BAB 15

Romance Series 11496

Sang woon gelisah! dia yang tadi menunggu kedatangan Herra di dalam bilik hairan mengapa Herra belum datang berjumpa dengannya sedangkan teman jabatan nya memberitahu Herra telah lama keluar sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada PA Sang woon.

"Mueos!!"

Sebaik sahaja Sang woon keluar menuju ke lif tadi dia mendapati lif tersebut telah rosak dan ada orang yang terperangkap di dalam lif juga turut yakin bahawa Herra adalah salah seorang dalam lif tersebut.

Sang woon tahu yang Herra tidak suka dengan gelap dan sunyi. Dia bertambah risau apabila mengingati kejadian yang pernah terjadi dengan mereka berdua dahulu sejak pertama kali mereka berjumpa. Ketika itu mereka terkunci di store sekolah mereka sampai malam keadaan itu membuatkan Herra panik dan sukar bernafas, dia sedaya upaya menolong Herra mengatasi keadaan itu, setelah mereka dijumpai Herra telah pengsan dan ditahan di wad selama seminggu.

Sejak itu kejadian itu Sang woon mengambil berat tentang Herra dan telah jatuh cinta, mereka menjadi kawan rapat dan Sang woon meluahkan perasaannya pada Herra yang juga telah mula menyukai Sang woon. Saat itu adalah saat paling manis buat Sang woon.

"Geudeul-eul ppalli jegeohasibsio! ppalli!" Sang woon menjerit kepada beberapa orang dari bahagian keselamatan dan orang yang membaiki lif tersebut. Mereka kelam kabut apabila mendengar jeritan CEO syarikat itu.

Kelihatan manager dan dua orang bodyguard
Sae hyun juga melangkah laju mendekati mereka. Ada kebimbangan di wajah masing-masing. Manager Kim mendapat tahu Sae hyun juga terperangkap dalam lif tersebut.

Setengah jam kemudian lif berkenaan telah dibaiki dan mereka segera menghidupkan suis lif tersebut. Mereka berdebar menunggu pintu terbuka terutama Sang woon.

Lif terbuka.. Kelihatan Herra yang tertidur dibahu Sae hyun dan Sae hyun juga terlelap, masing-masing tiada tanda untuk bangun. Semua tergagam, Sang woon, manager kim dan bodyguard segera masuk mendekati keduanya.

"Herra ssi?! Hyung?! Herra ssi??" Sae hyun tersentak Herra terkejut.. Huh! Sang woon dan semuanya menarik nafas lega, kebimbangan tadi berterbangan hilang. Sae hyun memandang Herra dia ingin bersuara namun..

"Herra ssi, you're okay? Neo gwaenchanh-a?" Sang woon bertanya kepada mereka masih kedengaran risau.

"Naneun gwaenchanh-a.." Serentak mereka menjawab, Manager kim segera menolong Sae hyun untuk berdiri. Sang woon juga menarik Herra pelahan untuk berdiri dan membawa mereka keluar dari situ.

Sebelum masing-masing diiring pergi ke arah berlainan Herra menoleh belakang mencari kelibat Sae hyun, kebetulan Sae hyun juga sedang memandang Herra ketika itu, mata mereka bertemu.. Herra setiap memberi isyarat mata untuk mengucapkan terima kasih, Sae hyun juga seperti memahami menganggukkan kepalanya.

Selain itu, seperti ada perasaan lain yang hinggap ke hati keduanya. Perasaan apakah itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience