Pagi ini semua ketua pengurusan diarahkan untuk ke bilik mesyuarat.Pengarah projek baru yang akan menggantikan Encik Mahmud ada perkara untuk dikatakan dan dibincangkan bersama.
Dalam pukul 9 pagi, mereka dah berkumpul di dalam bilik mesyuarat.Saffra membawa sebuah buku nota bersama sebatang pen bersamanya.
Semua ketua pengurusan sudah ada, kecuali pengarah projek yang masih belum tiba.Mereka menunggu, sambil itu sempat lagi membawang.Kalau ramai lagi syok!
"Limah, Gina mana? Takkan tak masuk ofis lagi kut."
"Kau ni...Dia kan cuti tiga hari sebab balik kampung.Katanya hal peribadi," jelas Limah.Pelik juga dia dengan Saffra.Padahal sudah dua hari Gina tak datang ofis.Takkan sekarang baru perasan?
"Patutlah senyap aje ofis dua tiga hari ni." Kedengaran sinis ayat dari mulut Saffra.Tapi memang pun, sejak ketiadaan Gina, ofis itu sunyi aje.Masing-masing buat kerja sendiri.
Namun, ada jugak yang jadi ahli mesyuarat tingkap, tapi suara masih dikawal agar tidak mengganggu staf-staf lain.
"Itulah kan? Aku pun rasa aman aje ofis ni sejak dia takde.Kalaulah setiap hari macam ni, kan best." Sokong Limah.
Semua orang pun setuju apa yang dikatakan Limah itu.Mana taknya, kalau ada saja Gina dalam ofis, kecoh satu ofis dibuatnya.Rasa macam berada dalam Zoo Negara pun ada.Terpekik sana sini.Jadi tak salahlah kalau Saffra beri dia nama gelaran Gina Gladiator.Dah macam nama raksasa pulak.
Gladiator tu sebab mulut dia yang seperti askar meriam.Sekali dia tembak, senyap sunyi satu ofis macam duduk dalam perpustakaan awam.
Saffra mengangguk-angguk sambil menconteng buku notanya.Dah lama sangat tunggu pengarah prohek masuk.Dia pun dah naik bosan.
Lagipun, waktu pagi macam ni mana ada mood nak berborak.Otak tengah beku.
Bila semua terdengar saja pintu dikuak dari luar, dengan pantas mereka bangun.Dah macam nak berkawad pula.Badan dah berdiri tegap sambil memandang lelaki yang baru masuk itu.
"Sorry, I'm late." Dia membuka satu butang tengah pada blazer sebelum duduk di atas kerusi.Mukanya agak serius.Nampak seperti kepenatan pun ada.
Leha senyum sorang-sorang sambil memandang lelaki itu.Dah kenapa pun tak tahulah.Buang tebiat agaknya.Kalau orang label gila, naya.
"Okey, first of all, let me introduce myself first.Mungkin ada antara kamu semua yang masih belum kenal saya.I'm Hud Raffael, your new Project Manager."
"Boleh percaya ke? Encik Mahmud tak bagitahu apa-apa pun pasal hal ni." Saffra berbisik perlahan kepada dirinya.
"What are you saying?" Raffael dah memandang ke arahnya termasuk semua yang berada di situ.Wajah Saffra dah pucat.Boleh pula dia terlepas cakap macam tu depan pengarah projek.Sudahlah muka macam ketua gengster! Matilah nak.
"Err...Tak...Takde apa-apa." Laju Saffra geleng kepala.Macam tengah duduk atas kerusi urut Gintell yang sedang bergetar.
"Actually, Encik Mahmud ditukarkan ke jabatan lain secara tiba-tiba atas sebab tertentu.Dan dia tak sempat nak beritahu kamu semua tentang perkara ni.Jadi, saya di sini untuk menggantikan tempat beliau," terangnya ringkas dan padat.
Dia dengar ke apa yang Saffra cakap tadi? Macam sudah menjawab soalan Saffra aje.
"Limah, jom lunch!" ajak Saffra dengan senyuman.
Limah dah pandang Saffra pelik.
"Kenapa kau tengok aku macam tu? Ada benda ke kat muka aku?" Saffra meraba-raba wajahnya.
"Bukan ke selalunya kau yang paling liat nak pergi lunch, sampai kitorang kena paksa kau.Mimpi apa semalam?"
"Haih...Aku tak pergi lunch salah, aku nak pergi lunch pun salah." Saffra dah buat muka.
"Tak betul ke apa yang aku cakap?"
Saffra hela nafas."Kebetulan hari ni aku siap kerja awal, sebab tulah aku ajak kau.Yang selebihnya aku sambung nanti."
"Tapi aku tak siap lagi ni..."
"Aku ada gosip terhangat.Kau tak nak dengar ke?" Saffra cuba pancing Limah.
Pantas limah menutup suis komputer.Semua kertas kerja diletakkan dalam satu fail.
"Jom!"
Eh eh, laju pulak dia bila dengar saja pasal gosip.Limah...Limah.Kalau bab bergosip dan membawang, dialah raja.
"Limah, kau tak pelik ke tiba-tiba aje Encik Mahmud kena tukar ke jabatan lain? Sudahlah tak maklum apa-apa kat kita semua." Saffra buka topik.
"Aku pun pelik jugak.Tapi tadi kan pengarah baru kita dah terangkan pasal benda ni.Adalah tu sebab-sebab dia." Limah menyedut jus epal hijau dengan straw.
"Aku bukan apa, minggu depan kan kita sepatutnya kena present depan dia, tapi jadi macam ni pulak." Mentang-mentanglah pihak atasan lebih berkuasa, sesuka hati mereka aje nak main tukar-tukar orang bawahan ke bahagian atau jabatan lain.
"Alah, biarlah.Apa salahnya kalau kita present depan pengarah baru kita tu pun? Nanti aku rasa lagi bersemangat nak buat presentation." Limah pun dah jadi salah seorang peminat setia Hud Raffael.Apa yang hebat sangat pasal lelaki itu pun Saffra tak tahu.
"Korang semua ni kan, tak habis-habis duk puji Encik Senget tu.Meluat aku dengar.Macamlah bagus sangat." Saffra menyudu bihun goreng ke dalam mulutnya.
"Woii Saff! Sedap mulut kau aje panggil dia Encik Senget.Dia tu pengarah projek kita.Kau kenalah hormat dia macam kau hormat Encik Mahmud.Kalau dia dengar macam mana? Tak sanggup aku nak tahu apa yang jadi." Nampaknya Limah sedang membela pengarah kesayangannya itu.Tiada siapa yang boleh mengutuknya.Dah macam peguam bela, Limah.
"Saff, kau tengah buat apa tu?" Zaim menjenguk Saffra melalui dinding kubikelnya.
"Tengah buat bodoh," balasnya selamba.Dia menongkat dagu di atas meja sambil merenung skrin komputer di depan matanya.Wajahnya masam macam petai busuk.
"Buat bodoh? Hmm...lagi bodohlah kau lepasni." Zaim dah tergelak.Inilah peluangnya untuk mengusik Saffra bila Saffra tengah bad mood.
Saffra pula jenis kaki menjawab.Tak boleh duduk diam.Pantang tok nenek moyangnya kalau ada yang buat dia marah.Mesti dia tak akan dibiarkan orang tu terlepas macam tu aje.
Apa lagi? Dia terus bagun.Nafas turun naik.Nampaknya Tuan Puteri sudah murka.Kamus yang terletak di hujung meja dicapai.
"Mari sini kau!" Dengan langkah besar, Saffra mengejar Zaim.Tapi dia tak dapat nak berlari sebab pakai kasut tumit tinggi yang lebih kurang 30cm.Mahunya terkehel kaki kalau lari.
Kalau tumit tu hinggap kat badan Zaim, mahu lebam juga jadinya.
Zaim berdesup lari macam Flash.Nak terbalik biji mata semua staf yang melihat gelagat mereka berdua.Habis satu ofis mereka tawaf.Kalau Gina Gladiator ada ni, memang tak beranilah diorang nak buat macam ni.
"Zaim!"
"Saff, mengucap Saff...Ingat Allah." Dalam keadaan macam ni pun sempat lagi dia nak perli Saffra.Dibelakang Zaim sudah terhalang oleh dinding kaca.
"Sepatutnya aku yang cakap macam tu kat kau! Sedap mulut mak bapak kau aje cakap aku bodoh." Saffra sambung bermain kejar-kejar dengan Zaim.Habis satu tingkat itu dia pusing, sampai tak cukup tanah nak lari.
Zaim dah semput.Tak tahu nak lari celah mana lagi, pasti Saffra jumpa.
Kali ni dia pasrah.Dah tak larat sangat nak lari.Saffra yang perempuan pun dia tengok okey saja.Macam tak ada apa-apa.Orang besi kut.
"Saff, kejap...Aku dah tak larat nak lari ni." Zaim angkat bendera putih.Baju kemeja dah dibasahi peluh.
"Aku minta maaf." Ucap Zaim termengah-mengah.
"Banyaklah kau punya maaf.Tiada maaf bagimu." Wah...Macam pelakon teater.Saffra angkat kamus tebal yang berada di tangannya sejak tadi.Mesti best kalau dapat pukul dia dengan kamus ni.Sekali pun jadilah.Biar sedar diri sikit.Siapa suruh mulut lancang sangat? Inilah makannya.
Baru Saffra nak hayun kamus ke badan Zaim, tangannya sempat dipegang oleh seseorang.Tersentak Saffra.
"What are trying to do?" Biasa saja nada suara lelaki itu tetapi cukup untuk membuatnya gerun.
Saffra kuatkan diri sebelum menoleh ke belakang.Tergamam dia seketika.Bukan dia seorang saja, tapi semua staf di jabatan itu yang sedang menyaksikan drama mereka.
Lantas dia menjatuhkan tangannya.Rasa biru muka, macam saudara-mara Smurf.
"Sa...sa...saya..."
"Masuk bilik I sekarang," arah Raffael lalu berjalan ke biliknya meninggalkan Saffra di belakang.
Sebelum nak berdepan dengan ketua gengster, dia perlu kuatkan fizikal dan mental terlebih dahulu.Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan.
Pintu dibuka perlahan dan dibiarkan terbuka.Saffra tegak berdiri di muka pintu macam pengawal keselamatan.
"Kerusi tu fungsinya untuk duduk.I bukannya saja-saja nak letak buat perhiasan dalam bilik ni." Walaupun matanya masih tertumpu pada kertas di meja, tapi Raffael seperti ada empat mata.Dia tahu yang Saffra sedang berdiri di muka pintu.
Saffra masih membatukan diri.
"You tak lenguh kaki ke berdiri kat situ? Banyak benda I nak bincang ni." Raffael dah angkat muka.Pen di tangan diletakkan.
Namun Saffra masih lagi tak berani nak bertentang secara empat mata dengannya.Dari muka pintu lagi dia berjalan sambil tunduk kepala.Dah macam orang patah tengkuk.
Kalaulah malam-malam ada orang yang ternampak dia berjalan macam ni, mahu lintang-pukang orang itu lari.Ingatkan terserempak dengan penanggal.Seram woo...
Dengan langkah perlahan, Saffra berjalan ke arah sofa yang terletak di sisi kanannya.
"Encik, saya minta maaf." Akhirnya keluar juga sebaris ayat dari mulutnya.
"Stop being childish.You are mature enough untuk main macam tu.Korang sepatutnya berfikir secara matang." Tuan Pengarah Projek dah mula sesi syarahan.
"Saya takde niat pun nak pukul dia.Kitorang cuma berguarau aje." Perlahan suara Saffra.Dia bermain-main dengan jarinya.
"Kalau nak bergurau pun biarlah kena tempat, bukan kat ofis.You tak malu ke kat staf lain yang tengah pandang korang berdua tadi? At least jagalah imej syarikat." Suaranya kedengaran serius.
"Tapi dia yang kacau saya dulu.Takkan saya nak duduk diam aje.Memang patut pun dia kena dengan saya tadi!" Saffra makin berani untuk membela diri.Baru sekarang dia ada sedikit kekuatan nak pandang wajah lelaki di hadapannya itu.
Raffael yang duduk dah bangun dan bersandar pada mejanya.Dia berpeluk tubuh.Saffra mengikut dari belakang.
"Ada ke patut korang main lari-lari dalam ofis macam ni? You ingat I ni tengah jaga budak-budak tadika ke?"
"Kenapa encik..."
"Call me Tuan Raffael.I rasa tua kalau orang panggil I encik." Ceh, berlagak betul pengarah baru ni.Nak kena bertuan bagai.Dia ingat ni balai polis ke nak kena panggil dia tuan? Porahh!
"Kenapa Tuan Raffael tak panggil Zaim sekali? Dalam hal ni bukan saya seorang aje yang bersalah.Tak aci tahu tak?" Saffra rasa tak adil bagi dirinya.Kenapa Zaim tak dipanggil, kenapa dia seorang saja yang kena? Padahal Zaim yang mulakan dulu.
"Sebab I tak nampak apa salah yang dia buat.Tapi you nak pukul dia dengan kamus tu kenapa?"
Hal kecil pun boleh jadi besar bila pihak atasan dah masuk campur.Mereka bukannya serius pun bergaduh.Pukul dengan kamus aje, bukannya batang kayu.
Lagi satu, memanglah Raffael tak nampak apa kesalahan yang Zaim buat, sebab dia tak ada di situ masa mula-mula kejadian.
"I want you and him to make a peace.Dan I tak nak perkara ni berlaku lagi.Understood?"
"Baik Tuan Raffael," jawab Saffra lemah sebelum keluar dari situ.
Raffael geleng kepala.Tak sampai satu hari dia mula kerja, dah ada masalah.Kalau pasal kerja, okey lagi.Tapi ni kanak-kanak ribena yang buat masalah.
Share this novel