BAB 17

Romance Series 11577

Sae hyun yang bersendirian menghadiri majlis itu menyapa kawan artis yang lain dan wartawan yang datang mendekatinya juga kedengaran ada jeritan peminatnya yang terlihat kehadirannya di situ. Seketika matanya mencari kelibat Sang woon, kelihatan seperti yang dicari dia melihat Sang woon sedang duduk berborak bersama tetamu yang lain kemudian dia terpegun saat terpandang Herra yang berdiri bersendirian di satu sudut sedang berbual di telefon.

Herra yang rambutnya diikat rapi mengenakan pakaian dress lace paras lutut berwarna light brown seperti anak matanya itu kelihatan begitu anggun dan cantik pada pandangan mata Sae hyun. Jantung Sae hyun sekali lagi berdenyut laju tiap kali melihat gadis itu. Apakah maksudnya? Jatuh cinta? Huh? masih terawal namun tipu jika dia tidak menyukai gadis itu..

Kemudian dia melihat seorang wanita mendekati Herra dan mereka pergi masuk ke dalam satu bilik yang berada jauh sedikit daripada pandangan orang. Wanita itu adalah orang yang sama menyambut Herra petang kelmarin di bangunan syarikat MAL Group.

Kelmarin Sae hyun yang bersama manager Kim berniat ingin menghantar Herra balik ke rumah kerana Sae hyun seperti tidak keruan apabila teringat kejadian mereka terperangkap di dalam lif ketika Herra begitu takut dan sukar nafas. Dia sendiri pun hairan kenapa dia bertindak begitu.

Kebetulan ketika kereta mereka mendekati bangunan MAL Group mereka terpandang kelibat Herra yang sedang berjalan menuju ke arah dua buah kereta mewah yang berada dihadapan mereka dan keduanya seperti terkelu melihat seorang wanita dan empat orang lelaki seperti bodyguard peribadi yang bertubuh sasa menunduk hormat 90 darjah saat terpandang Herra datang. Mereka berdua berpandangan semasa sendiri apabila kedua kereta mewah itu bergerak hilang dari pandangan.

'Siapa gadis itu sebenarnya?' Kerana ingin tahu Sae hyun meminta manager Kim menyiasat identiti Herra. Banyak perkara yang membuatkan gadis itu seperti misteri.

"Hiddeston company CEO neun nae nampyeongwaui ttal-ibnida.."

Sae hyun sempat terdengar suara seorang wanita yang sedang berborak bersama temannya yang mengaku Ceo of Hiddeston Company adalah anak perempuan nya bersama bekas suami dahulu. Namun dia tidak mengambil peduli dia ingin membuntui Herra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience