BAB 80

Romance Series 11496

Setelah melepaskan segala bebanan di hatinya, Herra cuba kembali kuatkan diri dan memandu kereta ke arah sebuah kedai makan biasa yang berdekatan dan masuk ke dalam kedai tersebut.

Dia memesan makanan dan minuman kerana perutnya tiba-tiba terasa lapar sebab termasuk hari ini sudah tiga hari dia tidak menyentuh makanan yang dihidangkan oleh Minzu di biliknya. Dia memerlukan tenaga semula sebelum balik ke Sydney. Sedang dia menunggu pesanan dia termenung merenung ke luar tingkap.

Tiba-tiba kedengaran suara pekikkan dua orang pelanggan berpasangan memarahi seorang pelayan yang tidak sengaja menumpahkan sedikit air ke atas beg tangan pelanggan tersebut.

Pelayan tersebut segera mengambil kain untuk membersihkan namun perbuatannya lagi membuatkan pelanggan tersebut bertambah marah kerana takut beg tangan yang mahal kononnya itu lebih bertambah kotor dan cuba menuduh pelayan itu sengaja berbuat demikian kerana berniat ingin mencuri barang yang berada di dalam beg tangan tersebut.

Herra yang dari tadi hanya mendengar tidak dapat menahan diri apabila melihat pelayan itu mula dikasari oleh teman lelaki gadis itu dengan menolak beberapa kali kepala pelayan tersebut kerana berusaha menolak tuduhan itu. Tuan kedai juga mula memarahi pelayan tersebut untuk menjaga hati pelanggan kedainya.

Pelayan itu mengalirkan air mata kerana dituduh sedemikan dan terpaksa melawan untuk mempertahankan dirinya disebabkan itu pelanggan lelaki itu mengangkat tangan ingin memukul pelayan muda itu.

"Excuse me!" Suara lantang Herra membuatkan mereka terdiam dan tangan lelaki itu terhenti!

Herra berjalan mendekati mereka dan secara tiba-tiba dengan sepantas kilat dia menarik pergelangan tangan lelaki itu dan memusingkan tubuhnya ke belakang tubuh lelaki itu mengakibatkan tangan lelaki itu turut terpusing ke belakang.

Jeritan kesakitan lelaki itu membuatkan semua disitu juga terjerit akibat terkejut dengan tindakan sepontan Herra.

"Neo sagwahaeya hae! (You have apologize to her!)"

"Mwo! (what!)"

Herra menendang sebelah kaki lelaki itu dari belakang membuatkan kakinya seperti melulut di hadapan pelayan tersebut.

"Yahhhh! geumanhae!( Heyyyy! stop it!)" Jerit teman wanitanya pula.

"Ppalli! (Quick!)" Herra tidak mempedulikan jeritan gadis itu malah dia mendesak lelaki itu segera meminta maaf dengan menguatkan pusingan tangan lelaki itu yang dalam gengaman tangannya dan itu membuatkan lelaki tersebut sekali lagi menjerit kesakitan.

"Nae! nae! mian haeyo! (Yes! yes! i am sorry!)"
Lelaki itu meminta maaf kepada pelayan tersebut diikuti suara menahan sakit. Dan selepas itu barulah Herra melepaskan tangan lelaki itu secara kasar.

"Neo michyeoss ni?! (Do you crazy?!)" setelah segera mendapatkan teman lelakinya, gadis itu memarahi Herra.

"I think you should ask yourself if you want to have a relationship with this guy because as you see he does not respect a women and it would be impossible for him to do to you what he had done to this girl.."

Herra memandang tenang ke arah gadis itu yang terkebil-kebil cuba memahami ayat Herra dan dia merenung tajam ke arah teman lelakinya yang masih menahan kesakitan dan berpura-pura tidak memahami renungan teman wanitanya.

Herra bergerak pelahan ingin keluar dari kedai tersebut, perutnya yang lapar tiba-tiba terasa kenyang. Dia berjalan ke arah tempat duduk yang memang tersedia disitu. Herra merenung pemandangan malam di hadapannya. Dia menarik nafas dalam dan menghembuskan pelahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience