belum ready lagi nak beritahu orang lain about our relationship.Nanti ada pulak orang yang berdengki." Gina sengaja menekan ayat terakhirnya itu.

"Oh, macam tu...Tapi kan, selalunya kalau berita hot macam ni, mesti staf-staf dah heboh cerita sana sini.Awak tahulah mulut diorang macam mana, kan? But now, sunyi aje.I takde pulak dengar diorang cakap pasal benda ni." Saffra cuba bermain dengan api.

"Jadi, you nak cakap yang I tipulah? Kalau you nak tahu, Raffael tu memang pandai simpan rahsia.Sebab tulah takde sorang pun yang tahu pasal kitorang." Bijak pula Gina putar cerita supaya Saffra percaya yang dia dengan Raffael sedang bercinta.

Elok tika itu kertas kerjanya siap diprint, Saffra terus mengambil kertas-kertas itu dan laju melangkah ke tempatnya.Kalau dilayan si Gina tu, nanti huru-hara pula ofis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience