Get the app for full experience
Herra menghempas tubuhnya diatas katil empuk dalam bilik tidur itu. Ada air jernih keluar dari matanya! Teringat apa yang Anna beritahu padanya tadi.
'Betulkah penceraian daddy dan mummy di sebabkan kerjaya mereka berlainan dan itu juga menyebabkan mummy curang pada daddy?'
Clara sebelum ini adalah seorang doktor pakar yang bertugas di Hospital Swasta di Ibu Kota Kuala Lumpur. Bromn pula seorang Ahli perniagaan yang selalu kerja outstation di luar negara dan itu menyebabkan mereka jarang berjumpa walaupun masa cuti.
Setelah mereka bercerai Clara berhenti kerja dan pindah ke Seoul dan setelah setahun dia berkahwin dengan Han Ryu won.
Anna menegaskan dia tidak ingin Herra mengahwini Jeon Sae hyun kerana kerjaya lelaki itu akan menyebabkan Herra selalu ditinggalkan dan begitu juga sebaliknya.
Herra buntu! Anna sudah menyatakan dia tidak akan bersetuju jika Herra memilih Sae hyun untuk dijadikan suami.
Herra bangun menyapu air matanya dan dia mengambil iphone miliknya yang berada di atas kerusi sofa dalam bilik itu. Dia mendail nombor telefon Sae hyun namun panggilannya tidak dapat dihubungi kerana telefon Sae hyun ditutup. Dia mengeluh!