BAB 39

Romance Series 11496

Beberapa hari kemudian, Herra mendapat tahu Sang woon telah masuk semula bekerja dan dia di minta untuk berjumpa dengan CEO syarikat itu.

Sebaik sahaja Herra masuk ke dalam bilik Sang woon, Herra terkelu kerana bukan sahaja cuma Sang woon berada dalam bilik itu namun ibu dan ayah Sang woon juga ada sekali termasuk pembantu peribadi keluarga itu, dan keadaan itu membuatkan Herra mengimbau kenangan lalu.

Tetapi kali ini Herra tidak akan membiarkan maruahnya di pijak sesuka hati lagi oleh orang tua keluarga itu. Herra menunduk hormat dan memandang wajah mereka satu persatu. Wajah mereka penuh amarah dan Sang woon nampak tegang. Namun Herra tidak sedikit pun berasa gentar hanya tenang berhadapan dengan mereka.

"You're so shameless!" Ibu Sang woon berkata angkuh, ayahnya cuma mendiamkan diri.

"Eomma!" Suara Sang woon kedengaran..

"Wae! Neo ajigdo geunyeoleul joh-ahani?" Ibu Sang woon bertanya jika Sang woon masih menyukai Herra.

"Eomma! Jebal..geumanhae." Sang woon menahan emosinya..

"Geunyeoneun-i modeun iyuga mueos-ibnikka?" Sebab? Herra menahan hati apabila ibu Sang woon bertanya jika Herra penyebab semua ini..

Sang woon terdiam kerana dia mengakui memang Herra la penyebab dia ingin menjawat jawatan CEO itu dan kerana Herra juga la dia kembali mengurungkan diri di dalam bilik apabila mendapat tahu Herra mencintai orang yang dia anggap sebagai abang selama ini.

Juga di sebabkan itu keluarganya yang berada di luar negara bergegas balik ke korea dan sekali gus mendapat tahu Herra telah muncul semula dan bekerja di syarikat mereka melalui berita kejadian pertandingan peragaan tempoh hari.

"You must be happy right? because whatever he did just because of you! Why you should coming back? why you should working in our company? What is your intention this time? Want to seduce my son again? why? all the money i was give before this is not enough for you? Now how tell me how much you want to get away from my son's life?!"

Reaksi Herra tetap tenang namun hati Herra merintih bukan kerana dia dihina seperti dulu tetapi dia cemburu Sang woon masih mempunyai ibu yang mempertahankannya dan menyayanginya sehingga sekarang sedangkan dia? Dia tidak mempunyai kasih sayang selayak seorang ibu terhadap anaknya..

"Geumanhae eomma! Herra ssi you may go now!" Sang woon sudah tidak tahan mendengar Herra di hina oleh ibunya sendiri.

"You should fired her right now!" Ibu Sang woon memberikan arahan.

"From the beginning i did not need your money and i never intended to seduce your son, just if you think your money is for everything? Trust me! you're wrong because your money does not promise the happiness of your son.. I will give my resignation letter immediately.. " Mereka terkelu. Herra menjawab tanpa emosi setelah menunduk hormat dia berjalan keluar daripada bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience