BAB 86

Romance Series 11496

Dua hari kemudian Herra datang ke rumah keluarga Han's apabila bapa tirinya itu telah dibenarkan pulang ke rumah kerana keadaan jantung telah pun stabil tetapi masih dalam rawatan dan pengawasan.

Kemudian sementara menunggu Clara dan pembantu rumah menyiapkan hidangan untuk makan tengah hari Herra duduk di luar halaman rumah banglo itu bersendirian.

"Herra ah" Ah-rie yang tiba-tiba muncul menyapa pelahan dari belakang.

"Nae? (Yes?)" Herra terkejut.

Ah-rie datang mendekati dan duduk di sebelah Herra tanpa mempedulikan reaksi Herra yang agak kekok. Herra berasa hairan kerana tidak pernah Ah-rie memanggilnya begitu dan secara tiba-tiba duduk di sebelahnya seperti itu namun dia hanya membiarkan.

"I never say it before but after all you did for my family and Han's Group of course i need to say thank you for everything. You have saved our company from bankruptcy. Gomawoyo Herra ah, Jinsim eulo gamsadeulibnida (Thank you Herra, I sincerely say thank you very much).."

Gulp! Herra terkelu tidak tahu perlu memberikan reaksi apa pada Ah-rie ketika ini. 'Benarkan apa yang aku sebentar tadi? ke perli semata-mata?' Herra memandang wajah Ah-rie ingin memastikan kebenaran dan keikhlasan dalam ucapan terima kasih tadi kepadanya.

Memang betul Herra telah menggunakan kuasanya sebagai seorang CEO of Hiddeston Company untuk menyelamatkan Han's Group company kerana dua pelabur terbesar syarikat itu ingin menarik diri akibat kerugian yang banyak daripada kejadian kebakaran kilang utama syarikat itu dan juga hilang kepecayaan terhadap syarikat kerana mendengar berita tentang serang jantung yang dihadapi Han Ryu wan.

Kebetulan Hiddeston company mempunyai hubungan kerjasama dalam projek besar bagi dua syarikat itu, Herra menyatakan dengan tegas jika kedua syarikat itu menarik balik pelaburan mereka terhadap Han's group maka Hiddeston Company juga akan membatalkan semua hubungan kerjasama terhadap kedua syarikat itu.

Oleh disebabkan itu, kedua syarikat berkenaan membatalkan hasrat mereka daripada menarik balik perlaburan mereka kepada Han's group kerana jika tidak itu akan membuatkan mereka rugi dua kali ganda.

"And.. i also want to apologize with all the bad things i've done to you. i admit it, everything is my plan and my faults.. I'm so sorry, please forgive me." Sambung Ah-rie.

"It's okay. I'll forgive you because everything has past. Well, i'm glad at least you know how to appreciate others." Setelah berapa minit baru lah Herra bersuara.

Dia betul-betul lega akhirnya Ah-rie seperti sudah mula berubah menjadi yang lebih baik. Ah-rie tersenyum lembut dan itu adalah kali pertama Herra melihat senyuman ikhlas daripada Ah-rie kepadanya!

"But wait! please don't tell me you're the person who is telling everything about my family to Im's family?"

Herra baru teringat tentang perkara itu dan melihat reaksi wajah Ah-rie yang berubah. Sah! memang dia yang memberitahu segalanya dulu pada keluarga Sang woon tentang keluarga Herra yang menyebabkan Herra di bawa berjumpa dengan mereka dan dihina teruk oleh keluarga itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience