BAB 58

Romance Series 11496

"Auntie Mey.."

Herra memanggil nama mummy Trisha yang telah sampai beberapa jam lepas bersama suaminya Uncle Mizal dan anak lelaki sulungnya Tristan yang membelakangkan Herra sedang menunggu di luar bilik mayat.

Mereka serentak menoleh ke belakang berhadapan dengan Herra. Wajah masing-masing mempunyai sisa-sia air mata yang baru lepas menangis hiba terkilan dengan pemergian Trisha..

"Herra..." Auntie Mey bersuara..

"Uncle Mizal.. Abang.."

Herra menundukkan kepalanya dengan perasaan sebak dia pelahan-pelahan melutut di hadapan mereka. Semua terkejut!

"Herra ssi..?" Sae hyun yang berada di belakang Herra juga turut terkejut.

"I'm sorry, i'm really sorry.. all happened because of me.. my fault Auntie Mey.. I'm so sorry..." Suara tangisan mula kedengaran..

"No.. Herra it's not your fault honey.." Auntie Mey segera mendekati Herra memintanya bangun dan memeluk Herra erat juga turut menangis. Uncle Mizal mendapatkan mereka dan memeluk keduanya.

Tristan hanya memandang dengan perasaan hiba juga mengalirkan air mata. Mereka semua perlu menerima kenyataan bahawa Trisha sudah pergi dari hidup mereka selamanya.

Dalam keadaan begitu, Herra nekad dia perlu memberikan keterangan kepada polis yang menyiasat kes kejadian itu. Dia perlu serahkan semuanya kepada polis untuk menuntut kematian Trisha. Orang yang bertanggungjawab perlu mendapatkan hukuman yang setimpal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience