BAB12

Romance Series 11496

"What wrong with me! arrghh.." Herra menjerit pelahan di depan cermin yang berada di dalam ladies room itu. Dia memandang wajahnya yang masih sedikit merah dan jantungnya masih berdegup kencang. Dia cuba menarik nafas panjang dan menenangkan dirinya sebelum masuk ke dalam bilik Sang woon.

Sementara di dalam bilik, Sang woon sedang duduk di sofa bersama Sae hyun berborak agak rancak. Mereka memang rapat dan bersahabat baik walaupun Sae hyun selalu sibuk dengan jadual yang padat namun dia tetap berhubung dengan Sang woon kerana juga menganggap Sang woon seperti adiknya sendiri.

Sungguh pun begitu Sang woon tidak pernah serius ketika bercerita perihal gadis yang rapat dengannya kecuali pada malam itu ketika Sang woon menghubungi Sae hyun mengajak keluar untuk minum bersama. Sang woon begitu serius meluahkan perasaan kecewanya terhadap seorang gadis sampai mengeluarkan airmata. Walaupun Sang woon tidak menyebut nama gadis itu Saehyun tahu gadis itu adalah Herra.

Terdetik sedikit kagum dalam hatinya terhadap gadis yang bernama Herra itu kerana mampu membuatkan Im Sang Woon menangis sebegitu, sedangkan Sang woon yang dia kenal adalah seorang yang tidak pernah serius dan ambik peduli terhadap seseorang yang bernama perempuan termasuk ibu sendiri. Seolah-olah dia tiada perasaan ketika menyebut perihal perempuan walaupun dia dikelilingi perempuan cantik dan seksi. Hidupnya dipenuhi dengan keseronokkan semata-mata.

Herra berjalan menuju ke bilik Sang woon dan seketika dia mendengar suara Sae hyun dari dalam..

"Naneun dangsin-ii hoesaui CEO yeossgo jigeum samusil-e issdago malhal ttae jeongmallo nollabseubnida.." Sang woon ketawa perlahan..

"Naneunhaeyahanda.." Sae hyun cuma tersengih walaupun dia tahu jawaban sebenar.

Ketukkan pintu membuatkan keduanya terdiam, fokus pada daun pintu yang ditarik dari luar. Herra masuk dan menunduk hormat sedikit tanpa memandang keduanya. Wajah Sang woon tiba-tiba berubah menjadi serius. Sae hyun cuma menjadi pemerhati.

"Anything?" Herra malas mahu berbasah basi. Dia memandang wajah Sang woon tanpa perasaan.

"You can go for now.. Just be ready we have a meeting half an hour from now." Herra tercengang..

'Tu je kau nak beritahu aku??? arah PA kau call je beritahu kan boleh! tak ada la aku nak menapak dekat tingkat 10 ni! Are you kidding me right now...! Starlight dekat dahi nak?' Hati Herra mula geram. Huh! Dia cuba mengawal reaksi wajahnya sebaik mungkin.

"Algessseubnida.." Herra menunduk hormat kemudian meminta izin keluar.

Sang woon menahan hati, dia sengaja memanggil untuk melihat Herra semata-mata sekali gus mahu Herra sentiasa dalam pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience