4

Romance Completed 62210

"Saff, kau okey tak? Kenapa tak makan?" soal Rafiq apabila melihat makanan di depan Saffra masih belum terusik.

Rafiq sudah seperti abang bagi Saffra.Dia selalu mengambil berat tentang dirinya.Walaupun dia jenis yang suka mendiamkan diri, tapi siapa tahu dalam diamnya itu, Rafiq adalah seorang yang suka ambil berat pasal orang.

"Aku okey," jawabnya pendek.

"Takkan kau diet kut? Aku tengok sama aje.Takde perubahan pun." Yang seorang ni pula tak habis-habis nak cari pasal.Ada saja ayat menyakitkan hati yang keluar dari mulutnya.

"Kau ni tak sudah-sudah nak usik Saff.Jangan sampai terbalik meja makan kat sini sudahlah." Rafiq dah tunjukkan peranannya sebagai abang.Wah!

Terharu Saffra dengan sikap lelaki itu.

"Aku macam tak percaya aje yang kita ada pengarah baru.Muda pulak tu.Tapi aku tak kisah, yang penting hensem." Limah sudah tersengih seperti kucing miang.

Ceh! Sempat lagi dia memuji lelaki lain.Padahal dah berlaki.

"Tapi kenapa tiba-tiba aje dia gantikan tempat Encik Mahmud pulak? Tup tup muncul macam tu aje." Zaim mula serius.

"Alamak!" Dalam duk termenung, Saffra tiba-tiba terjerit.

Terkejut habis mereka bertiga yang tengah selera menikmati makanan.Mujur cepat-cepat Limah meneguk air suam di depannya.

"Saff, kalau aku tercekik mee kat sini macam mana? Orang tengah makan, dia menjerit macam kena sawan pulak!" Limah sudah marah.

"Kau dah kenapa Saff?"

"Sebenarnya....Tadi aku termarah dia." Jujur Saffra tapi teragak-agak untuk memberitahu.

"Apa?! Kau marah dia? Pengarah projek baru kita tu? Saff, kau lupa ke apa jawatan dia dalam syarikat tu?" Tercengang mereka bertiga mendengar pengakuan Saffra.

"Wah! Berani kau marah pengarah projek!" Zaim sudah gelak.

"Kenapa kau marah pengarah baru kita tu? Dia ada buat apa-apa ke kat kau?" tanya Rafiq bimbang.Bukan seperti Zaim, yang tengah gelakkan dia.

Saffra segan hendak bercerita.Tambahan pula dia duduk semeja dengan dua orang lelaki.Lagi pula, apa yang berlaku itu melibatkan maruah dirinya.

"Lupakan jelah.Cepat makan.Aku dah letih ni.Mengantuk nak balik tidur."

Selesai makan, mereka membuat haluan masing-masing.Rafiq pulang dengan kereta Myvinya, manakala Zaim menaiki motor LC biru miliknya.Saffra dan Limah pula berjalan bersama menuju ke parkir lot.Kereta mereka diparkir bersebelahan.

"Saff, sambunglah cerita tadi." Limah masih belum lupa lagi rupanya tentang apa yang Saffra beritahu semasa di gerai makan.

"Cerita apa?" Saffra buat-buat tanya.

"Alah, pura-pura lupa pulak.Pasal kau marah pengarah baru kita tulah."

"Betul kau nak tahu?"

"Betul betul betul!" Eh, macam pernah dengar aje ayat tu.Limah sudah tak sabar.

"Emm...Tak payahlah.Aku malulah.Nanti mesti kau ketawakan aku."

"Ceritalah...Aku nak tahu apa yang berlaku sampai kau berani marah kat dia." Limah memujuk Saffra sambil memandang Saffra di sebelahnya dengan wajah berharap.

Saffra menghela nafas sebelum membuka cerita.Seperti yang dijangka, belum habis bercerita, Limah sudah gelak mendengar apa yang diberitahunya tentang apa yang berlaku di ofis siang tadi.

"Tengok! Kau mesti ketawa punya." Wajah Saffra sudah masam.

"Aduii....Kau ni.Itulah kau, sepatutnya sebelum keluar tandas, betulkanlah dulu pakaian tu elok-elok.Kan dah jadi macam ni." Limah geleng kepala.

"Manalah aku tahu nak jadi macam tu.Mamat tu pula, selamba aje dia cakap macam aku ni takde perasaan."

"Dah, tak payah nak ingat lagi."

"Lambat kau balik.Pergi mana?" tegur Jenah selepas pintu ditutup.Dia sedang syok melayan drama korea yang disiarkan di saluran berbayar sambil menguyah kerepek pisang.

"Aku habis kerja lambat tadi.Lepas settle semua, kitorang terus pergi makan kat luar." Saffra dah duduk sebelah Jenah.Beg tangan dicampak atas meja.

"Kenapa kau makan kerepek pisang aje? Tak keluar beli makan ke?"

"Aku pun dah makan kat luar tadi lepas balik kerja.Nak?" Jenah menawarkan kepada Saffra.Saffra geleng.Perutnya masih penuh lagi sebab baru saja habis makan nasi goreng pattaya.

"Nampak letih aje kau ni.Tak cukup zat ke?" Jenah memandang Saffra yang sedang bersandar pada sofa sambil mendepangkan kedua-dua tangannya atas sofa.

"Entahlah...Dah hujung-hujung bulan macam nilah yang paling sibuk.Minggu depan ada presentation.Tapi pasal presentation tu aku tak kisah.Cuma..."

"Cuma apa?" Mulut Jenah masih belum berhenti mengunyah.Dah tinggal hujung-hujung aje kerepek pisang di dalam plastik itu.

"Kitorang kena present depan pengarah projek baru." Seiring dengan itu Saffra mengeluh.

"Chill lah.Dia tak makan orang pun." Itu saja yang Jenah balas? Tak membantu langsung.

Saffra bangkit untuk ke bilik.Selesai mandi dan solat, terus dia baring atas katil.Tak sampai beberapa saat matanya sudah terpejam rapat.Penat sangat agaknya.

Macam-macam yang berlaku kat ofis.Setiap hari ada saja masalah.Tapi semua orang pun ada masalah, cuma situasinya saja yang berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience