BAB 21

Romance Series 11496

Herra menanggis! Dia tidak dapat menahan air matanya yang sudah lama bertakung dia tubir mata. Hatinya sakit seperti dihiris apabila mengingati kejadian yang baru berlaku tadi.

Semalam dia terdengar perbualan Ah-rie dan Clara dimana jika Clara mahu Ah-rie menerimanya sebagai ibu, Clara perlu hadir ke perjumpaan ibu bapa di sekolah mereka esok dan memberitahu Clara adalah ibu kepada Ah-rie bukan Herra. Ah-rie juga menegaskan dia tidak ingin sesiapa tahu yang dia dan Herra adalah adik beradik tiri kerana dia malu dan jijik.

Herra terdiam mendengar perbualan itu. Namun dia pasti yang Clara akan memilih dia kerana dia tahu Clara memang bersungguh menunjukkan kasih sayang kepadanya sejak dia bersetuju dengan wasiat daddy nya untuk tinggal bersama Clara di Seoul.

Esok paginya di sekolah semua ibu bapa rakan sekelas mereka telah hadir termasuk ibu Sang woon. Herra yang dari tadinya berdebar menunggu kedatangan Clara tersenyum lega apabila melihat kelibat Clara dimuka pintu.

Kesemua mata yang berada dalam bilik tersebut terkesima kerana kecantikkan Clara yang memukau pandangan orang sedang berlangkah masuk. Clara yang seperti mencari kelibat Herra dan Ah-rie tersenyum kepada semua yang memandangnya.

Kemudian Clara menyusun langkah mendekati meja belajar Herra dan berhenti seketika, namun langkah kaki Clara berjalan ke belakang kelas dimana Ah-rie berada. Herra terdiam.. Dia memberikan pandangan kosong pada Ah-rie yang sedang tersengih sinis kepadanya.

Kedengaran suara Clara memperkenalkan diri dan memberitahu dia adalah ibu kepada Han Ah-rie. Kesemua terpegun kerana tidak menyangka Ah-rie mempunyai ibu secantik dan seanggun Clara.

Herra yang tadinya seperti tidak percaya apa yang berlaku terkejut mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Clara sebentar tadi. Air matanya mula bertakung, perasaannya mula beremosi. Dia segera berdiri dan berjalan laju keluar dari kelas tersebut.

Sang woon yang memerhatikan perlakuan Herra cuba memahami apa yang berlaku. Dia berniat mengekori Herra namun tangannya ditahan oleh ibu nya tidak membenarkan dia keluar kerana sesi suai kenal dimulakan sebenar lagi.

Herra mengurungkan diri di dalam tandas sepanjang perjumpaan itu. Dia cuma menangis, perasaan bencinya terhadap Clara membuak-buak saat itu merasakan Clara bukanlah ibu kandungnya.

'Saat dia memerlukan kasih sayang seorang ibu dia ditinggalkan dan saat dia memerlukan seorang ibu dia dipinggirkan? adil kah itu? kejam kah dia membenci mummy nya sendiri sebabkan dua perkara itu? Tidak! Lebih memeritkan mummy nya lebih memilih anak orang lain daripada anak kandungnya sendiri?!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience