6

Romance Completed 62210

"Saff apa yang jadi?" Limah segera menerpa ke arah Saffra bila nampak dia keluar dari bilik Raffael.

"Takde apa," jawabnya sepatah tanpa sebarang reaksi di wajah.

Zaim segera menghampiri mereka berdua.Dia rasa bersalah terhadap Saffra.Disebabkan mulutnya yang celopar, Saffra pula yang kena terima hukuman.

"Kaulah ni Zaim! Tak pasal-pasal Saff kena marah.Hah...Apa tunggu lagi? Cepatlah minta maaf!" Limah pulak yang terlebih emosi.Saffra tak cakap apa-apa pun.

"Err...Saff, aku minta maaf eh?" Tergagap-gagap Zaim berkata.

Saffra merenung Zaim seperti hendak ditelan lelaki itu.Zaim dah cuak.Saffra senyum dalam hati.Tahu pula takut bila Saffra dah betul-betul marah.Ingatkan berani sangat sebab setiap hari tak habis-habis nak menyakat dia.

"Takpe.Aku tak marah kau pun."

"Be...betul ni?" Bulat mata Zaim bagai tak percaya.

"Ya..." Saffra sebenarnya tadi tak adalah nak mengamuk sangat kat si Zaim.Mereka memang dah terbiasa bergurau begitu sesama sendiri.Walaupun kadang-kadang agak kasar jugak.

Kalau mereka bergusti atau bertomoi sekalipun depan mata Rafiq dan Limah, diorang dah tak ambil pusing.Dah serik sangat diorang tengok mereka berdua asyik bercakaran sahaja.

"Nasib baik Saff tak marah." Limah menjeling Zaim.

"Ha'ah, nasib baik Saff tak marah.Tapi kau yang melebih-lebih kenapa?" Zaim berdabik dada memandang Limah.Seperti ketua gengster dan mafia yang bersedia nak bertumbuk.

"Eh, mestilah...Dah kau kacau kawan aku!"

"Kawan kau, kawan aku jugak!"

"Ee...Saff, kenapa kau tak bagi aje sebiji kat mamat ni? Kalau akulah, memang pelakung kepala dia ni!"

Aduhai...Tadi baru saja selesai kes Saffra dengan Zaim.Sekarang timbul kes baru pula? Suka buat musuh betul si Zaim ni.Nanti, tak pasal-pasal Limah pula yang kena panggil menghadap tuan pengetua.Bergaduh macam budak sekolah!

"Korang, Tuan Raffael!"

"Mana...mana?!" Kepala Limah berpusing 180 darjah.

Saffra dah ketawa melihat riak wajah Limah dan Zaim.Seronok juga sekali sekala dapat kenakan mereka berdua.

"Hisy! Menipu aje kerja kau! Aik, si Zaim tu dah pergi mana?" Limah melihat susuk tubuh Zaim dah tiada di situ.Cepat betul hilangnya.

"Dah pergi.Macam pelesit dia lari bila dengar aje nama Tuan Raffael." Saffra dan Limah berdekah-dekat ketawa.Tadi berlagak sangat dengan Limah.Bila sebut saja nama Tuan Raffael, terus lesap.Macam asap ditiup angin.

Saffra melangkah ke pantri sambil Limah membuntuti langkahnya.

"Saff, Tuan Raffael cakap apa tadi?"

"Tak cakap apa pun."

"Dah tu takkan saja-saja pulak dia panggil kau masuk bilik?" Limah menggigit biskut Oreo yang terhidang di depan mata.

"Takde apa yang penting pun lah aku nak bagitahu kau." Cawan yang tergantung pada kabinet diambil.

"Takkan tak penting.Tadi aku tengok muka dia nampak serius aje.Aku pulak yang seram."

"Dia tak marah punlah.Cuma bagi nasihat." Saffra menekan butang pada mesin air Coway sambil menadah cawan di bawah muncungnya.

"Hmm...Baik jugak tuan pengarah projek kita tu walaupun muka aje nampak garang."

"Takde maknanya lah baik..." Saffra buat roll eye.

"Eh, kira okeylah tu dia tak marah kau.Kalau dia tak baik, mesti kau dah dikenakan tindakan disiplin tahu tak?"

"Kau tahu nasihat apa dia bagi aku?"

"Tak tahu."

"Dia suruh aku berbaik balik dengan dengan Zaim."

Mereka saling berpandangan sebelum sama-sama ketawa.

"Apa yang lawak sangat pengarah projek kita tu? Kau kalau berbaik dengan Zaim pun takde faedahnya.Tak sampai berapa saat, gaduh balik."

"Mujur aku boleh tahan gelak depan dia tadi.Sudahlah muka dia tengah serius masa tu.Eh Limah, aku nak get back to work dululah." Saffra meletakkan cawan yang digunanya atas meja.

"Woii, cawan ni siapa nak basuh?!"

"Kaulah!" Saffra dah gelak jahat sambil mempercepatkan langkahnya ke meja.Kurang asam jawa punya kawan!

Tinggal dua hari lagi sebelum mereka membentangkan kertas kerja pada Raffael.Semuanya perlu disiapkan hari ni juga.Esok sudah cuti hujung minggu.Bolehlah nanti Saffra berehat sepuas-puasnya.

"Untung Gina dapat sambung cuti dua hari lagi." Ujar Limah sambil tongkat dagu memandang Saffra.

"Ha'ahlah, kita kat sini habis kerah keringat nak siapkan kerja tapi dia seronok dapat balik kampung.Walaupun sebab masalah peribadi, sekurang-sekurangnya dapat juga lari dari menghadap kerja ni 24 jam." Memang beginilah tugasnya kalau bekerja makan gaji.Dah tak dapat nak buat apa.Kalau malas, jawabnya resign ajelah.

Tapi zaman sekarang nak cari kerja bukannya senang.Jadi bersyukur sajalah dengan kerja yang ada walau penat macam mana pun.

"Cakap pasal kampung, kau dah lama kan tak balik sana?"

"Hmm...Kali terakhir aku balik kampung pun masa raya."

"Kau tak nak ke balik jenguk mak kau?"

"Kalau bukan sebab kerja, dah lama aku balik kampung.Tapi, alhamdulillah...Mak aku sihat.Lagipun, aku selalu call dia tanya khabar." Sayu pula Saffra rasa bila bercakap pasal emaknya yang jauh nun di sana.Entah bila pula dia boleh pulang ke kampung halaman.

"Rindulah nak makan masakan mak aku.Dah lama aku tak makan lauk pauk kampung." Air tangan ibu adalah yang paling istimewa kerana dimasak dengan penuh kasih sayang untuk anak-anak.Dan dengan masakan ibu jugalah anak-anak membesar.Bila lama tak merasa, sudah semestinya rindu.

"Kat KL kan ada jual lauk-lauk kampung jugak.Kau beli ajelah.Restoren pun banyak yang sediakan masakan kampung."

"Tapi rasa dia tak sama dengan masakan mak aku kat kampung." Air tangan ibu memang tiada tandingannya dan tak boleh digantikan dengan yang lain.

"Cakap pasal makanan, tiba-tiba perut aku rasa lapar pulak.Jom pergi makan." Macam-macam makanan dah terbayang dalam kepala Limah.Kalau pekena mee goreng mamak malam-malam macam ni pun sedap juga.

"Boleh.Tapi lepas siap kerjalah."

Saffra memang tak suka bertangguh kerja.Walaupun siap lambat, tapi dia akan pastikan apa yang diminta oleh bos akan dihantar tepat pada waktunya.

Saffra dan Limah memesan makanan yang sama.Mee goreng mamak dan teh O limau suam.

"Limah, suami kau tak marah ke kau balik lambat hari ni?" Masa yang tertera di kaca telefon sudah menunjukkan jam 10:45 malam.

"Tak, aku dah bagitahu dia yang aku habis kerja lambat."

"Nanti suami dengan anak kau kat rumah tu nak makan apa? Suami kau pandai ke masak?"

"Yang ada kat rumah pun mereka berdua aje.Biasanya diorang makan kat luar atau pun beli bungkus."

Seketika menunggu makanan sampai, Saffra membuka aplikasi instagram di telefonnya.Dia membelek-belek gambar artis yang sentiasa menjadi tumpuan di laman aplikasi itu.Di ruangan komen pula, ada yang positif dan tidak kurang juga yang negatif.

"Assalamualaikum." Satu suara lelaki datang menyapa.

Lewat malam macam ni pun ada juga yang sanggup meminta sedekah semata-mata untuk mendapatkan sesuap nasi.

Tapi apa salahnya jika kita berkongsi rezeki dengan orang lain? InsyaAllah, lepas ni kita akan dilimpahkan lagi rezeki.

Saffra mengambil sesuatu di dalam beg tangannya.Sekeping wang RM5 dikeluarkan lalu dihulurkan kepada lelaki yang sedang berdiri di tepi meja makan mereka.

Lama Saffra menunggu, tetapi wang yang dihulurkan itu tidak disambut.

"Adik tak nak ke duit ni? Atau tak cukup?" Soal Saffra sambil pandangannya masih melekap pada skrin telefon pintar di tangan.

Limah pula yang cuak bila tengok Saffra yang selamba itu.Rasa nak saja dia hilangkan diri dari situ.

"Saff!" Limah menyepak buku lali Saffra dengan hujung kasutnya.

"Aduh! Sakitlah Limah oi! Kau dah kenapa? Pergi sepak bolalah woii, bukan kaki aku!" Saffra mengusap buku lalinya yang terasa sengal itu.

Wajah Limah berkerut-kerut.Dia menunjukkan isyarat mata kepada Saffra.Dari isyarat itu, Limah menyuruhnya menoleh ke arah lelaki yang dah lama tercegat di situ.

Saffra segera mengangkat wajahnya.Tinggi ke langit.Serta-merta mata dan mulutnya terbuka luas.Sudah macam tengkorak hidup.

Eh, rasa sakit pula tengkuk bila lama-lama begitu.Macam nak patah.

Lelaki itu menundukkan sedikit kepalanya memandang Saffra yang sedang duduk dengan senyuman nipis di bibir.

Limah dan Saffra lekas bagun.Bergegar meja

"Tu...Tuan Raffael buat apa kat sini?"

"Makan." Tanpa dipelawa, dia terus duduk atas kerusi kosong di tepi Saffra dan Limah.Tercengang mereka berdua sekejap.

Tika itu juga pelayan datang membawa makanan yang dipesan Saffra dan Limah.Raffael terus memesan makanannya pada pelayan itu.

"Kenapa korang berdiri?"

Macam tak percaya saja apa yang mereka lihat sekarang ni.Tuan Raffael a.k.a Encik Senget tengah duduk semeja dengan mereka?

Lagipun Tuan Raffael itu bukan orang biasa-biasa.Berpangkat tinggi, gaji besar.Takkan makan kat kedai mamak aje?

"Duduklah."

Mereka kembali duduk di kerusi masing-masing.Rasa segan pula nak makan bila ada lelaki asing.Baru kenal tak sampai satu hari.

"Kalau korang nak tambah apa-apa, minta aje, I belanja."

"Betul ke Tuan Raffael?" Limah dah teruja.Aik! Tadi bukan main cuak lagi bila tengok muka Tuan Raffael.Sekarang bila dia dah tawarkan diri untuk belanja, hilang habis rasa itu.

"Ya, order aje apa-apa yang you nak." Raffael kemudian mengalihkan pandangannya pada Saffra yang duduk di kirinya."You tak nak tambah ke?"

Laju jantungnya berlari-lari bila Raffael merenungnya begitu.Sudahlah meja mereka agak kecil, jadi mereka duduk juga agak rapat.Mujur saja jantungnya tak ada kaki.Kalau tidak, dah lama melompat keluar dari badannya.

"Saff, Tuan Raffael tanya tu.Jawablah!" Limah rasa serba salah pula dengan tingkah Saffra yang diam itu tanpa mempedulikan soalan Raffael.

"Ha? Eh, takpelah tuan.Saya tak makan banyak malam-malam.Nanti susah nak tidur." Saffra masih terpinga-pinga.Dia mencapai gelas teh O limau dan menghirupnya perlahan.Lega rasa bila tekak sudah dibasahkan.

Mereka makan sambil berbual-berbual.Tapi cuma Limah saja yang lancang berborak dengan Raffael.Saffra pula diam membisu.Bila ditanya barulah dia menyampuk.

"Kenyang betul aku malam ni." Limah dah macam ular sawa kekenyangan.

"Kau tu dah terlebih kenyang! Makan sampai tak hengat dunia! Anak kau yang kat rumah tu pun kau boleh lupa bila jumpa makanan." Tempelak Saffra.

"Pedas betul ayat kau.Rilekslah...Bukan selalu pun aku dapat makan besar macam ni." Memang makan besar Limah.Tak cukup dengan mee goreng mamak, dia tambah pula chicken chop dan cheese burger yang didatangkan sekali dengan kentang goreng.

"Itu aku tahu.Tapi beragaklah sikit nak makan banyak pun.Dahlah depan Tuan Raffael.Aku pulak yang malu tahu tak?" Segan pula Saffra dengan Raffael bila tengok Limah makan macam budak, padahal dah ada anak satu.Pening...pening.

"Apa nak malunya? Dah dia sendiri yang nak belanja, takkan aku nak tolak? Tak baik tolak rezeki.Nanti rezeki payah masuk." Pandai pula Limah membalas.Dia berlari anak ke keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience