BAB 101

Romance Series 11496

"Well, thanks for your time Mr. Jeon. I hope this conversation is just between us.." Shawn berdiri dan menghulurkan tangan kepada Sae hyun untuk bersalam.

Sae hyun juga turut pelahan berdiri merenung wajah Shawn sebelum menyambut tangannya. Dia hanya mengganguk dan menunduk sedikit tanda hormat walaupun hati dan fikirannya bercelaru saat itu.

Shawn meminta diri dan Sae hyun hanya melihat langkah lelaki yang baru sahaja memberitahu bahawa lelaki itu dan Herra telah dijodohkan oleh Anna iaitu Aunt Herra dan mereka akan berkahwin namun Herra meminta mereka menangguhkan dahulu kerana Herra berasa simpati padanya tetapi perkara itu ditentang oleh Anna menyebabkan mereka bertengkar. Shawn hanya mahu menjernihkan keadaan tidak ingin keduanya bertengkar kerana itu akan menyebabkan hubungan mereka berantakkan.

Lebih menyakitkan apabila Shawn meminta dia mengundurkan diri secara baik bagi mengelakkan pertengkaran mereka berpanjangan dan juga lelaki itu cuma ingin memudahkan kerja Herra untuk memberitahu semua itu padanya. Sae hyun perlu mengawal emosinya kerana dia mahu mendengar sendiri dari mulut gadis yang memiliki hatinya itu, jika benar dia perlu kuatkan diri untuk mengundurkan diri demi kebahagiaan Herra.

Ting! terbuka sahaja pintu lift, Herra terkejut lagi untuk yang keberapa kalinya kerana Sae hyun betul-betul dihadapannya saat itu. Mata mereka bertentangan merenung antara satu sama lain, keadaan jantung keduanya berdegup laju seperti baru sahaja lepas lari satu pusingan bersaing antara satu sama lain. Masing-masing membisu seketika namun sebelum pintu lift tertutup Sae hyun melangkah masuk dan terus memeluk Herra erat. Herra yang juga memang berniat ingin memeluk Sae hyun membalas pelukkan itu. Dia tersenyum gembira kerana dia tahu Sae hyun juga sangat merinduinya...

Setelah masing-masing melepaskan pelukkan Herra menekan butang lift naik ke tingkat di mana biliknya berada. Mereka berpegangan tangan, masih tidak bersuara sepatah perkataan seperti keduanya berkomunikasi melalui hati.

Apabila keluar sahaja daripada lift mereka menuju ke bilik Ceo, Letta yang berada dimejanya segera berdiri menunduk hormat kepada tetamu Herra. Seketika dia juga terpegun dengan ketampanan Sae hyun yang baginya begitu sempurna namun matanya memandangkan tangan keduanya dan tidak berani mengangkat wajah apabila Herra kebetulan memandangnya.

"Letta, please make two glasses of orange juice.."

"Yes sure Ms. Herra.."

Keduanya masuk dan Herra menjemput Sae hyun untuk duduk di sofa biliknya. Sae hyun tersenyum mengganguk dan melihat sekeliling ruang pejabat Herra yang mewah dan luas itu.

"Sae hyun ssi?"

"Dae.. (Yes)"

"Neo gwaenchanha? (Are you okay?)"

"Naneun gwaenchanha.. (I'm okay)"

"Okay.." Herra merasa awkward dengan suasana itu.

Ketukan dipintu dan kelibat Letta yang datang menghidangkan jus buah untuk mereka membuatkan keduanya terdiam seketika.

"Thank you.." Sae hyun bersuara.

"Letta? this time no one can distribute.." Suara Herra membuatkan Letta yang leka sesaat dengan senyuman manis Sae hyun tersentak.

"I understand Ms. Herra.."

"Thanks.. you can go now.."

Selepas sahaja Letta menutup pintu, Herra memandang Sae hyun semula. Mereka berpandangan lagi. Hati Sae hyun meronta untuk ingin bertanyakan tentang apa yang Shawn beritahunya sebentar tadi.

"Sae hyun ssi? You surprise me actually.. How can you be here? i mean why you here? Why you not tell me? Why you not calling me back? You know what, i'm so worried about you.."

Sae hyun bangun, dia mendekati Herra kemudian duduk disebelah Herra dan pelahan-pelahan menarik tubuh itu ke dalam pelukkannya sekali lagi. Herra yang terkebil-kebil hanya menurut.

"Sae hyun ssi?" Pelahan suara Herra. Sae hyun melepaskan pelukkan, merenung lembut wajah Herra.

"Mian, jeongmal mianhae (I'm sorry, i'm really sorry).. It is my fault, i knew you worry about me but i just want to surprise you and i'm here just because i'm afraid you will not come back to me. That does mean i do not trust you but i'm just afraid i'm not strong enough if that happens again. I'm sorry baby.." Sae hyun tersenyum sambil membelai rambut dan mengucup dahi Herra lembut untuk menutup keresahan hatinya dan kelihatan dia menahan air matanya yang sudah bertakung.

Herra tergangam! Bukan niat dia untuk membuatkan lelaki itu berasa amat bersalah. Dia panik melihat Sae hyun begitu. Kasar kah pertanyaan dia? Gulp!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience