BAB 45

Romance Series 11498

"Eotteohge geuleol su issni?" Sang woon bertanya kepada Herra. Perubahan wajah ibu dan ayah Sang woon menunjukkan mereka masih tidak percaya bahawa gadis yang selama ini mereka hina, pandang rendah dan tuduh ingin menghancurkan hidup anak lelaki mereka serta cuma menginginkan harta mereka adalah orang yang mempunyai kuasa besar terhadap syarikat mereka dan sekarang mereka memerlukan bantuan gadis itu untuk syarikat mereka bertahan dari muflis.

Berapa tahun yang lepas setelah Herra menjawat jawatan sebagai CEO, Samuel mencadangkan salah satu pelaburan yang baik untuk syarikat mereka dan Herra yang pada mulanya tidak mengetahui bahawa MAL Group adalah syarikat milik keluarga Sang Woon bersetuju.

Herra mengarahkan Samuel dan Minzu mewakili Hiddeston Company untuk berurusan sejak mula. Setelah itu, baru lah Herra mendapat tahu dan hanya beranggapan itu adalah urusan business tiada kena mengena dengan urusan peribadi antara mereka.

Herra juga bersetuju untuk bekerja di syarikat itu dulu kerana tahu Sang woon tidak mengambil tahu perihal syarikat mereka namun dia salah setelah dua bulan Sang woon mendapat tahu dia bekerja di syarikat itu dan itu juga membuatkan Herra masih tertanya siapa yang memberikan info kepada Sang woon keberadaannya di situ.

"Are you plan all of these from the start?"Ibu Sang woon bersuara dalam getaran.

"I'm sorry, i think its is not the point of these meeting.. and the point is tell me what makes you think i'm still interested in investing in your company? because we're talk about billion dollar here" Herra menjawab serius dan tegas tanpa mengambil peduli masalah peribadi antara mereka. Dia perlu professional dalam hal ini.

Sang woon yang masih terkejut membetulkan duduknya, pertama kali dia melihat Herra begitu professional yang selayaknya sebagai seorang CEO dan itu membuatkan dia kagum dalam masa yang sama dia seperti tidak percaya gadis yang dulunya dia kenal lemah lembut, innocent face adalah orang yang sama di hadapannya sekarang.

"I'm.. just.. ehemm! neoleul nabdeugsikigo sip-eo.." Belum sempat Sang woon menghabiskan ayatnya yang menyatakan cuma ingin menyakinkan pelabur, Herra telah memotong kata-kata Sang woon dengan..

"No! It's okay i do not think i'm interested to hearing it, just i will make it clear. Let's me know if you all intend to selling your company shares, I will buy it twice.. Thanks for these meeting, see you again."

Semua terngagam mendengarnya. Herra dengan tanpa perasaan berdiri menunduk hormat dan berjalan meninggalkan bilik meeting tersebut diikuti dengan Samuel, Minzu, dan beberapa orang bodyguard yang mengiring mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience