BAB 55

Romance Series 11496

Herra yang menunggu diluar bilik pembedahan cuma diam memandang kosong ke arah pintu bilik tersebut. Sudah dua jam Trisha di dalam bilik itu. Minzu yang bergegas datang bersama bodyguard juga hanya diam memerhatikan Herra. Polis yang datang ingin mendapatkan keterangan terpaksa balik kerana Herra tidak ingin berjumpa sesiapa saat ini.

"Herra ssi..?" Sae hyun yang tadinya sibuk dengan jadual hariannya segera datang setelah Minzu menghubunginya.

Herra menoleh, mata mereka bertembung.. Kemudian mata Herra mula mengalirkan air jernih, hatinya terasa sebak kembali.

Sae hyun datang mendekati dan menarik Herra ke dalam pelukannya. Dia cuba menenangkan Herra namun suara tangisan Herra semakin kedengaran. Herra memang memerlukan seseorang saat itu.

"This is my fault.. my fault.." Herra mengalahkan dirinya sendiri.

"No.. it's not your fault.. shhh.. You have to be strong for Trisha.." Sae hyun memeluk Herra erat, dia juga turut berasa sedih dan risau melihat Herra berkeadaan begitu.

Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka. Seorang orang doktor pakar keluar mendekati mereka. Herra dan Sae hyun segera berdiri dan berdebar menunggu perkataan dari mulut doktor tersebut.

"Who is the family of the patient?"

"I'm her friend.. Her familys on their way from Malaysia. How is she doctor?"

"I'm sorry.. We have been doing our best, the patient can not be saved.."

"What?!!!!! No no!!! no doc! This is not true!!! No.. Trishaaaa!!! Nooooo!!!!"

Herra menjerit dalam tangisan! Tidak percaya apa yang di dengarnya tadi. Tubuhnya tiba-tiba terasa lembik, Sae hyun yang juga turut sama terkejut sempat menyambut tubuh Herra..

"I'm sorry for your lost.." Doktor tersebut meminta diri.

"No! Trishaaa!! Jeon sae hyun ssi? this is not true right? please tell me this is not true!!! Trishaaa.. Babe!! arggghhh..." Herra hilang pertimbangan diri, Sae hyun tidak mampu berkata-kata, dia juga turut mengalirkan air mata. Minzu segera menolong Sae hyun menenangkan Herra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience