Saffra dah buat senarai panjang-panjang untuk barangan yang akan dibelinya nanti.Dia jenis yang tidak suka membazir.Pasti dia akan merancang kewangannya dengan baik sekali terutama untuk perbelanjaan barang dapur.
"Jenah, aku nak pilih sayur kat sana kejap." Jenah yang ralit memilih buah-buahan itu mengangguk.Saffra kemudiannya menolak troli ke bahagian basah yang menempatkan sayur-sayuran.
"Excuse me.Boleh beri saya laluan?" Kata Saffra pada seorang lelaki tinggi lampai yang tika itu sedang bermain dengan telefon pintarnya di depan sayur yang hendak dipilihnya.Dalam masa yang sama, turut menghalang jalannya.
"Oh, mintak maaf cik." Ramah lelaki itu berkata sebelum menoleh ke belakang.Hampir tak terlucut telefon dari tangannya bila melihat wajah gadis itu.
"You?"
"Tuan Raffael?"
Serentak soalan itu keluar dari mulut mereka berdua.
"You buat apa kat sini?"
"Shopping barang dapur." Selamba Saffra menjawab.
Raffael ketawa."Setahu I, kalau shopping mesti baju, seluar...Tak pernah pulak I dengar orang shopping barang dapur."
"Suka hatilah!" Saffra laju memilih sayur-sayuran yang sudah disenaraikan dalam telefonnya.Tak pasal dia nak bercakaran dengan Raffael di situ.Buat malu saja nak bergaduh dalam pasar raya.Nanti ada juga yang kena hempuk dengan batang sawi.
"You sebenarnya skodeng I kan?"
Saffra pantas berpaling pada Raffael.Lobak merah yang dipegangnya diletakkan semula.
"Hello Tuan Raffael...Kalau saya jadi spy sekalipun, saya tak naklah skodeng tuan.Banyak lagi kerja lain yang bermanfaat saya boleh buat.Atau sebenarnya tuan yang ikut saya?"
"Perasan!"
"Habis tu, takkan tuan datang sorang kut? Tuan pandai ke nak beli barang-barang dapur ni? Tak sangka ya, tuan pun pandai jugak buat kerja macam ni." Sinis Saffra.Dia memang tak percaya kalau orang lelaki pandai nak membeli barang rumah.Terutamanya orang seperti Raffael.Boleh diharapkan ke?
"I tak datang sorang.I datang dengan mama I."
"Kalau macam tu, mana dia? Tak nampak pun." Mata Saffra merayap ke kawasan sekitarnya.
"Tu..." Raffael tunjuk isyarat mata pada seorang wanita berusia lingkungan 50 an yang sedang berjalan ke arahnya sambil membawa beberapa buah plastik barangan basah.
"Hud, siapa ni?"
"My staf."
"Assalamualaikum auntie." Sapa Saffra lembut sebelum menyalami tangan wanita itu.Dia agak terkejut sebenarnya.Tak sangka pula Raffael berkata benar.Ingatkan main-main saja.
"Waalaikumussalam.Datang sorang aje ke?" Lembut benar tutur bicara wanita itu.Jauh sekali beza dengan anaknya yang suara macam petir menyambar.
"Taklah, saya datang dengan kawan serumah.Dia tengah pilih buah."
"Kalau you cakap macam ni dengan I kan bagus.Bukan asyik nak naik minyak aje." Raffael mencelah tiba-tiba.
Berasap telinga Saffra mendengar sindiran Raffael itu.Depan mama dia pula tu.Mentang-mentanglah mama dia ada sekali, berani nak uji tahap kesabaran Saffra.
"Hud, kenapa cakap macam tu dengan perempuan? Jaga sikit adab tu!"
Saffra terpaksa menahan gelak di sebalik tapak tangannya yang sudah ditekup pada mulut.Lawak benar bila dia melihat wajah Raffael ketika itu.Nampaknya Saffra ada geng baru.Horeyy!
"Auntie mintak maaf ya? Dia memang macam tu.Auntie kena ajar sikit."
"Saya dah biasa auntie.Auntie tak payah mintak maaflah."
"Mama dah habis pilih barang kan? Jomlah pergi bayar.Lenguh kaki Hud berdiri aje kat sini macam tunggul." Raffael pula yang rasa terpinggir di situ.
"Tengok, mama baru aje cakap.Dah buat lagi.Kat ofis dia macam tu jugak ke?"
"Uishh...Lebih daripada tu auntie." Seronok Saffra mengusik Raffael.Masa inilah dia dapat balas sepuas-puasnyanya, sebab Raffael tak berani nak melawan depan mamanya.Kalau tidak, mesti dia yang kena balik.
Puan Laini sudah menggeleng kepala."Takpelah, auntie pergi dulu ya? Kalau ada rezeki, boleh kita jumpa lagi."
"InsyaAllah auntie." Puan Laini mencium pipi Saffra sebelum mereka berpisah.Senang sungguh Saffra dengan wanita itu.
"Saff! Kau pergi mana? Puas aku tawaf satu pasar raya cari kau." Jenah berlari anak ke arah Saffra.
"Ya-ya lah kau.Satu pasar raya konon.Kan aku dah cakap yang aku nak pilih sayur.Itulah kau, masuk telinga kanan, keluarnya telinga kiri!" tempelak Saffra.
"Ada ke kau cakap?" Jenah berfikir.
"Sudahlah.Kau dah ambik barang yang aku cakap tadi?"
"Sudah mem! Aku siap buat double checklist lagi." Jenah meletakkan pelbagai jenis barangan yang digendong di tangannya.Rasa macam nak terseliuh tangan sebab bawa barang ke hulu ke hilir sambil mencari Saffra.
"Ni siapa punya? Aku rasa takde pun dalam list." Saffra menunjukkan coklat Cadbury depan mata Jenah.
Jenah dah tersengih."Dah lama aku tak makan coklat.Sebab tu aku ambik satu."
"Kau tahu tak? Membazir duit ajelah beli benda macam ni.Budak-budak aje yang makan coklat.Kau dah tua.Tak payahlah." Saffra dah tunjuk sikap tangkai jeringnya.
"Mana ada tua! Baru masuk 30." Tingkah Jenah.Tapi kalau nak dibandingkan dia dengan Saffra, memang Jenah yang lebih tua.Saffra baru 24.
"Yalah...Kau kan forever young." Saffra layankan saja teman serumahnya itu."Kau tak takut ke hilang gigi kalau makan coklat?"
"Tak hilangnya.Aku bukan makan hari-hari.Lagipun, coklat ni bagus untuk kesihatan jugak kau tahu? Ada kajian mengatakan, yang makan coklat ni boleh buat kita happy tahu tak?"
"Wahh...Sejak bila otak kau berkembang ni? Banyak makan coklat eah? Lengkap dengan fakta bagai.Kellas!"Saffra ambil kesempatan untuk menyakat.
"Sekurang-kurangnya, otak aku boleh jugak berkembang.Tak macam otak kau, mengecut!" Jenah dah berlari sebelum beratur di kaunter pembayaran.Saffra mendengus kasar.Kalau boleh, nak saja dia rempuh Jenah dengan trolinya.Cakap main lepas saja!
"Jenah, pergi letak balik coklat tu!" keras suara Saffra tapi perlahan.
"Alah...Satu aje.Aku bayar bukan guna duit kau pun.Pakai duit aku jugak."
"Kita kenalah berjimat, Jenah...Beli barang mengikut keperluan, bukan kehendak! Lagipun, kau boleh guna duit tu untuk beli benda lain yang lebih penting." Kalau melibatkan duit, memang pandai Saffra bercakap.Nasiblah tak jadi akauntan.Kalau tidak, semua dia nak kontrol.
"Tapikan, coklat ni bagus sebagai terapi kau, sebab boleh kurangkan tekanan darah tinggi.Sesuai sangatlah kalau kau makan."
"Jenah! Pergi letak sekarang!"
"Baiklah mak!" Laju Jenah pergi meletakkan kembali Cadbury di raknya walaupun dengan berat hati.
"Assalamualaikum!"
Saffra tergesa-gesa untuk membuka pintu bila terdengar suara orang memberi salam.Sebelum itu, tudung sarung yang tersidai di atas sofa dipakai bagi menutup auratnya.
"Waalaikumussalam.Sekejap." Sambil menjawab salam, Saffra membetulkan tudungnya yang senget.
Dia langsung tidak menyangka dengan kehadiran tetamu yang tak diundangnya itu.Tapi Saffra tetap kelihatan teruja untuk menyambut kedatangannya.
"Saff sihat?"
"Saff sihat aje.Abang Faliq dari mana? Mak long tak ikut sekali?"
"Tak.Sebenarnya abang ada kerja kat area ni.Sebab tu abang singgah bila teringat yang Saff tinggal kat sini.Tiba-tiba rasa rindu pulak."
"Mengadalah abang Faliq ni.Err...Saff mintak maaf sebab Saff tak boleh ajak abang masuk.Lagipun kawan Saff ada kat dalam." Saffra rasa serba salah untuk memberitahu.Tapi dia terpaksa demi menjaga kehormatannya sebagai perempuan.
"Abang faham.Emm...Kalau Saff tak kisah, abang nak ajak Saff makan malam dengan abang.Boleh?" Wajah Faliq nampak benar-benar berharap.
Saffra pura-pura seperti sedang berfikir sambil memegang dagunya.Faliq menunggu penuh sabar.
"Boleh.Tapi ada satu syarat.Abang Faliq kena belanja Saff makan."
Faliq dah ketawa."Mestilah abang belanja.Kan abang yang ajak Saff."
"Wah...Tak sabarnya! Abang Faliq tunggu sini kejap.Saff nak bersiap." Saffra bergegas naik ke biliknya.Dalam dua puluh minit, Saffra turun.
"Fuyoo! Kemain vogue lagi aku tengok kau.Nak pergi mana malam-malam macam ni?" tegur Jenah yang baru keluar dari dapur sambil membawa sebotol biskut.
"Dinner."
"Dengan siapa?" Jenah teruja ingin tahu.
"Adalah.Tak payah sibuk.Kau layan aje oppa kau tu.Babai...." Saffra sempat menghadiahkan senyuman lebar pada Jenah sebelum keluar.
Cis! Selfish punya kawan.Sanggup dia tinggalkan Jenah sesorang kat rumah.Dia pula seronok ada orang nak belanja makan.
Mujur siang tadi dah pergi pasar raya.Bolehlah juga dia makan mi segera pada malam itu.Kalau tidak, kenyang dengan makan biskut kering ajelah.
Share this novel