11

Romance Completed 62210

Limah pantas mendapatkan Saffra sejurus dia melabuhkan duduknya.Tangan Saffra digenggam.

"Saff aku tak tahu macam mana nak cakap kat kau.Terima kasih sangat-sangat sebab kau dah tolong aku semalam.Kalau bukan sebab kau, boleh kebulur keluarga aku dalam masa sebulan tu."

Saffra tersenyum."Takde hal lah.Kau kan kawan aku.Takkan lah aku nak tengok kau dalam kesusahan.Lagipun kau dah ada anak.Kesian lah pulak kalau kau kena potong gaji.Mesti banyak perbelanjaan yang korang kena tanggung."

"Kau lah sahabat aku dunia akhirat tau."

"Hmm...Tak nak bagi hadiah ke, belanja makan ke? Barulah sahabat dunia akhirat aku."

"Ee...Kau ni.Over pulak! Yalah, lunch nanti aku belanja."

Saffra ketawa kecil.

"Eh, Gladiator tu amacam? Dia ada jumpa atau cakap apa-apa tak dengan kau?"

"Takde.Jumpa nak buat apa? Gaduh? Sorry lah, aku dah malas nak layan minah sewel tu." Saffra menarik laci meja lalu menyimpan beg tangannya itu.

"Bukan lah.Maksud aku, mungkin dia ada cakap terima kasih ke kat kau.Yalah, disebabkan kau kita semua tak dikenakan hukuman tau."

Saffra ketawa seperti dibuat-buat."Gina? Nak ucap terima kasih? Dalam mimpi kau ajelah dia nak buat macam tu."

"Yalah kan? Orang dah tolong, cakap terima kasih pun tak.Sombong betul si Gladiator tu.Eh, aku buat kerja dulu lah.Nanti karang si Gladiator tu datang, tak pasal-pasal dia meroyan pulak pagi-pagi ni." Limah segera mengatur langkah ke mejanya.

"Apa cerita semalam? Korang okey tak? Tuan Raffael mengamuk ke? Dia denda apa?" Belum sempat nak jawab satu soalan, bertubi-tubi pula soalan lain yang dimuntahkan.

"Kau ni bercita-cita nak jadi wartawan ke? Sejak bila pulak tukar bidang?"

"Entah kau ni! Kalau nak tanya pun biarlah satu-satu.Kitorang pun pening dah tak tahu nak jawab yang mana dulu." Sampuk Limah bengang.

Zaim sekadar tersengih-sengih.Teruja benar dia nak tahu perkembangan semalam.

"So, apa yang jadi?" Rafiq pula cuba mendapatkan jawapan.

"Kitorang hampir kena gantung kerja.Tapi..."

"Gantung kerja?!" Pintas Zaim separuh menjerit.Mujur meja mereka terletak agak jauh dari pelanggan-pelanggan yang lain.

"Kalau ya pun terkejut, tak payahlah sampai nak terkeluar anak tengkuk tu!" Saffra pandang Zaim geram.Setiap kali dengar berita mengejutkan, macam itu lah reaksinya.Sampaikan orang lain pun ikut terperanjat sekali.

"Serius ke korang kena gantung kerja? Takkan Saff pun kena jugak?" Rafiq semakin berminat untuk turut serta.

"Tak lah.Kalau korang nak tahu, sebenarnya kitorang tak kena denda apa-apa pun." Ujar Limah bangga.

"Kau biar betul?" Sekali lagi kenyataan daripada mulut Limah itu mengejutkannya.

"Ha'ah, itu pun lepas beberapa kali aku pujuk Encik Senget tu.Tapi kira okey lah jugak sebab at least dia tu tak lah kepala batu."

Sebenarnya banyak perkara yang mereka tak tahu tentang Raffael.Mungkin kalau tengok dari ekspresi wajahnya, dia adalah seorang yang garang, sombong, berlagak.Tapi itu bukan dirinya yang sebenar.Mungkin dibuat-buat?

Kalau diikutkan, dia sendiri pun tak nak sampai pekerjanya kena gantung kerja.Tapi jika mengikut prosedur, memang itu lah yang sepatutnya.Cuma mungkin sekarang dia ingin memberikan kelonggaran dan peluang kedua disebabkan dia juga masih baru di situ dan tidak tahu apa punca mereka bertelingkah.

"Sepatutnya minah sewel tu dah kena buang kerja terus! Baru tenang sikit ofis tu.Buat apa lah Tuan Raffael nak simpan lagi parasit macam dia tu?"

"Tapi kau tak boleh nak salahkan Tuan Raffael jugak.Dia mana lah kenal lagi perangai Gina kat ofis tu macam mana.Lagipun, kau tak perasan ke kalau depan Tuan Raffael aje, perangai dia lain semacam.Pijak semut pun tak mati!" Limah dah membebel.

"Yang tu aku setuju.Tapi Datuk kan dah masak dengan kelakuan Gina kat ofis.Habis, kenapa dia tak buat apa-apa pun? Macam tak ambil kisah aje." Semua orang terfikir sejenak mendengar kata-kata Rafiq yang dianggap bijak itu.

Kenapa mereka tak pernah terfikir begitu? Ah! Di ofis pun berselerak dengan kerja nak kena siapkan.Mana lah mereka ada masa nak fikirkan benda lain selain kerja.

Kalau di rumah sekali pun, dengan masa yang ada itulah mereka berehat sepuas-puasnya.Tak sempat nak berangan tentang perkara lain.Yang ada cuma kerja...kerja...dan kerja, termasuklah pelbagai drama yang berlaku kat ofis tu setiap hari.Pening!

"Hmm...Aku pun curious jugaklah.Dah terang-terang Datuk tahu Gina dengan mulut kepoh dia kat ofis tu, tapi Datuk buat derk aje." Saffra mengelus-elus dagunya yang licin itu.

Mereka masuk sedikit awal ke pejabat lepas habis makan tengah hari.Katanya nak sambung kerja.Daripada buang masa bercerita perkara tak berfaedah, itulah lebih baik.Lagipun mereka dah tak sanggup, kalau hampir setiap hari nak kena balik lambat sebab nak sudahkan tugasan berkumpulannya itu.

Lagi pula, bukan mereka dapat elaun apa-apa pun, atau upah sebab kerja overtime.Tapi kalau dah terpaksa jugak, memang tak boleh nak elaklah.

Baru Saffra duduk tak sampai sesaat, telinganya terdengar beberapa orang staf yang sedang rancak berborak.

Mulanya dia malas ambil tahu.Tapi makin lama, makin menarik pula! Apa lagi? Terus dia tadah telinga lebar-lebar seperti kuali.

"Sara, kau tahu tak yang Datuk dah tahu pasal isu semalam?"

"Ya ke? Lepas tu, apa yang jadi?" Bersungguh Sara bertanya.

"Inilah yang aku pelik.Datuk tak nak ambil tahu pulak pasal hal tu.Tapi dia suruh Tuan Raffael pulak yang handel.Kesian Tuan Raffael ma...Patutnya Datuk yang kena ambil tindakan, bukan lepas tangan macam tu aje.Yalah, ini kan kompeni dia." Beria-ria Mei Ling bercerita.

"Itu sebab Datuk dah tak sayang kat kompeni dia.Mungkin Datuk dah bersedia kut kalau bisnes dia akan lingkup tak lama lagi." Selamba saja Rudi berkata tanpa rasa bersalah.

Kalau pihak atasan dengar ni, bukan saja kompeni yang lingkup, tapi dia sendiri yang melingkup!

"Apasal kau cakap macam tu?" Sara menyoal.

"Dah Datuk nak simpan jugak si perosak tu dalam kompeni.Yang sepatutnya, Datuk tendang aje dia keluar! Lebih baik mencegah dari merawat.Kalau dah simpan lama-lama, takut nanti berjangkit kat orang lain pulak."

Nampaknya bukan Saffra dan gengnya sahaja yang tidak suka dengan Gina yang selalu buat masalah tu, malah kalau ditengokkan, satu unit tu pun sama.

Leka sangat dengar orang bercerita, sampaikan kerja yang bergunung di atas meja pun boleh lupa.Saffra pantas mencapai fail kerjanya dan pen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience