BAB 8

Romance Series 11496

Sae hyun menutup laptop peribadinya , dia cuba menghabiskan masa dengan merehatkan tubuh dan fikirannya setelah beberapa bulan berada di luar negara mengadakan concert tour group mereka namun fikirannya masih memikirkan gadis yang bernama Herra itu. Dia ingin tahu siapakah gadis kacukan itu..

Pada pertama kali dia menatap wajah mulus Herra yang sedang menangis dalam tidur membuatkan hatinya tersentuh. Dia ingin tahu kesakitan apa yang dirasai gadis itu sampai dalam tidurnya juga ada tangisan.

Hati Sae hyun juga berdebar-debar sejak pertama kali melihat gadis itu. Kecantikkan dan kelakuan gadis itu membuatkan dia ingin lebih mengenali dengan lebih dekat lagi. Tiap kali teringat wajah itu dia menjadi bersemangat dan teruja namun dia tidak sempat untuk menghubungi gadis itu atas kesibukkan jadualnya yang padat.

Pada saat terpandang Herra berada di atas pentas peragaan tempoh hari dia seperti tidak percaya dan dalam yang sama hatinya melonjak gembira kerana berasa amat bertuah dapat berjumpa sekali lagi dengan gadis yang sudah lama bermain difikirannya, tidak sia-sia dia menerima jemputan ke fashion show MAL Group milik keluarga Sang woon.

'Sang woon? apa yang terjadi antara mereka dulu? kenapa Sang woon sangat kecewa pada Herra? apa gadis itu telah lakukan?' Secara kebetulan telefonnya berbunyi dia melihat nama yang tertera IM SANG WOON...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience