BAB 76

Romance Series 11496

Dua hari kemudian..

Sae hyun pulang ke rumah selepas habis sahaja photoshoot dan dance practice untuk comeback group mereka. Dia yang memang professional hanya fokus tetapi lebih banyak mendiamkan diri.

Selepas membersihkan diri Sae hyun duduk di hujung katil di biliknya dan kemudian menghempas tubuhnya di atas katil. Dia termenung lagi memandang silling bilik tersebut.

Beberapa minit selepas itu dia bangun, perasaannya bercampur baur dari dua hari lepas selepas Herra meninggalkannya tanpa alasan yang kukuh.

Sae hyun masih tidak boleh menerima kenyataan yang Herra pergi meninggalkannya dengan begitu sahaja.

'Apa salah yang dia telah lakukan terhadap gadis yang dia cintai sepenuh hati itu? Adakah gadis itu bosan dengan dirinya yang sentiasa sibuk? Apakah perhatian dan kasih sayangnya kurang terhadap gadis itu? Dia mengakui mereka tidak seperti pasangan yang lain boleh meluangkan masa bersama di mana-mana sahaja namun adakah dia tidak layak mencintai dan dicintai?'

Itu yang bermain dimindanya dan hatinya berdegup kencang akibat perasaan kecewa yang dia rasai saat ini. Dia meraup wajahnya, kemudian berdiri keluar dari bilik tersebut.

Dia duduk di depan Tv cuba mencari sesuatu yang boleh menenangkan hatinya. Channel Tv di tukar ke channel lain ke channel lain, tiada rancangan yang menarik perhatiannya untuk menonton kemudian secara tiba-tiba dia melemparkan ke lantai remote control Tv tersebut.

"Arghhhh!" Sae hyun menjerit lantang melepaskan bebanan dihatinya!

"Baby? i missed you..." Sae hyun berbisik pelahan suaranya kedengaran merintih kerana sungguh dia merindui Herra!

Sae hyun bangun mengambil jaket dan kunci keretanya dia melangkah keluar, dia perlu menemui Herra sekarang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience