BAB 71

Romance Series 11498

Setahun kemudian penyakit Bromn sudah di tahap ketiga dan dia masih tidak memberitahu sesiapa. Dia tahu hidupnya sudah tidak lama lagi, walaupun perit dia nekad mahu menceraikan Clara kerana memikirkan Clara berhak hidup bersama orang lain tidak sepertinya yang lemah.

Bromn berpura-pura mula menjadi suami yang berubah sikap, sentiasa mencari kesalahan Clara bersama lelaki lain dan menjauhkan diri dari Clara dengan mencari seorang wanita yang dia upah menjadi teman wanitanya untuk berfoya-foya dan juga anak luar nikah itu selalu menjadi bahan utama pertengkaran mereka. Namun walaupun begitu dia tetap melayani Herra sebaik-baiknya sebagai seorang ayah kepada anak tunggal kesayangannya.

Clara yang memang berasa kecewa sejak tahu tentang anak luar nikah suaminya tambah berasa amat kecewa dengan perubahan Bromn terhadapnya dan akhirnya bersetuju untuk bercerai tetapi dia terkejut apabila Bromn tidak akan menyerahkan hak penjagaan Herra kepadanya dengan alasan dia ingin Herra kekal bersama dengannya untuk mewarisi semua harta kekayaannya jika tidak Herra tidak akan mendapat satu sen pun daripada hartanya.

Sebulan kemudian selepas memikirkan masak-masak tentang perkara itu Clara terpaksa bersetuju dan berkorban demi Herra dan akhirnya dia bersetuju dan meninggalkan Herra dalam tangisan yang sangat sayu ketika Herra sedang tidur.

Apabila Herra berumur 17 tahun dan genap setahun perkahwinan Clara dengan Han ryu woon. Samuel datang memberitahu tentang niat Bromn yang ingin berjumpa dengan Clara dan hari itu juga Clara mengikuti Samuel terbang ke Malaysia.

Clara sangat terkejut melihat Bromn yang cengkung dan tidak bermaya berada di atas katil di dalam bilik yang suram itu. Dia seperti tidak percaya bahawa Bromn lelaki yang dia kahwini handsome segak bergaya dulu adalah lelaki yang sama terbaring di atas katil itu.

Disitulah Bromn menceritakan segala tentang anak luar nikahnya dan penyakit yang dia hadapi sejak dulu. Betapa kecewa dan menyesalnya Clara ketika itu, dia menangis semahunya-mahunya merasa amat marah pada dirinya sendiri kerana dia adalah seorang doktor dan dia tidak sedikit pun menyedari tentang penyakit suaminya sendiri.

Setelah sebulan akhirnya dia mendapat tahu tentang pemergian Bromn. Air matanya tidak berhenti mengalir sejak dia dalam perjalanan untuk melawat kali terakhir sekali gus berniat mengambil Herra kembali ke dalam pangkuhannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience