Sudah seminggu sejak Gina berhenti kerja.Khabarnya, pengganti Gina akan masuk hari ni sekaligus akan menjadi ketua kumpulan baru bagi membimbing ahli kumpulannya.
Saffra nampak Encik Ahmad masuk ke dalam pejabat bersama seorang gadis muda di sebelahnya.Encik Ahmad adalah orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan tentang pengambilan pekerja di unit HR. Mesti itu adalah orang yang akan menggantikan Gina.
"Selamat pagi semua.Di sebelah saya ini adalah Cik Munirah, dan dia akan menjadi ketua baru bagi kumpulan reka bentuk.Harap semua dapat bekerjasama dengan baik." Ucap Encik Ahmad sebelum keluar.
Setelah berkenalan dengan ahli kumpulannya, dia tidak kekok untuk beramah mesra dengan staf-staf di unit itu.
Saffra menyambut tangan yang dihulurkan oleh gadis itu dengan senyuman mesra."Saya Saffra.Ketua kumpulan seni bina."
"Selamat berkenalan." Saffra amat menyenangi dengan sikap ramah gadis itu.Langsung tidak sombong dengan staf.Murah dengan senyuman pula tu.
"Tenang aje hati aku tengok budak Munirah tu.Bukan macam Gladiator tu! Asyik nak berapi aje." Adu Limah.
"Daripada kau tambah dosa duk mengumpat pasal dia, baik kau buat kerja." Yang lepas biarlah berlalu, buat apa nak diungkit?
Saffra menyimpan telefon pintarnya di dalam beg tangan.Dia rasa bersalah nak bagitahu Limah.
"Siapa telefon?" tanya Limah.
"Cousin aku." Jawab Saffra.
"Dia nak apa?"
"Err...Sebenarnya kitorang dah janji nak lunch sama-sama hari ni.Lupa pulak aku nak bagitahu kau." Tutur Saffra berhati-hati.Bimbang jika Limah merajuk atau marah dengannya.
"Kau ni....Makan lagi kepala ikan banyak-banyak.Kan dah nyanyuk."
"Sorrylah...Serius aku lupa." Saffra memegang lengan Limah.Cuba memujuk.
Limah melepaskan keluhan."Nasib baik aku ni baik tau.Pergilah, aku okey aje."
"Betul ke?"
"Aku bukan makan sorang pun.Zaim dan Rafiq kan ada.Tapi jangan balik lambat pulak." Limah sempat berpesan sebelum Saffra dah berjalan ke depan.
"Wokey! Nanti kau suruhlah diorang ni belanja!" jerit Saffra sewaktu melintasi Zaim dan Rafiq.
Mereka berdua dah ternganga.Tak guna betul! Saffra yang tabur janji, mereka pula yang kena kotakan.Habislah duit...
"Mama cakap dia nak buat majlis hari jadi Firas minggu depan." Kata Faliq sewaktu mereka lunch di Old Town White Coffee.
"Alamak! Macam mana Saff boleh lupa?" Saffra dah pegang kepala.
"Mintak maaf Abang Faliq.Saff sibuk sangat dengan kerja sampai boleh tak ingat tarikh lahir Firas." Saffra kecewa dengan dirinya.
Sebelum mula kerja di K Architect Sdn Bhd, dialah yang banyak meluangkan masanya dengan Firas.Mereka sangat rapat, kadang-kadang sampai tak boleh nak berenggang langsung! Macam anak dengan mak pun ada.
Tapi sejak Saffra mula bekerja, mereka sangat jarang dapat berjumpa.Itu pun setahun sekali, masa raya.
"Abang faham...Abang pun selalu balik lambat sebab nak rawat pesakit kat hospital tu.Mujur mama ingatkan abang."
"Nanti Saff nak beli hadiahlah untuk Faris." Saffra dah teruja.Dia tahu mesti Faris akan suka hadiah pemberiannya.
"Saff tahu ke Firas suka apa?" Sengaja Faliq bertanya.
"Abang Faliq, Saff dengan Firas dah macam isi dengan kuku tahu tak? Sejak dia kecik lagi Saff jaga.Bukan macam abang, asyik sibuk duk jaga pesakit dia aje." Cebik Saffra.
Faliq ketawa.Namun dia akui apa yang Saffra cakap.Dia memang lebih banyak menghabiskan masanya di hospital merawat pesakit, berbanding dengan keluarganya sendiri.Kadang-kadang, Saffra lebih kenal Firas daripada dirinya.
"Saff nak abang datang ambik ke?"
"Ehh...Takpe takpe.Lagi bagus kalau Abang Faliq tolong mak long siapkan majlis tu.Lagipun Saff boleh datang dengan housemate Saff." Tolak Saffra.Dia tidak mahu menyusahkan Faliq.Lagi pula, buat apa dia nak minta orang lain jemput, kalau boleh drive sendiri?
"Boleh ke Saff ajak dia?"
"Boleh...Lagipun baguslah macam tu.Takde lah abang risau sangat."
Selesai makan tengah hari, Faliq menghantar Saffra pulang ke pejabat.
"Jenah, teman aku." Saffra dah berdiri di tangga untuk naik bersiap.
"Pergi mana? Takkan keluar date pun nak ajak aku?" Jenah masih melayan drama Korea di depannya.
"Bukan date lah! Pergi beli barang."
"Alah...Esok-esok ajelah.Aku nak tengok cerita ni dulu.Best weii...Kau tak nak tengok ke?" Sudah setengah jam Jenah melekat depan televisyen duk melayan drama Coffee Prince.
"Tak boleh! Kena pergi sekarang jugak.Cepatlah bersiap.Aku bagi kau lima belas minit.Kalau lambat, aku heret kau dengan baju kelawar tu." Pesan Saffra berbaur ugutan.
Jenah mendegus kasar.Tak puas hati sebab tak dapat nak tengok drama Koreanya itu sampai habis.Ada saja yang nak mengganggu.
Ekspresi wajah Jenah jelas menunjukkan yang dia tidak faham apa tujuan Saffra bawa dia masuk ke kedai itu.
"Weii, kita buat apa kat sini?"
"Adalah..." Saffra berjalan dari satu rak ke satu rak.Dia membelek kereta mainan kawalan jauh di tangannya.
"Bila kau jadi budak pulak ni?" Jenah dah pelik melihat kawannya itu.
"Ini bukan untuk aku.Tapi untuk adik sepupu aku.Minggu depan birthday dia." Saffra beralih kepada kereta mainan lain pula.
"Kau nak tengok aje ke? Tak nak beli apa-apa?"
"Beli buat apa? Kau sorang aje yang pergi."
"Tak.Kau kena teman aku.Takkan kau nak suruh aku pergi sorang-sorang waktu malam?" Saffra menoleh pada Jenah di sebelahnya yang sedang memegang patung Mickey Mouse.
"Aku ikut sekali?!" Jenah menuding jari pada dirinya.
"Ya.Sepupu aku sendiri yang ajak kau.Lagipun dia risau aku drive sorang-sorang?" jelas Saffra.
"Tapi aku seganlah...Aku bukannya biasa pergi majlis macam tu."
"Alah, diorang buat majlis biasa-biasa aje pun.Bukannya grand-grand."
"Tapi aku nak pakai baju apa?" Jenah rasa segan nak bercampur dengan orang yang tak dikenalinya, lagi-lagi orang berada.Nama saja kerja di butik, tapi diri sendiri tak pandai nak bergaya.
"Banyak alasan lah kau ni! Pakai aje baju apa-apa pun.Asalkan berbaju."
Jenah menampar bahu Saffra.Malu pula dia dibuatnya bila Saffra cakap begitu depan cashier lelaki.Tak berlapik langsung!
Share this novel